(2)

764 53 3
                                    

"Hey, matanya lirik-lirik selalu~ rupanya manis-manis ayu~"

Dengan riang sekali Blaze berjalan menuju ke arah pintu pagar sekolahnya. Dia berjalan-jalan sambil mendendangkan lagu yang terlintas di benak fikirannya. Senyuman sentiasa terukir lebar di wajah Blaze.

Dan nampaknya, senyumannya semakin melebar apabila dia ternampak sebuah kereta yang dikenalinya walaupun baru kali kedua dia melihatnya.

"Ohoo~ bidadari syurgaku datang~"

Blaze melanjutkan perjalanannya dengan kadar kelajuan yang dipertambahkan. Dia mula berlari-lari anak dan terus masuk ke dalam perkarangan sekolah.

SKIP TIME

Sebaik sahaja Blaze melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah, Blaze sengaja melangkah menuju ke arah kawasan tempat parking para guru. Dia secara senyap-senyap mengintai di sebalik dinding bangunan yang bersambung dengan koperasi sekolah.

Dari situ Blaze dapat melihat seorang guru yang cukup dikenalinya, iaitu Gempa yang sedang mengangkat beberapa file keluar dari keretanya lalu ditutupnya pintu kereta miliknya. Setelah memastikan kereta sudah dikunci dengan baik, Gempa pun mula membuka langkah untuk menuju ke arah pejabat yang mana dia akan berjalan melepasi Blaze sebentar sahaja lagi.

Blaze dengan senyap-senyap menyembunyikan dirinya di sebalik dinding bangunan 3 tingkat itu dan menantikan ketibaan Gempa di tempatnya.

"Errr... Gempa? "

Gempa menghentikan langkahnya apabila dia terdengar suara seseorang memanggilnya. Gempa pun menolehkan kepalanya dan dia dapat lihat Halilintar, cikgu disiplin yang sangat digeruni oleh warga sekolah berjalan mendekatinya.

Gempa diam statistik sambil menunggu ketibaan Halilintar. Walaupun wajahnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi, tetapi jujur saja jauh di benak hatinya sungguh takut dengan aura cikgu seorang itu.

"Err... Y-Ya Cikgu Halilintar? Ada apa-apa yang boleh saya bantu? "

Halilintar berjalan mendekati Gempa. File yang berada di tangan Gempa diambilnya lalu dipegangnya kemas.

"Biar saya tolong bawakan. Alang-alang saya pun nak ke pejabat. "

"O-ohh... Uhmm... Ok? "

Lalu mereka berdua pun berjalan menuju ke pejabat bersama-sama. Dan nampaknya mereka berdua tidak menyedari kehadiran seseorang sedari tadi lagi sedang mendengar perbualan mereka. Blaze.

Blaze diam tidak terkutik apabila sebaik sahaja dia mendengar perbualan antara Gempa dan cikgu disiplinnya yang membujang mengalahkan pengetuanya. Entah kenapa di dalam hatinya mula timbul satu perasaan yang seolah-olah ia kini sedang memotong hati Blaze dengan menyakitkan sekali.

"Gila... Belum apa-apa aku dah cemburu? "

Blaze meraup wajahnya sambil mendengus. Dia kemudiannya terus berjalan menuju ke arah kelasnya yang berada 2 blok jauh dari tempatnya sekarang.

Dalam perjalanan Blaze menghampiri kelasnya, fikirannya mula ligat memikirkan situasi antara cikgu praktikal barunya itu dan cikgu disiplinnya yang sering dibuatnya marah.

"Diorang 2 ada hubungan ke? Dah la cikgu praktikal tu bujang lagi. Yang Cikgu Jalan Tar pun masih bujang.. Entah-entah... Waktu aku balik semalam... Ish!!! Apa kau pikirkan ni Blaze?! "

Blaze menampar pipinya dengan kuat sekali sehingga ia menarik perhatian dua sahabatnya yang berada tidak jauh dari Blaze. Taufan dan Thorn yang baru sahaja datang dari kantin sekolah berjalan menghampiri Blaze yang masih tidak sedar akan kehadiran mereka berdua.

Love You, Teacher! [✅✔✅]Where stories live. Discover now