BAB 3

3.3K 66 28
                                    

"Bahagiamu,
Deritaku.."

🍁🍁🍁

SAMPAI sahaja di rumah. Kasha menolak kasar tubuh isterinya. Nurin Aira terkejut. Hampir sahaja kepalanya mengena bucu meja yang terdapat di sampingnya. Wajah sang suami dipandang. Begis!

"Siapa Aiman tu?!" soal Kasha begang. Siap cinta lagi! memang tak guna!

"Kawan saya," jawab Nurin Aira.

Kasha senyum sinis.

"Kawan? eh perempuan, kalau nak menipu biar logiklah sikit! Kawan apa sampai sayang-sayang ha?!" jerkah Kasha Amir.

Tidak menunggu jawapan daripada Nurin Aira. Tali pinggang yang dipakai dibuka lalu melibas badan sang isteri. Bergema jeritan sang isteri.

"Sakit Kasha!" jerit Nurin Aira. Untung rumah mereka jauh dari rumah orang. Kerana Kasha membeli rumah di atas bukit. Privasi.

"Sakit?" soalnya lalu melibas badan isterinya tanpa belas kasihan. Tidak cukup dengan itu dia menumbuk wajah Nurin Aira. Entah kenapa dia rasa puas hati dengan melukakan isterinya. Api cemburu seolah tidak boleh terpadam walaupun sedikit.

"Argh! sakit awak! hentikan!" rayu Nurin Aira. Namun rayuan itu seolah tidak memberi kesan kepada Kasha. Malah apa yang lebih teruk, Kasha seolah dihasut oleh syaitan. Dia nekad mahu menjadikan Nurin Aira yang mutlak untuknya.

"Sakit eh? biar aku bagi lagi! biar kau ingat aku ni suami kaulah tak Aira!" jerit Kasha lalu menolak kasar tubuh Nurin Aira sehingga jatuh menyembah lantai. Pergerakan Nurin Aira dikunci.

"T-tak awak, jangan," kata Nurin Aira teresak-esak. Sungguh dia tidak rela sebegini. Dia bukan punching bag yang Kasha Amir boleh pukul suka hati sahaja. Dia manusia yang mempunyai hati serta perasaan. Bukankah dia yang tanya akan itu? Kenapa dia harus salahkan Nurin Aira?

Malam itu semua yang terjadi angkara amarah serta hasutan syaitan. Sehingga Kasha Amir sanggup perlakukan Nurin Aira seperti wanita murah yang boleh diguna pakai.

🍁🍁🍁

"Tak payah nak nangis sangatlah," kata Kasha yang baru sahaja bangun dari tidur.

Baju milik Nurin Aira yang berada di lantai di kutip lalu dicampak ke atas muka sang isteri.

Nurin Aira tidak menjawab sebaliknya wanita itu memeluk tubuhnya bersandar ke dinding. Air matanya tidak henti mengalir. Sampai hati Kasha!

"Aku nak mandi, lagi lima minit kalau takde sarapan kau nahas," kata Kasha dingin lalu naik ke bilik untuk bersiap.

Manakala Nurin Aira masih disitu. Menangis.

"Sampai hati awak Kasha," ucapnya sambil teresak-esak. Lalu digagahkan juga dirinya untuk bangun. Setelah apa yang terjadi Nurin Aira penat. Mungkin kerana dia terlalu kuat menangis. Manakan tidak, Kasha melakukan dirinya seperti perempuan yang tiada maruah.

🍁🍁🍁

Kasha mencampak pinggan yang masih tersisa nasi tepat di muka Nurin Aira. Nurin Aira tergamam. Namun dia tidak banyak bicara, nasi yang jatuh dilantai dikutip satu persatu lalu diletakkan di atas pinggan.

Kasha menunduk. Rambut Nurin Aira ditarik kasar lalu nasi yang masih bersisa disuap ke mulut wanita itu.

"Sedap? Ni kau bagi aku?! Tak sedap langsung!" herdik Kasha geram.

"Maaf," kata Nurin Aira perlahan.

"Tu jelah kau tau, maaf.. Maaf.. Maaf.. Eh dia ni aku bagi jugalah!" ucap Kasha geram.

Nurin Aira diam.

"Semaklah aku! Ingat kahwin dapat juga makan sedap-sedap, sekali masak macam nak bagi babi makan!" kata Kasha lagi.

Wajah Nurin Aira dipandang lalu ditampar kasar.

Darah? Peduli apa aku!

"Kau ingat eh, kau bagitahu mama dan papa hal ni. Kau mati aku kerjakan Aira," Kasha  memberi amaran.

Kuah kari yang berada di atas meja dituang ke atas kepala Nurin Aira. Puas hati!

'Ya Allah andai ini dugaan mu, aku terima. Kuatkan aku ya Rahman.'

TBC..

Hai semua,
Selamat malam :)
Abaiakan segala typo
Sorri pendek ehek!
Kurang mahir lagi bab dera-dera ni

So komen skit bab ni mcm mana?
Inshaallah Aish akan improve skill penulisan
Aish

Jangan lupa komen&vote!

Enjoy!

ISTERI YANG TIDAK DIANGGAPWhere stories live. Discover now