BAB 2

1.1K 8 0
                                    

LUAR biasa permulaan hari ini bagi Izz Rizqin. Tak pasal-pasal kena sembur dengan minah tu tadi! Rasa bergegar jugalah kepala otak. Tak sangka, orang Ipoh ni, garang-garang orangnya. Sudahlah diberi warning... Lagi kena warning! "Aku dah nasihat awal-awal lagi jangan masuk, pi balik. Tapi dia yang nak masuk. Tengok dah meroyan! Orang lain buat hal, aku pula yang kena... Jangan hari aku ni suwei sudah!" Izz sudah membebel-bebel seorang diri. Niat dalam hati nak menolong sebab semalam sewaktu dia mengemas rumah lewat malam, mamat depan rumah dia tu balik dengan perempuan lain. Aku ingatkan bini, rupa-rupanya bini sementara. Manalah aku tahu... Tu sebab aku kasi warning... Rupa-rupanya silap orang nak berbuat baik pula! "Haih, apolah nasib badan den ni..." Izz mengunci pintu rumahnya, sambil mengunci, sambil itu juga mulutnya terkumat-kamit membebel. Beg Bab2BKP.indd 9 12/21/2019 2:58:28 AMBukanKahwinPaksa 10kerja disandang, hari ini merupakan hari pertamanya masuk kerja ke tempat baru. Dia berharap agar hari ini baik-baik saja. "Pagi-pagi lagi dah mengeluh. Apa yang tak kena?" tegur mak cik sebelah. Lupa Izz apa namanya, tapi mak cik sebelah sebenarnya sudah pun memperkenalkan diri semalam. "Drama swasta jadi drama sinetron, mak cik..." "Rumah mana?" "Rumah depan saya tu." "Lama dah mak cik tegur budak perempuan tu, tapi dia tak percaya. Sekarang ni baru tahu depan mata. Dia tu baik budaknya, sayang kalau dapat dekat Si Ryan tu. Bak kata Yuna, lelaki tak guna tu." Izz tergelak. Yuna pula dah mak cik ni! Yalah, kan sekarang tengah glamour lagu Yuna, bertajuk Lelaki dekat radio. Mak cik ni mesti tak dengar Sinar FM. Pengikut Era FM kut! "Biasalah mak cik, kalau dah namanya cinta. Itu sebab orang kata cinta itu buta. Sebenarnya cinta tu bukan buta, yang buta orang yang bercinta tu." "Betul-betul. Mak cik setuju dengan ayat kamu tu." "Saya pergi kerja dululah." Kalau melayan lagi, alamatnya, tak ke tempat kerjalah jawabnya. "Baik-baiklah jalan... Ingat ke cara jalan nak ke Padang Polo tu?" "Ingat-ingat. Insya-Allah." Izz tersengih. Semalam sewaktu memunggah barang, sempat juga dia bertanyakan pada mak cik jalan nak ke area situ. Tengok Google memang dapat, tapi, saja nak dapatkan BKP.indd 10 12/21/2019 2:58:28 AMSyamnuriezmil 11kepastian. Semalam tak sempat nak pusing, itu sebab hari ini, dia nak keluar awal daripada waktu sepatutnya. Tak sangka pula sinetron nak berlangsung depan mata. Teringat-ingat pula Izz pada perempuan tadi. Baik pun tak guna, kalau ada otak tak boleh nak fikir. Aku tengok lelaki depan rumah tu pun muka macam penyangak. Perempuan tadi, boleh tahan juga. Apalah perempuan cantik selalu melekat dengan lelaki tak cantik ek? Tapi mamat semalam tu boleh tahanlah. Manis tu ada. Pelik memang pelik. Tapi kalau dah namanya jodoh... Kenapa pula, tak boleh hilang bayang perempuan tadi? Kasihan? Isy! Kenapa pula nak kasihankan orang macam tu? Cepat Izz menggelengkan kepala. Bengong! Bibirnya mencuit senyuman, serius bengong! Elok saja lif tersebut sampai ke lobi, Izz pun keluar dan menuju ke parkir. Baru Izz hendak menekan remote keretanya, dia mendengar tangisan yang agak kuat. Alamak! Takkan siang-siang ada hantu pula ni? Sebelum berhajat nak menyewa dekat sini, Izz dah Google siap-siap area sini. Mana tahu, pernah ada kes bunuh ke, kes bunuh diri ke, kes tertikam, tertetak... Tapi rasanya tak ada! Siapa pula yang menangis? Izz cuba mencari dan... "Cik..." "Diamlah." "Macam mana saya nak diam, kalau cik buat kereta saya ni baldi tadah air mata cik? Nak menangis pun, menangislah dekat kereta cik sendiri. Kereta yang cik sandar ni kereta saya. Saya nak pergi kerja ni. Dah lewat! Jalan pun saya tak tahu sangat ni..." Izz mulalah nak membebel. Mana BKP.indd 11 12/21/2019 2:58:28 AMBukanKahwinPaksa 12tak membebel, kena marah! Tadi dah kena marah, sekarang kena marah lagi! Perempuan yang menangis itu menoleh pada Izz, Izz terkejut. Tak sangka Izz, perempuan yang ditegur itu, perempuan yang ditegur sewaktu di depan rumahnya. Alamak! Silap besarlah ni. Izz sudah menggaru kepalanya... "Errr..." Dara juga terkejut, tak sangka pula keretanya diparkir sebelah kereta lelaki tadi. Mesti dia berfikir aku yang bukan-bukan. Mesti dia ingat aku sedih dan menangis pasal Ryan! Dara sudah berfikiran yang bukan-bukan. "Sekarang awak nak cakap, saya bodohlah sebab saya menangis kerana lelaki tu." "Eh... Saya tak..." "Awak tahu tak yang awak silap!" "Saya tak fikir macam tu pun..." "Habis tu awak fikir, saya ni sengaja menangis?" "Eh takkk... Tak!" Izz menggelengkan kepala. Sebenarnya dia tidak berfikir apa-apa pun! "Awak tahu tak, hari ini, benda pertama yang saya fikir sesudah saya bangun, ialah pergi beli kopi kegemaran boyfriend saya dan buat kejutan untuk dia. Dia pergi outstation selama seminggu dan saya ni, sarat merindu. Tengok apa yang dia buat kejutan dekat saya pagi ni? Tidur dengan perempuan lain yang dia kata dia tak kenal! Saya lari... saya sedih. Saya masuk saja dalam kereta, ingat nak lupakan apa yang berlaku tadi... Awak tahu apa kereta saya buat?" Dara mula mengesat air matanya yang tadi laju mengalir. Dia bukan apa, dia sedih, sedih sangat! Izz menggelengkan kepala. "Tak tahu." BKP.indd 12 12/21/2019 2:58:29 AMSyamnuriezmil 13"Tak boleh start!!!" "Oh..." "Kenapa semua yang saya sayang mengabaikan saya? Buat saya macam ni? Kenapa? Kenapa?" Dara mula jadi sensitif. Alahhh... Izz tak betah! Dalam hidup Izz, benda yang paling dia nervous ialah bila perempuan menangis. Oh my, macam mana nak memujuk? Kalau salah pujuk naya ni! Kalau salah cakap mati ni! "Kalau awak nak suruh saya baiki, saya tak tahu. Saya ni akauntan saja. Kalau awak nak suruh saya panggil mekanik, saya ni baru sampai Ipoh semalam. Kalau awak nak suruh saya panggil teksi, nombor telefon rumah baru saya tu pun saya tak ingat, lagilah nombor teksi! Saya tak tahu macam mana nak tolong awak... Cik..." Izz mengelebah! "Eee!!! Banyak cakaplah awak ni. Awak bawa kereta awak, biar saya tunjuk jalan." "Erk..." Pulak! Izz jadi pening... Tak pasal jadi drebar pulak! Tapi, kalau tak tolong, siapa nak tolong dia? Buatnya dia ke mana-mana dalam keadaan bersedih macam ni, macammacam boleh dibuat. Isy! Izz tak mahu ambil risiko... "Marilah saya hantarkan awak... Tapi satu saja saya nak cakap..." "Apa?" "Awak tu janganlah susah hati sangat. Bukan semua yang awak sayang, mengabaikan awak. Mungkin awak salah sayang kut! Insya-Allah, nanti awak berjumpalah dengan orang yang sayang awak tu seperti yang awak sayang dia..." BKP.indd 13 12/21/2019 2:58:29 AMBukanKahwinPaksa 14Dara terdiam. Sentap sebenarnya! "Encik akauntan..." "Ya..." "Saya rasa awak jadi pensyarah ke, penceramah lebih baik. Kalau awak nak bersyarah sangat, awak bersyarahlah dekat sini sorang-sorang. Biar saya balik naik teksi. Pergilah kerja... nanti lambat pula!" Dara mengambil beg tangan dari dalam keretanya dan pergi meninggalkan Izz, terpinga-pinga. Pulak dah... Izz menggelengkan kepala. Haih, ini semua poyo! Kenapalah hari ini semua ini berlaku pada aku?

BUKAN KAHWIN PAKSAWhere stories live. Discover now