Sinopsis

32.4K 712 54
                                    

Steve Hendry

Seorang jejaka bermata hijau yang mempunyai auranya tersendiri hingga mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat dirinya yang mempunyai warna mata yang sangat unik. Ditambah pula memiliki seraut wajah yang kacak dan bertubuh tegap. Namun, untuk bersama perempuan lain itu tidak akan berlaku kerana hatinya tetap pada gadis itu.

Zailin Zafirah

Nama gadis itu tidak pernah padam dalam ingatannya. Cintanya pada gadis itu sangat utuh hingga ke saat ini. Rindunya pada gadis itu tidak tertanggung, hanya doa saja yang mampu dia lakukan untuk melepaskan rindu di hatinya. Hinggalah dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Berita kepulangannya amat menggembirakan Aisyah, adiknya yang sentiasa menunggu dirinya.

Tekanan kerja yang membuatkan dirinya tertekan memutuskan dia untuk bersiar-siar di taman permainan yang berdekatan dengan tempat kerjanya. Di sebelah taman permainan itu terlihat sekumpulan remaja yang sedang bermain skateboard.

"Encik hati-hati!"

Bukkkkk

"Are you blind?" Dingin saja dia bersuara menahan amarah. Matanya tajam melihat gadis di hadapannya yang berpakaian seperti lelaki. Mujur sahaja gadis itu berambut panjang jadi tidaklah dia salah sangka.

"Sorry la bukannya saya nak langgar awak. Dah awak berdiri tempat laluan saya dah kenapa." Balas gadis itu dengan berani.

Untuk kali pertama ada seorang gadis yang berani menjawab dengannya dan bertentang mata dengannya dengan pandangan tajam.

Sejak perlanggaran itu berlaku mereka acap kali bertembung secara kebetulan hingga gadis itu menggelar dirinya pencabul.

"Asyik-asyik muka awak, awak ni pencabul ke?"

"Sorry? Kau siapa nak cakap aku macam tu? Watch your mouth girl."

Hari demi hari pasti ada saja benda nak digaduhkan. Peliknya gadis itu langsung tidak menyukai lelaki mata pelik tu. Hinggalah satu peristiwa yang membuatkan maruahnya hampir tergadai, Steve datang menyelamatkannya.

"T-terima kasih selamatkan saya."

"It's okey girl."

Sedikit sebanyak hatinya tercuit dengan keletah gadis itu. Mampukah dia mengusir perasaan yang semakin lama semakin menggila dalam dirinya yang dingin sedingin ais batu itu?
















So how? Okey ke tak okey? Aku rasa macam nak buat kelainan sikit je tak banyak pun hahahaha

Enjoy reading

Vote komen untuk next chapter




NOT FAKE LOVE √√[EBOOK]Where stories live. Discover now