PART 24

17K 699 17
                                    

"Sebenarnya...,"

Ariya Marshanda seperti gelisah hendak memberitahu kisah kawan nya itu kepada orang luar.

"Sebenarnya apa...," Ujar Daniel mendatar.

"Woo kau buat bini aku takut bodoh!,"

Lantas sahaja Rafael Marcus menahan tangan kecil isterinya. Dapat dia rasakan tangan isterinya itu tergetar-getar.

"Sebenarnya, Liya pernah kemalangan dan melibatkan orang yang dia sayang pergi tinggalkan dia. Start dari hari tu dia koma dan hilang ingatan. Lepas je dia tahu, dia kemurungan bagai orang gila. Hampir bertahun-tahun jugak dia ambik masa untuk terima kenyataan...,"

"... masa kemalangan tu, dia telah mengalami kegagalan fungsi hati. Hati dia rosak. Rosak sepenuhnya akibat kemalangan tu. Arwah kakak dia dermakan hati dia kepada Liya. Sampai ke hari ini...dia masih menyalahkan diri nya penyebab kematian mama dia dan kakak nya. Dia langsung tak dapat terima kematian kakak kembar nya. Pernah sekali dia cuba bunuh, nasib saya dengan Tasya ada masa tu kalau tak memang...,"

Rafael Marcus mengusap belakang Ariya Marshanda dengan lembut. Daniel hanya menjadi pendengar. Sungguh kasihan kisah hidup Liya.

"Siap kakak dia?", Tanya Daniel

"Zndra Marlina, Kakak kembar kepada Zndra Marliya. Dia tak dapat terima kakaknya meninggal masa kemalangan tu,"

Daniel terpaku seketika. Nama itu, Nama yang pernah muncul di setiap pelosok hatinya. Dia terkedu seketika.

"Parut kat muka dia, itu semua dari kemalangan tu. Kerosakan hati, pendarahan otak, itu semua daripada kejadian 6 tahun yang lepas,"

Daniel masih lagi tidak percaya kebenaran tersebut. Kecil sungguh dunia ini.

"Tak sangka kan. Kecil betul dunia nie,"

Ujar Daniel dengan perasaan yang masih sendu. Mati-mati dia ingatkan Zndra masih hidup, tapi tanggapan dia salah.

"Kenapa?," Tanya Ariya Marshanda

"Kakak kepada Liya tu pernah jadi teman hidup Daniel. Patutlah selama nie muka Liya sama dengan Zndra,"

Kata Rafael Marcus tiba-tiba. Ariya Marshanda terkejut. Pernah sekali Zndra menceritkan kepada mereka tentang Daniel. Tak disangka Daniel yang dimaksudkan oleh Zndra adalah Daniel di hadapannya .

"Patut lah. Liya dengan arwah Lina nie senang je nak bezakan. Arwah Lina nie seorang yang lemah lembut, mulut diam je, tapi lainnya pulak dengan si Liya nie. Mulut dia tidak pernah ada fullstol nak cakap je macam murai,"

Tersenyum sedikit Ariya Marshada apabila mengingatkan arwah kawannya itu. Cepat sungguh masa berlalu. Sudah 6 tahun mereka ditinggalkan oleh seorang kakak mahupun kawan yang sebegitu baik.

"Aku rasakan mesti masa aku cakap pasal Zndra, Liya terasa sebab Liya kan gunakan hati Zndra. Jadi dia dapat rasakan apa yang Zndra rasakan dulu,"

Ujar nya mendatar daripada muka nya sudah namapak dia sedang memikirkan sesuatu. Perasan sudah bercampur baur. Memang tidak dapat digambarkan.

"Noleh bagitahu saya mana kubur Zndra?,"

Ariya Marshanda hanya mengangguk kecil. Daniel hanya tersenyum sumbang. Sudah lama dia tidak jumpa gadis idaman nya itu.

∅∅∅∅

Setelah usai membaca ayat suci Al-Quran. Matanya terus menatap tanah kubur dihadapannya itu.

"Zndra,, tak sangka kan awak pergi terlalu awal. Cakap nak bahagia dengan saya tapi awak mungkir janji,"

Mata nya tiba-tiba mengeluarkan air mata jantannya. Bukan mudah dia nak mengeluarkan air matanya. Ia hanya untuk orang tersayang nya. Tentera nama Zndra Marlina di batu nisan tersebut.

"Saya doa agar awak ditempatkan orang-orang yang soleh. Saya janji dengan awak, saya akan jaga Liya seperti mana saya jaga Zndra saya dulu. Saya harap awak tenang. Jangan lah risau pasal adik awak, dia okay je. Tapi tu lah nakal sangat, tak macam awak langsung. Awak jangan risau saya akan buat dia happy seperti mana saya buat awak happy dulu,"

Terus kakinya melangkah pergi dari perkitaran kubur tersebut. Baginya buat apa sedih untuk orang yang telah meninggalkan dunia ini.

∅∅∅∅

Matahari yang sudah terbenam tidak kelihatan lagi di bumi. Hanyalah tinggal bintang dan bulan menghiasi hening malam.

Kelihatan seorang gadis berambut panjang sedang memerhati di luar tingkap hospital tersebut. Diperhatinya lama langit yang semakin lama semakin menggelap.

"Kenapa hidup Liya macam nie ma, semua tinggalkan Liya. Kakak, mama kenapa pergi awal sangat. Liya syukur papa masih ada dengan Liya,"

Liya mengesat air mata nya yang makin lama, makin jatuh. Sungguh dia rindu, asal sahaja di sakit mesti dia akan merintih sendirian.

"Kenapa bukan Liya sahaja yang mati! Kenapa! Mama dengan akak tak patut mati. Semua nie salah Liya. Kalau Liya tak desak mama dengan akak ikut Liya, korang tak kan mati!,"

Ujar nya dengan lantang.

Ya. Liya datang dari keluarga yang berada. Tetapi dia lebih suka tinggal di kampung iaitu rumah neneknya. Dia akan balik ke banglo keluarga nya setiap cuti sekolah sahaja.

"Tak baik kau cakap macam tu, kau yang hidup nie patut teruskan hidup,"

Ujar suara yang garau di belakangnya. Lantas sahaja Liya pusing ke belakang sambil mengesat air mata nya.

"En--encik Daniel bu--buat apa kat si--sini?,"

Dalam esakan Liya berkata. Dalam hatinya buat apa Daniel datang ke hospital malam-malam jumpa dia.

"Aku? Tengok kau lah. Kau okey," Tanya Daniel, Liya mengangguk kepalanya kecil.

"Encik Daniel, kenapa hidup saya macam nie. Orang yang saya sayang semua pergi tinggalkan saya,"

Esakan nya semakin kedengaran di ruang kosong tersebut. Mata beku Daniel diperhati nya lama. Wajahnya semakin kemerahan.

"Hidup saya kosong. Ada papa macam tiada papa. Saya patut mati dari dulu lagi. Kalau bukan punca saya kakak dengan mama tak kan mati... Baik saya mati je!,"

Lantas sahaja Liya mencabut wayar dari tangan nya. Daniel terus meluru dan menahan tangannya.

"Kau gila ke! Bukan macam nie cara nya. Kalau kau nak bunuh diri, kau ingat mama dengan kakak kau suka ke?!,"

"Saya hidup tak ada gunanya lagi hiks...hiks... banyak sangat ke dosa saya sampai saya diuji macam nie. Saya tak dapat Encik Daniel. Saya sakit! Sakit... sakit sangatdengan permainan dunia,"

Liya sudah sepenuhnya dalam dakapan Daniel. Habis lecun baju kemeja Daniel. Yelah Daniel baru je balik dari office. Liya bagai tiada arah tuju lagi. Ingatan nya pun belum pulih sepenuhnya.

"Shuss dah-dah, kalau kau macam nie orang tak suka tau. Kalau Ariya dengan Tasya tahu diaorang mesti sedih. Kau mesti kuat. Mana dah lepas kau mesti redha. Orang yang dah meninggal kau tak patut seru lagi. Kau patut doakan mereka,"

Katanya dengan panjang. Memang dia bersimpati dengan keadaan Liya. Dipeluknya erat badan Liya. Liya hanya perlukan ketenangan sekarang.

Liya masih merintih di dalam dakapan Daniel. Lama-kelamaan tangisannya berhenti. Daniel terus memandang muka Liya yang sudah lena tidur dalam dakapan nya itu. Sungguh lesu muka Liya.

Terus dia membaringkan tubuh Liya di atas katil tersebut. Disingkapnya rambut Liya yang hampir melindungi seluruh muka nya.

Diperhatinya muka Liya yang sedang lena tidur. Masih dia teringat kata-kata Zndra dulu, dia pernah memberitahu nya bahawa dia mempunyai adik kembar yang sungguh keras kepala.

Tersenyum sumbang sedikit. Kata-kata Zndra memang benar. Tapi hatinya sedikit terusik apabila teringat Zndra bermain tiga di belakangnya.

"Akak, Liya rindu akak,"

Ujar Liya dalam tidur nya. Tersentak Daniel medengarnya. Lantas sahaja dia menyelimut seluruh tubuh badan Liya.

Setalah 30 berlalu, dia terus keluar dari bilik tersebut. Jam pun sudah menunjukkan pukul 3:00 a.m. Dia terlena kerana sibuk memerhati muka Liya.

Rafael Marcus  (UNEDIT)Where stories live. Discover now