BAB 4

87 1 0
                                    

"MEER, kau tak sihat ke? Dari tadi aku tengok lain macam aje. Suara pun dah lain dah bunyinya tu." Wajah dan batang tubuh Emeer diperhati. Memang wajah Emeer nampak lain sangat ketika itu malah sepanjang perbincangan mereka tadi, Emeer tidak banyak memberi cadangan dan berbicara. Tidak seperti selalu. "Entahlah, badan aku rasa berbisa. Muka pun rasa berbahang." Perlahan Emeer membalas. Air masak suam di atas meja dicapai dan dihirup. Arghhh! Air masak pun terasa pahit di tekak. "Nak pergi klinik tak? Biar aku hantarkan." Rahman menawarkan diri. Risau dia melihat Bab 4DSILY.indd 30 11/3/2019 1:03:41 PMAmeera Ameer31keadaan Emeer begitu. Lebih-lebih lagi ketika itu Emeer adalah tetamunya. Kepala digeleng. "Tak payahlah. Aku ni sebenarnya kurang tidur aje. Malam ni rest, esok dah okey dah ni," tolaknya. Sebenarnya, dia memang tidak suka ke klinik. Biar sakit macam mana sekalipun, dia lebih rela menelan Panadol berbiji-biji daripada ke klinik. "Kau ni kerja kuat sangat. Ingat Meer, umur macam kita ni kalau didesak sangat setiap hari lamalama rebah juga." Rahman menasihati. "Nak buat macam mana Man, kerja sendiri. Kenalah usaha lebih sikit. Lagipun aku kena fikir juga staf-staf dekat office yang mencari rezeki dengan aku." "Aku faham tapi jangan kerja berlebih-lebih. Rezeki tu mesti adanya. Allah dah tentukan siap-siap cuma jangan lupa berdoa dan minta dengan dia selain berusaha." Emeer tersenyum nipis. "Tahulah aku," jawabnya tidak mahu mengalah. "Hurmmm... Dalam keadaan kau macam ni aku rasa baik kau berehat dulu. Esok kita sambung. Kalau keadaan kau okey, pagi esok kita boleh pergi tengok rumah aku," sambung Rahman lagi. Akur, Emeer mengangguk. "Kalau macam DSILY.indd 31 11/3/2019 1:03:41 PMDear Sayang, I Love You32tu, biar aku balik bilik dulu. Aku jumpa kau esok pagi," balasnya dan terus berdiri. Dia pun sudah tidak larat benar rasanya. Hendak melangkah pun dia rasa tidak berdaya. Rahman angguk sahaja dan ikut berdiri. Atira turut bangun dan sebaik Emeer buka langkah, dia terus mengekor. "Meer..." Emeer menoleh dan kepalanya diangkat sedikit. "Kalau malam ni kau rasa tak sihat sangat, call aku. Nanti aku hantarkan ke klinik," pesan Rahman. Terharu mendengar kata-kata Rahman, Emeer tersenyum nipis dan perlahan-lahan kepalanya diangguk. "Aku minta diri dulu," ucapnya dan terus beredar. "Encik Emeer betul-betul okey ke?" Teragakagak Atira bertanya. Emeer yang sedang membuka kunci biliknya dipandang resah. Mulalah tidak tega hatinya melihat keadaan Emeer begitu. Emeer menoleh. "Don't worry, I'll be fine," balasnya perlahan. Bersama helaan nafas, kepalanya diangguk dan dia terus berjalan menuju ke biliknya. Sesekali pandangan dibuangkan ke sebelah memerhati Emeer DSILY.indd 32 11/3/2019 1:03:41 PMAmeera Ameer33sehingga lelaki itu hilang dari pandangan matanya. Masuk sahaja ke dalam bilik, tubuh terus direbahkan ke atas tilam. Siling bilik direnung sedang di dalam kepala ligat memikirkan tentang lelaki di bilik sebelah. Haih! Takkan hendak dibiarkan Emeer begitu? Kalau berlaku sesuatu sepanjang malam itu, bukankah dia juga yang akan susah nanti? Fikirnya dan mata dipejamkan. Tira... Tira... Yang kau sibuk sangat kenapa? Diri dia tentulah pandai dia nak jaga sendiri. Hati membebel memarahi diri sendiri. No, tak boleh macam tu. Walau macam mana pun, Emeer tetap abang Fadzlan. Kalau jadi apa-apa pada Emeer, tentu Fadzlan akan menyalahkan dia, desisnya pula. Ketika hati sedang bercelaru, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu dan dia bingkas bangun. Dalam keadaan tergesa-gesa, luggage yang diletakkan di sudut bilik dihampiri dan beg kecil di dalam luggage dikeluarkan. Sebaik beg kecil itu dibuka, jemari ligat mencari pil demam yang sentiasa dibawa bersama ketika dia travel ke mana-mana. "Hurm... Ada pun," bisiknya dan dia terus bergegas keluar dari biliknya menuju ke bilik Emeer. Berdiri sahaja di hadapan pintu bilik lelaki itu, hati mula ragu-ragu dan kepalanya digaru. "Entah apa yang Encik Emeer akan fikir kalau aku beri pil ni," DSILY.indd 33 11/3/2019 1:03:41 PMDear Sayang, I Love You34bisiknya dan tubuh dipusingkan untuk kembali ke biliknya semula. "Arghhh! Lantaklah apa pun yang akan Emeer fikir. Aku bukannya nak suruh dia mati pun," nekadnya dan terus mendaki mata tangga lalu daun pintu bilik Emeer diketuk. Senyap. Tidak puas hati, daun pintu bilik lelaki itu diketuk lagi. Tidak lama menunggu, dia terdengar langkah Emeer berjalan ke pintu. Dalam keadaan berdebar, nafasnya dihela. "Encik Emeer," panggilnya sebaik daun pintu terkuak. Melihat keadaan Emeer yang tidak bermaya, rasa simpatinya menggunung. Dengan keadaan yang semakin lesu, tubuh disandarkan ke dinding pintu. "Ada apa?" soalnya lemah. Entah apa lagi agaknya yang gadis itu inginkan agaknya. Atira bukan tidak tahu keadaan dirinya sekarang bagaimana, tetapi tetap juga dia diganggu. "Errr... Saya nak bagi pil demam ni." Pil di tangannya dihulurkan. Emeer terdiam. Atira dipandang tidak berkelip. "Kalau Encik Emeer nak pergi klinik, saya boleh hantarkan tapi kalau tak nak, Encik Emeer DSILY.indd 34 11/3/2019 1:03:42 PMAmeera Ameer35kena makan ubat ni." Lembut Atira bersuara dan pil di tangannya dihulurkan lagi. Terharu melihat kesungguhan gadis itu, Emeer berdeham. Pil yang dihulurkan Atira disambut dan entah kenapa hatinya tersentuh. "Thanks," ucapnya sepatah menyembunyikan rasa sebak yang semakin mengusik tangkai hati. Sudah lama rasanya tiada sesiapa yang mengambil berat tentang dirinya. "Encik Emeer berehatlah. Kalau Encik Emeer perlukan apa-apa, Encik Emeer boleh call saya. Saya ada aje dekat bilik sebelah." Atira bersuara lagi bersama senyuman. Perlahan-lahan kepala diangguk. Sebak dengan sikap dan layanan Atira, matanya terasa panas. "Saya balik bilik dulu." Tidak mampu mengeluarkan walau sepatah kata, sekali lagi kepala diangguk. Sebaik Atira pergi dari situ, tubir mata yang terasa basah pantas digosok. Entah kenapa melihat ketulusan gadis itu, hati yang selama ini dibiar beku tiba-tiba mencair. PAGI itu, seawal enam pagi dia sudah bangun. Usai mengerjakan solat subuh, dia terus bersiap. Entah DSILY.indd 35 11/3/2019 1:03:42 PMDear Sayang, I Love You36kenapa pagi itu dia tidak sabar-sabar untuk bertemu Emeer. Sudah sihatkah lelaki itu atau masih begitu lagi keadaannya? Arghhh! Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia perlu risaukan Emeer sedangkan hubungan mereka hanya bos dan pekerja sahaja. Peliknya disebabkan Emeer sepanjang malam lenanya terganggu. Dalam tidak sabar menunggu hari cerah, jam di tangan dikerling. Masih pukul enam empat puluh lima minit pagi. Lambatnya waktu berjalan, bisiknya. Hendak sahaja dia terus ke bilik Emeer untuk melihat keadaan lelaki itu tetapi bimbang pula Emeer masih belum bangun lagi. Keluhan kecil dilepaskan dan tubuh disandarkan ke dinding katil semula. Telefon bimbit di sisi katil dicapai dan direnung tanpa perasaan. Sedang fikirannya menerawang entah ke mana, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Atira tersentak. "Encik Emeer," bisiknya dan sepantas kilat itu panggilan tersebut disambut. "Assalamualaikum," sapanya. "Waalaikumussalam. Dah bangun?" Terdengar garau suara lelaki itu di telinganya tahulah dia keadaan Emeer bukan semakin baik tetapi bertambah teruk. "Dah," jawabnya sepatah. "Kita pergi breakfast dulu lepas tu kita terus DSILY.indd 36 11/3/2019 1:03:42 PMAmeera Ameer37pergi ke site." "Errr... Encik Emeer dah okey ke nak pergi tengok site?" "I okey." Terdengar suara Emeer terbatuk-batuk dalam talian, Atira hela nafas. Dalam keadaan begitu pun Emeer masih sibuk memikirkan tentang kerja lagi. "Encik Emeer, apa kata biar saya aje yang pergi tengok site dan Encik Emeer berehat dulu. Saya rasa Encik Emeer masih tak okey lagi tu," ucapnya teragak-agak. "You siap. I tunggu dekat luar lima minit lagi," tegas Emeer dan talian terus dimatikan. Keluhan kecil dilepaskan dan kepala digeleng. "Kalau dah jenis manusia degil, cakap orang pun tak nak dengar!" bebelnya lalu cepat-cepat turun dari katil. Beg sandangnya dicapai dan dia terus keluar. Turun sahaja di mata tangga terakhir bilik, Emeer sudah sedia menanti di kaki tangga hadapan biliknya. Raut yang kelihatan pucat dan tidak bermaya itu diperhati. "Encik Emeer sure ke yang Encik Emeer dah okey?" sapanya sebaik Emeer dihampiri. Tidak menjawab, Emeer mengangguk sahaja sambil menahan batuk daripada terlepas keluar. DSILY.indd 37 11/3/2019 1:03:42 PMDear Sayang, I Love You38Malas hendak menyibuk lagi, Atira akur sahaja. Kalau sudah memang itu jawapan Emeer, biarlah dia. Kalau jadi apa-apa nanti, kau tanggunglah sendiri. Hati membebel geram. "Jom," ajak Emeer dan mula buka langkah. Atira mengekor. "Encik Rahman..." "I minta dia tunggu dekat sana jadi tak perlu susahkan dia untuk datang ke sini." Belum sempat Atira menghabiskan kata-katanya, cepat-cepat Emeer memintas. "Oh!" balas Atira sepatah dan terus diam. Dia tahu Emeer pun tentu tidak kuasa hendak melayan pertanyaan dia sekarang. Melihat kerutan di wajah lelaki itu sahaja dia tahu lelaki itu sedang menahan rasa sakit dan tidak selesa. "Biar saya drive," tawar Atira sebaik mereka sampai di tempat kereta Emeer diparkirkan. Akur dengan permintaan gadis itu, penggera ditekan dan kunci kereta terus dihulurkan. Dia pun memang tidak larat hendak memandu dalam keadaan dirinya begitu. Ikutkan hatinya hendak sahaja dia menyambung tidur dan berehat tetapi memikirkan projek itu penting untuk syarikatnya, terpaksa juga dia gagahkan diri. Bukan dia tidak percayakan Atira tetapi dia bimbang Rahman yang tidak selesa berurusan dengan gadis itu. Maklumlah, Rahman memilih syarikatnya kerana hubungan DSILY.indd 38 11/3/2019 1:03:42 PMAmeera Ameer39persahabatan mereka dan tidak mungkinlah dia mempertaruhkan kepercayaan itu hanya kerana keadaan kesihatannya sekarang. Dengan senyum manis di bibir, kunci yang dihulurkan Emeer terus disambut. Tak sangka dia tidak perlu bertikam lidah dengan Emeer untuk hal yang satu itu. Dan tidak sangka pula Emeer dengan mudah membenarkan dia memandu kereta mahalnya itu. Mungkin lelaki itu reda sahaja kalau keretanya calar-balar dia kerjakan dalam keadaannya sakit begitu. "Encik Emeer tunjuk jalan, ya. Saya tak biasa jalan dekat sini." Emeer hanya angguk sahaja. Dalam keadaan dia sekarang, dia pun tidak kuasa hendak membebel atau cakap banyak. "Nanti you berhenti di warung dekat simpang depan tu. I teringin nak makan nasi dagang dekat situ," suruhnya. "Baik," jawab Atira sepatah dan mula memandu kereta Emeer keluar dari situ.

DEAR SAYANG, I LOVE YOUWhere stories live. Discover now