"Senyman kau, cara kau merajuk, muka kau, semua sama dengan si DIA. Tapi satu je yang lain..., perangai kau. DIA yang aku kenal tak bermulut murai macam KAU. Kenapa kau perlu hadir dalam diri aku untuk kali KEDUA. Walaupun aku rasa KAU dan si DIA hanya kebetulan sama,"
Omel Daniel di dalam hatinya. Sumpah dia tak pernah nak move on dengan Zndra. Tetapi hatinya sudah menerima kenyataan yang Zndra bukan miliknya. Tapi? Kenapa perlu hadir orang kedua semula? Perlukah?
"Kenapa?...,"'
Otaknya masih bercelaru. Setiap kali memikirkan Liya, otaknya makin tidak dapat lupa akan Si Zndra. Si peragut hatinya.
"Den, kau okay?,"
Tiba Radifan Marcus menyentak Daniel yang sedang berbaring di atas sofa ruang tamu mereka. Ya, Radifan Marcus, Daniel dan Rayyan tinggal satu rumah. Dulunya Rafael Marcus bersama mereka tetapi disebabakan Rafael Marcus dah berkahwin terpaksa tinggal rumah dia sendiri.
"Hmm Ipan, kau percaya ke pelanduk dua serupa?,"
Tanya Daniel. Tangan masih lagi diletakkan di atas muka. Mulut sahaja berbunyi. Radifan Marcus mengeluh tiba-tiba .
"Kenapa Den? Kau masih tak percaya Zndra tak ada jodoh dengan kau ke?,"
Kata Radifan Marcus dengan suara yang tegas. Bukan nya dia tak suka kalau Daniel bersama dengan Zndra, tetapi Daniel terlalu menaruh harapan terhadap Zndra.
"Kenapa dia perlu curang dengan aku Ipan. Terang-terang depan mata aku, aku tengok dia dengan lelaki lain siap berpengang tangan lagi tu. Dah aku tanya, dia cakap aku salah faham. Apa tu?!,"
"Kau perlu percaya Qadak dan Qadar Den. Allah tahu dia tak baik untuk kau, sebab tu dia suruh kau tinggalkan perempuan tu. Mana tahu dia akan carikan yang lebih baik untuk kau,"
Ujar Radifan Marcus lagi sambil menepuk-nepuk belakang badan Daniel. Daniel hanya mengeluh berat. Betul juga apa yang dikatakan Radifan Marcus.
"Kau tak payah lah macam nie. Haah satu lagi, malam nie kita nak perang. So, aku tak nak kau bawak roh yang lemah. Kalau musuh tengok kau macam nie, naik malu aku bodoh. Try to forget her,"
Ujar Radifan Marcus sebelum kakinya memgorak langkah keluar dari rumah. Daniel hanya menghela nafas sahaja. Walau macam mana pun dia akan cuba untuk lupakan Zndra.
∅∅∅∅
"Korang buat apa kat sini?!,"
Ujar seorang anak buah musuh mereka. Haritu cari pasal sangat, sekarang dah pergi depan-depan tak kan kecut kot.
"Kau tak nampak ke kitaorang buat apa? Kitaorang nak melawat je, lama tak tengok... haah apa khabar... Makin gemuk kau eh,"
Kata Radifan Marcus sedang elok berdiri dihadapan berbelas anak buah musuh nya.
"Baik kau pergi sekarang kalau tak, korang akan menyesal! Sebelum korang menyesal, baik korang pergi dari sini sebelum boss besar datang untuk cabut nyawa korang!,"
Kata lelaki tersebut dengan penuh keangkuhan. Silap orang bro! Lagi setakat geng kecil macam dia memang makan Radifan Marcus ler...
"Kalau aku tak nak? Rayyan sediakan hidangan sedap satu,"
Rayyan terus mengangguk apabila menerima arahan daripada Radifan Marcus melalui pendengar yang sudah disiap sedia khas untuk kumpulan mereka.
Bang!
Bang!
Bang!
"Serang!,"
Terus sahaja kesemua anak buah musuhnya menyerang mereka. Tersimbur sahaja darah di lantai sarang musuh nya.
YOU ARE READING
Rafael Marcus (UNEDIT)
RomanceBOOK 1 || MARCUS SERIES || MARCUS GENERATION RAFAEL MARCUS | MY SWEETHEART'S MAFIA My first book. Don't expect too much. There have a lot of error in this story. UNEDIT! Thankyou. #HIGH RANK#2Sweetcouple6'4#1Mafia19'5#1Caring25'5#1Teenfiction9'7,23...