DLOT 1

521 33 12
                                    

      Sharif melangkah penuh megah memasuki pejabat Dato Syafirul. Coat di tubuh tegapnya dibetulkan dengan penuh gaya. Pandangan gadis yang berada berhampiran dengannya diabaikan. Malah, dia berasa bangga kerana kehadirannya menjadi tatapan orang ramai. Imejnya yang terlalu kacak itu betul2 menggiurkan manusia2 yang berada di sekelilingnya. Sejak dari kecil, dia memiliki rupa paras yang sangat menawan. Sekali pandang terus minat.



Dia tiba di tingkat 20 yang menempatkan bilik Dato Syafirul. Pintu diketuk sebanyak 3 tiga kali.



"Masuk"



Terima saja arahan itu, terus dia melangkah masuk sambil betulkan rambut hitamnya. Well, dia dah buang warna rambut.



"Good morning papa" Sapanya mesra. Dato Syafirul tersenyum ke arah anaknya itu.



"Good morning my son. Welcome to my lovely office" Kata Dato Syafirul ramah. Tangan didepakan seakan menunjuk sekitar biliknya yang kemas tersusun.



Sharif tersenyum. Sesudah bersalaman, dia duduk di sofa bersama Dato Syafirul.



"Well papa. Shaf rasa semangat sangat sekarang ni" Kata Sharif bersama senyuman kacak. Rambutnya yang hampir jatuh cepat-cepat ditegakkan semula. Satu sikapnya yang masih belum boleh dibuang. Sikap yang pentingkan imej diri.




"Baguslah kalau macam tu. Papa harap Shaf kekalkan semangat Shaf tu sampai bila bila. Sebab kerja ni bukannya mudah. Shaf yang kena handle segalanya. Apa apa jadi, semuanya dekat tangan Shaf. Faham kan maksud papa?"




Sharif angguk. Sudah setahun lebih dia belajar di Dubai dalam bidang pejabat ni jadi dia sudah tahu cara2 untuk jadi usahawan seperti papanya.



"Don't worry papa. Shaf cuba"



"Yang penting Shaf kena pandai kawal emosi tu. Jangan baran sangat. Shaf dah janji nak buang perangai lama tu kan?"



Sharif senyum. Dia akui. Sikap barannya sudah dibuang jauh. Dia harap sikap itu tidak hadir semula dalam dirinya. Kalau hadir semula....



"So bila Shaf boleh start kerja?" Soal Sharif tak menyabar. Tapak tangannya digosok perlahan. Excited.



Dato Syafirul senyum. "Anytime. Shaf nak mula bila?"



Sharif terfikir. Dia baru teringat akan pesanan seseorang tadi.



"Esok lah papa. I think hari ni tak boleh sebab Shaf nak keluar dengan someone"



Dato Syafirul angguk. Niat dia panggil Sharif ke sini pun sebab nak kenalkan Sharif pada pekerja pekerjanya. Esok takdelah anaknya itu terkial-kial.



"Baiklah kalau macam tu. Mari papa kenalkan Shaf dekat pekerja papa. Sekurang-kurangnya esok takde lah kekok sangat kan?"



Sharif senyum sambil angguk setuju. Cermin matanya dibetulkan sebelum berdiri mengikuti Dato Syafirul dari belakang.



*********



Honda civic biru diparking kemas di hadapan sebuah hotel mewah. Sharif tanggalkan coat hitam lalu diletakkan di seat belakang. Lengan kemeja merahnya dilipat hingga paras siku. Kakinya melangkah ke dalam hotel. Dia mencari kelibat seseorang yang amat dirinduinya.



"Abang, sini"



Sharif kalih pandangan. Pantas dia ukir senyuman pada gadis kecil yang duduk di sebuah meja couple.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Different Love of Triplets 2Where stories live. Discover now