💌 ❱ one

1K 160 98
                                    

INSIDE HIM
Its all about canibal and love

---

Cahaya terik yang memancar mengena wajah menyukarkan kelopak mataku untuk dibuka.Perlahan,aku bangun dari pembaringan.

Perkara pertama yang aku lihat,sebuah bilik yang bukan milikku.Dekorasi bilik itu jauh lebih mewah dan terlihat kelelakian.

Lelaki?

Pantas comforter dibuka.Mengucap panjang kesyukuran aku tatkala melihat tubuh masih lengkap tersarung pakaian.

"Fuh..nasib.Tapi...aku dimana?"

Soalku kononnya ada yang sudi memberi jawapan.Adakah aku diculik?

Imbasan lelaki yang menculikku semalam kembali tergiang di ruangan minda.Malangnya,wajah lelaki itu terlihat kabur.

"Kalau aku diculik,kenapa aku tak diikat?Dan,mana orang yang culik aku tu?"

Pelik.Aku mengeluh.Tidak tahu mahu bersyukur ataupun membiarkan beribu soalan muncul di ruang minda.

Sebebasnya aku merayau di rumah besar itu.Kornea mata memerhati setiap sudut rumah tersebut.Tampak cantik dan elegan.

Gambaran pintu dirantai dan dimangga mencuri perhatianku.Memang sah aku diculik.Aku tidak dapat keluar dari sini.

"Masalah betullah!Kenapa kena culik aku yang kentang busuk gojes ni!Culiklah si mamat 7E tu takpe juga.Aish!Serabut!"

Tidak semena mena rambut dikusutkan olehku.Namun,pergerakkanku terhenti apabila terpandang sesuatu.

"O-otak?"

Membuntang besar mata saat melihat satu objek menyerupai otak manusia terletak layu diatas meja makan bahagian dapur.

Bukan sahaja itu yang memeranjatkan aku.Ribuan usus segar yang masih berdarah juga kelihatan melimpah ruah dari singki.

Bebola mata terlihat menghiasi lantai dapur bersama sarafnya.

Dapur itu tidak ubah seperti tempat penyeksaan.Bau hanyir darah juga membuatkan bulu roma aku menegak.

Kini,terasa tiada kata yang mampu kulafazkan.Hanya mampu melopong dan menahan diri dari terjatuh akibat lutut yang mula menggeletar.

Aku melangkah kebelakang dengan gusar.Peluh usah dikata,habis lencun satu badan.Air mata juga sudah memenuhi tubir mata.

Tipulah jika aku kata aku tidak takut!Korang tidak takut ke,hah?

"A-apa yang-"

"Wow,baby.Dah bangun rupanya."

Oh,tidak.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inside Him.Where stories live. Discover now