010

1.2K 154 18
                                    

Jaemin sedang tekun melakukan kerjanya di pejabatnya dengan memeriksa setiap kertas yang berterabur atas mejanya. Dia mula berasa serabut kerana terlalu banyak perkara dia perlu selesaikan dalam waktu yang sama. Ayah, kenapa kena tinggalkan banyak kerja kat Nana?!

Kemudian, pintu pejabatnya diketuk perlahan dan masuk Jeno dengan seorang wanita disebelahnya. Jaemin tidak pandang siapa yang masuk sehingga Jeno bersuara.

" Tuan, Cik Choi sudah sampai. " Ujar Jeno dan Jaemin pandang wanita yang sebelah Jeno itu.

Wanita itu memakai skirt warna kelabu paras paha, baju lengan panjang berwarna hitam dan kasut tumit tinggi yang berwarna hitam juga. Mukanya penuh dengan solekan yang tebal dan riak wajahnya boleh membuat semua orang takut padanya.

Wanita yang bernama Cik Choi itu ialah anak kepada CEO syarikat perkongsian Jaemin. Ternyata Cik Choi akan membuat pemerhatian akan syarikat Jaemin untuk meneliti beberapa perkara agar syarikat Jaemin dan syarikat perkongsiannya ini dapat bekerjasama dengan baik.

Jaemin betulkan pakaiannya dan rambutnya sebelum dia berucap selamat datang kepada Cik Choi dengan bersalaman dengan wanita itu. Wanita itu tidak balas apa-apa dan melepaskan tangannya dari Jaemin. Situasi mereka menjadi semakin kekok apabila Cik Choi mula mendekatkan dirinya kepada Jaemin dan berkata...

" Harap kita dapat bekerjasama dengan baik. " Bisik Cik Choi pada telinga Jaemin, terbuat Jaemin meremang bulu roma dia.

Jeno yang melihat situasi ini pun merasa takut akan wanita itu lalu meminta Cik Choi ikutnya agar dia boleh tunjukkan beberapa tempat di syarikat ini. Cik Choi berikan pandangan terakhirnya kepada Jaemin dan beredar keluar dari pejabat Jaemin. Selepas mereka beredar, Jaemin terasa hangat tiba-tiba. Wanita itu buatnya berpeluh macam nak mandi.

Pasangan suami isteri sudahpun pulang ke Korea setelah dua minggu bercuti. Masing-masing masuk kerja mereka setelah percutian mereka tamat. 

Jihae berasa gembira setelah dapat menyegarkan badan dia dengan percutian dua minggu itu. Jihae datang ke kerja dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya hingga Hyejin pelik dengan perangai Jihae.

" You look too happy. So macam mana percutian kau? " Ujar Hyejin apabila Jihae datang ke mejanya.

" Unnie, it was amazing! Kanada tempat yang cantik untuk bercuti, unnie. " Jihae ceritakan apa yang dia lakukan ketika di Kanada dan juga di China. Hyejin layan semua cerita yang Jihae ceritakan.

" Wah, seronoknya! Nanti nak pergi Kanada juga lah. " Kata Hyejin, bergembira dengan Jihae juga.

Kemudian, Jihae nampak seorang wanita yang tidak dikenali lalu depan mereka berdua. Jihae bertanya siapakah wanita itu kerana dia tidak pernah nampak wanita itu sebelum ini.

" Tu anak CEO syarikat Choi. Dia datang untuk buat observation. Semalam baru dia datang. " Balas Hyejin sambil mereka berdua melihat wanita itu berjalan ke arah Jeno untuk bertanya sesuatu.

Entah mengapa tetapi Jihae merasai sesuatu tidak kena dengan wanita itu. Mungkin bodoh untuk dia berfikiran begini tapi dia tidak suka akan kehadiran wanita itu dalam syarikat mereka.

Waktu rehat tiba dan semua pekerja berehat mengikut jadual mereka. Masing-masing beredar dari pejabat mereka untuk pergi makan dan ada yang masih berada di pejabat untuk siapkan beberapa kerja.

" Jihae, jom. " Hyejin bersuara selepas dia kemas meja kerja dia. Jihae yang masih menyiapkan beberapa kerja itu membuat Hyejin menunggu Jihae.

" Unnie pergi rehat dulu. Bagi Jihae siapkan ni, nanti Jihae pergi. " Balas Jihae dan Hyejin ikut sahaja kata Jihae. Hyejin beredar ke kafeteria yang tersedia kepada pekerja-pekerja syarikat itu.

Sebaik Jihae melihat keadaan sekeliling, Jihae menutup komputernya dan beredar ke pejabat CEO dia untuk bercakap dengan Jaemin.

Jaemin yang masih lagi tidak siapkan kerjanya itu masih berada di pejabatnya untuk selesaikan semua kerja dia. Kemudian, masuk Jihae selepas dia mengetuk pintu pejabat Jaemin.

Jaemin nampak Jihae lalu mengemaskan beberapa kertas yang berterabur atas mejanya agar ia tidak menganggu Jihae.

" Awak tak pergi rehat kah, Jihae? " Soal Jaemin setelah Jihae mengambil tempat duduk.

" Kejap lagi saya pergi. Saya ada soalan nak tanya, tuan. " Soal Jihae dan Jaemin benarkan dia.

" Siapa wanita yang baru tu? " Soal Jihae.

" Oh, dia rakan sekerja kita dari syarikat perkongsian kita, Choi Seojin. Dia akan perhatikan kerja kita untuk beberapa hari sahaja. " Balas Jaemin dengan penuhnya.

" Kenapa awak tanya? " Soal Jaemin dengan lembut kepada Jihae. Entah bagaimana Jaemin merasakan Jihae kelihatan risau.

" Jangan risau, Jihae. Dia takkan apa-apakan saya. " Ujar Jaemin, membuat Jihae terkejut yang Jaemin tahu yang Jihae risau.

" Just, be careful okay? " Ujar Jihae, Jaemin angguk kepalanya kepada Jihae. Lalu, Jihae meminta dirinya untuk keluar. Walaupun mereka tidak bersama, Jihae masih risaukan Jaemin.

.
.
.

t b c

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now