FINALLY

119 9 0
                                    

"Hyung... Ja.. Jangan tinggalkan Jae lagi"pinta Youngjae dengan bersungguh sungguhnya

"Tak.. Tak Hyung tak tinggalkan Jae dah.. "kata Jinyoung

"Jae apa khabar? Adik hyung ni dah membesar dengan baik"sambung Youngjae

"Hyung.. Jae berjaya hyung!.. Jae berjaya!"teruja Youngjae dibuatnya

"Jae berjaya? "tertanya Jinyoung

"Hyung lupa ke? Hyung kan dah pernah buat janji dengan Jae.. "ujar Youngjae dengan muka tertanya, Jinyoung pula sudah panik, dia tidak tahu apa yang telah dijanjinya pada Youngjae pada satu ketika dahulu

"Ermm.. Jae.. Hyung banyak sangat buat janji dengan Jae.. Janji yang mana ni? "kata Jinyoung cuba lari dari masalah

"Jae dah janji dengan Hyung, tak akan menyusahkan semua orang,cuba berdikari, cuba uruskan segalanya sendiri, lihat sekarang hyung! Jae dah mampu buat segalanya dengan sendiri.. Hyung tak ingat ke? "tanya Youngjae lagi

"eh ingat, mesti Lah Hyung ingat!Hyung bangga dengan Jae"bohong Jinyoung pada Youngjae,dia tersenyum palsu walaupun dia agak panik tapi sedaya upaya dia selindungkan

"Hyung.. "

"Ye"

"Kenapa Hyung nampak janggal? "tanya Youngjae dia sedikit hairan dengan perubahan Jinyoung

"Ala.. Jae pun tahu, Hyung lama tinggalkan negara ni, tu yang janggal ni hahaha "Jinyoung memberikan alasan yang agak kreatif, Youngjae masih tidak puas hati dengan jawapan Jinyoung, dia tertanya dimanakah Hyungnya yang kelihatan matang berbanding dihadapannya seakan akan seperti seorang yang playful

"Ala, jangan risau lah.. Yang pasti Hyung dah balik, jumpa Youngjae, itu perkara utama,dan adik hyung ni jangan sedih sedih dah.. "kata Jinyoung, Youngjae berasa hairan

"Hyung.. "

"Ye"

"Hyung tak nak sapu kepala Youngjae ke macam mana hyung selalu buat dulu? "pinta Youngjae

"Sapu? "Jinyoung menelan air liurnya perlahan lahan dia membelai rambut Youngjae, dari rambut belakang hingga ke depan

"Jinyoung hyung tak suka belai rambut aku macam ni.. Dia suka belai rambut depan aku je"bisik hati Youngjae kehairanan melihat Jinyoung.

"Youngjae.. Sudahlah.. Kamu dengan Jinyoung baru balik, pergi lah berehat dulu"perintah ommanya cuba meredakan keadaan, dia takut Youngjae dapat membau penipuan Jinyoung, tapi sejujurnya Youngjae jauh lebih pintar baginya,

"Betul tu, pergi lah berehat kamu semua"arah tuan Im

"Saya balik dulu, nak pergi cari Yugyeom"pinta Suzy dan segera bergerak pulang

"Jae..nak hyung temankan Jae ke? "soal Jinyoung kepada Youngjae

"Tak perlu.. Jaebeom hyung.. Jae nak jumpa hyung nanti, ada hal"pinta Youngjae

S
K
I
P

"Puan ni rumah mereka bertiga"kata seorang pemandu kepada Majikannya yang baru tiba dari London

"Nampak seperti rumah ini kosong puan"ujar pemandu tersebut lagi

"Ni konfem tak balik lagi.. Risau betul saya dengan anak saya"ujar Seulmin

"Mahu saya buat panggilan? "pinta pemuda tersebut

"Tak perlu biar saya yang buat panggilan"kata Seulmin dan membuat panggilan tersebut

Kringg

Kedengaran henfon milik remaja bernama Mark dari tadi lagi berbunyi, Mark pula dari tadi berkira kira untuk tidak mengangkatnya, tapi pada masa yang sama dia perlu mengangkat panggilan tersebut, akhirnya Mark mengangkat panggilan tersebut dan beredar sedikit jauh dari semua orang

[C]IN THIS CHEST [GOT7]Where stories live. Discover now