Prolog

17.1K 758 48
                                    

"Hey, i'm coming little girl."

Tangannya mengusap lembut batu nisan yang sudah tidak putih seperti sewaktu kali pertama dipacak pada pusara itu. Warnanya sudah luntur dek kotoran. Mungkin kerana faktor cuaca.

Walaupun begitu pusara itu tetap kemas dan sentiasa terjaga tanpa sebarang lumut yang tumbuh di situ. Itu pun kerana atas arahannya agar anak-anak buahnya sentiasa menjaga pusara gadis itu sebaik-baiknya.

Mata hijaunya merenung sayu pada sebaris nama yang amat dia rindui. Setahun sudah berlalu namun sebaris nama itu tetap tidak pernah pudar dari hatinya. Rindunya pada gadis itu sungguh tinggi. Rindunya yang tidak berbalas memeritkan hatinya.

Puas dia menahan dan cuba menguatkan dirinya namun dia tetap tewas. Setitis demi setitis air matanya jatuh mengalir. Rindunya pada gadis itu hanya Tuhan saja yang tahu. Bertapa seksanya perasaannya apabila dia tidak mampu mengungkapkan rasa itu pada gadis yang dia cintai.

Sudah setahun berlalu namun tiada apa yang berubah. Sangkanya apabila dia ke luar negara dia mampu melupakan segala-galanya. Dia menyibukkan dirinya dengan kerja. Hidupnya hanya semata-mata kerja dan dunia gelapnya sahaja. Tapi dia silap. Semakin dia cuba melupakan gadis itu semakin kuat perasaan rindu pada gadis itu datang mencengkam hatinya.

"Aku rindu kau, little girl. I miss you so bad!" Luahnya dengan sebak. Matanya merah kerana terlalu lama menangis.

Sedar tak sedar sudah dua jam dia berada di pusara itu. Merenung sambil mengingati saat-saat bersama gadis itu sewaktu gadis itu masih hidup. Walaupun hanya singkat sahaja waktu mereka berkenalan tetapi secebis kenangannya bersama gadis itu tidak pernah pudar dari ingatannya.

"Kau nak tahu aku duduk Amerika sampai setahun semata-mata nak lupakan kau. Aku sibukkan diri aku dengan kerja tapi semua tu sia-sia. Perasaan rindu aku terhadap kau tak pernah hilang. Aku cuba hilangkan perasaan ni tapi terlalu susah untuk aku buat. Bagitahu aku little girl macam mana nak hilangkan perasaan rindu ni dekat kau? Macam mana?" Soalnya dengan sayu.

Di hadapan pusara gadis itu, dia bukan lah seorang lelaki yang dingin malah dia juga bukan lah seorang mafia yang digeruni serata dunia gelap. Tapi dia seorang lelaki yang lemah. Lemah dengan perasaan rindu dan cintanya pada gadis polis itu yang sentiasa menyesakkan dirinya. Rindu dan cinta yang tidak akan berbalas.

Setelah puas dia menangis, matanya kembali menatap sebaris nama yang terukir pada batu nisan itu.

Zailin Zafirah Binti Zafirul

Dia mengukir senyuman kecil.

"I need to go, now little girl. I promise i will visit you next time, assalamualaikum."

Ya, dia sudah memeluk agama islam dua bulan yang lalu sebelum dia pulang ke Malaysia. Siapa sangka berita mengenai keislamannya membuatkan adik perempuannya, Aisyah menangis kegembiraan sehingga adiknya itu melakukan sujud syukur kerana keislamannya.

Tiada siapa yang memaksa dirinya untuk memeluk agama islam. Itu semua kehendak dirinya sendiri. Mungkin kerana cahaya hidayah telah mengetuk pintu hatinya agar berpaling ke jalan yang benar. Jalan yang menuju ke syurga Allah Yang Maha Esa. Agama yang benar.

Alhamdulillah....
















Steve dah masuk islam guyssss
Boleh lah Steve kahwin dengan aku HAHAHAHA

Setakat ni je aku karang untuk prolog sebagai perkenalan dan untuk memaklumkan keislaman Steve supaya nanti tak ada yang pelik kalau tiba-tiba Steve bagi salam ke istighfar ke apa enn

So yeahhh happy reading
















NOT FAKE LOVE √√[EBOOK]Where stories live. Discover now