BAB 4

5.5K 78 44
                                    

"Bahagia mu,
Deritaku.."

🍁🍁🍁

KASHA Amir sedari tadi mencari-cari kelibat isterinya dari setiap sudut rumah. Namun, hampa apabila kelibat Nurin Aira tidak kelihatan. Kasha mengeluh berat sambil melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Kedua matanya dipejamkan.

Tenang.

Sengaja dia membina rumah di atas bukit. Biar lebih privasi dan terhindar daripada bunyi bising kenderaan di Kuala Lumpur. Dan biar ia merasa lebih tenang dan nyaman dengan tumbuhan hijau di sekelilingnya. Bukankah warna hijau bagus untuk mata? untuk sekektika fikiran Kasha menerawang dengan kata-kata Idham di studio pagi tadi.

Keluhan kecil terkeluar daripada mulutnya.

Hari ini sengaja Kasha masuk ke studio. Walhal dirinya baru sahaja menikah seminggu yang lalu. Kisah apa, yang penting boleh hilangkan bosan! Tanpa membuang masa, kedua kaki dihayun lalu masuk ke dalam bilik Idham.

"Bro!" sapa Kasha lalu duduk di kerusi berhadapan Idham merangkap sahabat baiknya serta rakan kongsi kedai fotografinya.

"Nak apa Kasha? Kau tak nampak ke aku sibuk?" soal Idham geram. Mentang-mentanglah dia bos, boleh selamba badak dia sahaja datang biliknya tanpa memberi salam. Adab mana adab?

Kasha gelak kecil apabila melihat wajah serius Idham menghadap komputer ribanya. Nampak sangat pelanggan yang mereka dapat agak cerewet. Kalau tidak, Idham tidak akan semarah dan tertekan seperti sekarang.

"Ingat lawak ke? geram betul aku! Kita dah bagi servis paling terbaik kot, tapi masih lagi nak komen itu.. ini.. Untung customer, kalau tak memang aku dah bunuh lama," kata Idham sebal.

Manakan tidak, sudah 18 kali Idham membaiki kesalahan yang sama diharapkan kali ke 19 aura customer tu boleh berubahlah. Susah betul jadi fotografi nilah.

"Chill lah, kau baru je kerja dengan aku sebulan. Aku ni, hari-hari hadap tau perangai customer macam mana," jawab Kasha selamba.

"Tu kau, bukan aku," kata Idham lagi. Geram pula dia.

"Aku cakap ni ada je nak jawab," ujar Kasha geram. Ini menambahkan tekanan yang sedia ada pada diri ini. Bukan mengurangkan tapi menambahkan. Menyesal pula Kasha datang ke studio.

Idham ketawa lapang apabila melihat wajah cemberut Kasha. Kerja yang berada di hadapannya dibiarkan seketika. Dia tahu sahabatnya ini mempunyai masalah. Bukan sehari dua dia kenal Kasha Amir. Sudah bertahun-tahun mereka bersahabat. Jadi, dia sudah masak akan perangai seorang Kasha Amir.

"Kau kenapa ni Kasha?" soal Idham.

"Aku kenapa apa?" soal Kasha balik.

Mak aih, soalan dibalas soalan nampak!

"Bro, kau dengan aku bukan sehari dua kenallah, aku dah lama kenal kau Kasha, muka masalah kau ni terserlah sangat," kata Idham tanpa selindung. Ini tidak lain tidak bukan mesti tentang perkahwinannya. Nampak sangat ye tu!

Kasha mengeluh kecil. Wajah Idham dipandang kusut.

"Aku tak tahulah betul ke tak apa aku buat ni? Aku confuse dengan perasaan aku sendiri Id," luah Kasha. Wajahnya tertunduk memandang meja kayu yang berwarna coklat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 01, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ISTERI YANG TIDAK DIANGGAPWhere stories live. Discover now