Permulaan

19.2K 303 55
                                    

Dah hampir 4 bulan Kenji duduk dengan aku. Setakat ni, dia sangat memenuhi kriteria. Bayar sewa on time dan pembersih orangnya. Bilik air tak sempat aku nak cuci, dia dah cuci dulu. Bilik air atas dengan bawah dia kerjakan. Ni yang sayang ni. Haha...Satu lagi dia suka masak. Asal aku balik kerja je, confirm nasik dengan lauk dah ada atas meja. Hari hari pulak tu sampaikan aku pernah tanya tu lauk beli ke lauk masak. Memang kena ketuk dengan sudip la jawabnya.

Paling tak tahan, dia ni gemar half naked depan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Paling tak tahan, dia ni gemar half naked depan aku. Aku ni dah lah tak kuat iman. Tau la body cantik... broad shoulder. Atlit renang masa kat U katanya. Aku pun apa lagi, suka la nak buat aksi2 gay kat dia. Usap2 dada dia la, urut2 bahu dia la, peluk2 lengan dia la haha... Tapi dia tak kisah pun. Gelak2 je. Hairan jugak aku.

Sekarang, dia pun dah tau yang aku gay. Katanya, gay ke pondan ke, dia masih manusia yang ada hati dan perasaan. Tengok, baik betul Kenji aku. Macam mana dia tau aku gay? Ok, kisah dia camni...

Malam tu aku balik lewat. Aku masuk gaybar konon2 nak tenangkan hati. Punca dia sebab gaduh dengan boyfriend aku. Memang sialan sungguh. Dia nak break dengan aku. So aku masuk situ tak buat apa2 pun. Just menung je. Nak menari, takde mood. Aku pulak bukan jenis alcoholic. Nak cari jantan lain, terasa malas. Lama jugak menung kat situ sampailah satu tahap aku menangis. Yaa.. Nangis. Aku jarang nangis. Air mata jantan aku ni mahal tau. Aku nangis sebab dah tak tau nak buat apa dah. Aku kecewa sebab aku dengan dia dah kawan lama. Dah kenal dia luar dalam. Sejak menengah aku kawan dengan dia. Lebih2 lagi dia yang kenalkan aku dengan dunia pelangi ni. Terasa sia2 je hubungan aku selama ni. Tiba2 phone aku berbunyi. Phone tu aku letak kat meja bar je. Aku tengok Kenji call. Taknaklah jawab. Nanti dia dengar bunyi aku dok sedu sedan je, hingus pun meleleh. Aku biarkan bunyi, sampailah budak bar tu tolong jawab kan. Selamba je angkat phone orang. Nasib baik handsome. Aku biarkan je. Jangan bawak lari udah.

Lebih kurang dalam 20 minit barulah aku tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lebih kurang dalam 20 minit barulah aku tenang. Tiba tiba, aku terasa ada orang sentuh bahu aku. Aku pusing belakang... Alamak! Kenji. Terkejut aku. So handsome. Siap dengan jaket khaki. Dia datang nak jemput aku ke? Dia tengok je muka aku yang baru lepas nangis tu. Dia tak cakap apa2 langsung. He just grab my hand and then keluar dari situ. Sempat dia bagi tip kat budak bar tadi. Sah2 lah dia yang bagi tau Kenji aku kat sini.

Otw nak balik ke rumah, aku tak bercakap sepatah haram pun. Sama dengan Kenji. Dengar bunyi aku sok sek sok sek hingus aku je. Dia pun dok curi2 pandang kat aku. Sebenarnya aku malu dengan dia. Sebab dia dah tau aku gay. Dia jemput aku dekat gaybar kot. Tapi elok jugak dia tau. Lambat laun mesti dia tau. Aku takkan boleh sorok dari dia. Dah nama pun housemate.

So sampai je rumah, aku terus terduduk kat sofa, sambung menung. Kenji lah yang sibuk tutup pintu, kunci mangga gate. Kesian dia. Dahlah jemput aku lagi. Dia nampak aku menung, terus tarik tangan aku bawak masuk dalam bilik aku. Dia dudukkan aku kat katil, siap gantikan baju aku. Serius aku dah pikir lain masa dia bukak tshirt aku. Haha... Dia basahkan tuala dan lap lap muka aku. Masa dia lap tu, aku perhati je muka handsome dia yang senyum dalam concern kat aku. Tapi entah kenapa, aku yang terasa sedih. Aku tak tahan, aku nangis sambil tutup muka dengan tangan. Terus dia peluk bahu aku. Dia usap2 belakang aku. Dia belai belai rambut aku. Dia langsung tak tanya aku apa2. Lama jugak aku nangis berpeluk dengan dia. Lagipun, selesa sangat. Hehe. Lepas tu, aku leraikan pelukan. Kali ni dia pegang tangan aku pulak. Dua dua dia genggam. Aku tunduk. Malu nak tatap muka dia.

"I'm sorry Kenji. Sorry kalau i susahkan you. Please don't hate me. I malu, sekarang you dah tau i g..gg..." aku tak dapat nak sambung bila jari dia kat mulut aku.

Aku angkat muka. Dia cuma ucap 3 patah perkataan je.

"Just sleep. Ok?"

Macam dipukau, aku angguk. Dia selimutkan aku, tutup lampu, tutup pintu, terus blah. Aku? Tidur sambil berendam air mata.

Rakan Serumah Where stories live. Discover now