PART 26

16.9K 650 53
                                    

"Argh!,"

Jeritnya dengan lantang. Dia redha jika apa-apa yang terjadi kepadanya.

"Shh Ariya! aku nie!,"

Lantas sahaja Rafael Marcus memeluk erat isterinya. Dapat dia rasakan badan wanita iti bergetar-getar. Esakan Ariya Marshanda semakin kedengaran di telinga nya.

"Ab--abang Ariya ta--takut," Rintihnya perlahan.

"Shh aku ada. Dah-dah aku ada nie,"

Pujuk Rafael Marcus. Semenjak dari rumah hantu tadi dia sudah perasan isterinya sudah tiada dalam dakapan tangannya, terus dia mundar-madir mencari isterinya.

Dia turut mengiringi isterinya dari mula lagi. Dari isterinya bercakap dengan lelaki berhoddie hitam, sehinggalah isterinya berlari tanpa arah.

Terus sahaja tubuh isterinya dipimpim kecil ke arah kereta Ferrari GT8 nya. Muka isterinya yang berpeluh-peluh ditambah pula dengan tangisan itu dilap nya perlahan.

Kembang sudah muka Ariya Marshanda akibat menangis. Esakan isterinya masih lagi kedengaran. Lama-kelamaan terus sahaja lelap wajah kecil isterinya itu.

Setelah sampai dirumah terus sahaja badan isterinya itu dicempung. Lena sungguh isterinya. Hatinya masih berbara-bara apabila melihat lelaki berhoddie tadi. Dia sudah mengaggak lelaki tersebut adalah seorang musuh nya.

Handset. nya dikeluarkan dari poket seluar kerja nya. Dan mendail nombor seseorang.

"Hello Rayyan, aku nak kau cari maklumat pasal lelaki yang pakai hoddie dekat funfair yang biasa kita pergi. Aku nak kau periksa setiap CCTV kat funfair tersebut. Lebih kurang dalam pukul tujuh setengah macam tu,"

Kata nya tanpa fikir apa-apa. Di otaknya hanya memikirkan lelaki berhoddie tersebut. Memang nak main api.

"Okey-okey nanti aku bagi maklumat pasal dia. Lepas je dapat nanti, aku suruh anak buah aku cari mamat tu. Kau jangan risau,"

Rafael Marcus hanya menayangkan muka bekunya walaupun hanya bercakap melalui handsetnya.

"Aku nak kau cari sampai dapat. By hook or by crook!,"

Terus sahaja dia menutup talian panggilan tersebut. Itulah Rafael Marcus dia yang memulakan perbicaraan, dia juga yang menutup perbicaraan.

Dia terus pergi ke bilik mandi yang sudah siap ada di dalam biliknya. Dia mengambil masa selama 25 minit untuk membersihkan tubuh badannya.

Selepas itu, terus dia keluar dari tandas dan pergi ke arah clothset Dia hanya mengenakan sepasang seluar pontong. Baju? Memang tak pakai. Kan dalam chapter lain dah cakap.

Terus dia meletakkan punggungnya di sebelah isterinya. Ariya Marshanda dah mandi ke? Mestilah dah, sebelum dia menelefone tadi Rafael dah kejutkan dia supaya mandi dulu.

Diperhati nya muka polos isterinya. Muka polos yang membuka hatinya. Walupun dia seorang kaki botol, dia bukannya seorang kaki perempuan. Cukup lah satu baginya. Walupun dia mempunyai rupa yang kacak untuk memikat para perempuan, tapi dia tidak berminat. Terima kasih saja.

Dia bukan seperti adik kembar nya Radifan Marcus. Ya, adiknya adalah seorang kaki perempuan. Perempuan hanya dibuat main oleh nya. Tiap-tiap minggu ada sahaja kekasihnya bertukar. Baginya perempuan bukannya jenis setia. Jumpa yang bagus tinggalkan yang lebih bagus.

Terus dia menarik isterinya itu dalam rangkulan dakapannya. Bergerak-gerak sahaja badan isterinya. Dia tidak perduli. Dipeluk nya dengan erat dan lembut. Sungguh dia sayang dengan isteri nya ini, sayang nya terhadap wanita didalam dakapan nya itu tidak terkata.

Rafael Marcus  (UNEDIT)Where stories live. Discover now