🏠37🏠

2.4K 256 28
                                    


~Choi Nara~

"Dah, cepat turun." Arahku kepada Taehyung yang berada di tempat duduk belakang motorsikal.

Nak tahu tak?

Feel gila bawa motorsikal papa. Dia punya laju tu boleh mengalahkan superbike Jungkook. Dah lah best bawa. Rasa macam merempit je.

Lepasni, aku nak pujuk papa untuk hadiahkan motorsikal ini pada aku.

"Asal aku kena turun? Tak sampai sekolah lagikan?" Soal Taehyung sambil mengangkat cermin helmet yang menutup mukanya.

"Kau tak ingat ke? Kita tak boleh masuk perkarangan sekolah sekali. Aku tak nak jadi tumpuan orang ramai. So, kau kena turun di tepi jalan dan jalan kaki sampai ke sekolah untuk mengelakkan sebarang konflik. Lagipun, kita pernah buatkan. Sekolah pun di hadapan tu je." Terangku panjang.

"Kau bawak je motorsikal kau tu masuk kawasan sekolah. Cepatlah!" Arah Taehyung pula.

Eh, sapa yang tunggang motorsikal sekarang ni? Ada juga aku willing motorsikal ni nanti.

Aku dengan kadar malasnya memulas handle motorsikal sehingga masuk ke perkarangan sekolah. Bukannya apa, time time macam ni, ramai yang berlegar legar di kawasan ni. Kalaulah mereka nampak aku dan Taehyung datang ke sekolah bersama, mesti aku akan jadi topik paling panas untuk hari ni.

Aku tabah bersekolah di sekolah yang mempunyai pelajar macam onion.

Sebaik sahaja motorsikalku memecut ke arah parking lot motorsikal pelajar, hampir kesemua pelajar memandang ke arah kami berdua.

Aku tahu mereka pelik sebab first time nampak motorsikal yang mewah seperti ni.

Motorsikal hitam itu aku parking di tempat kegemaranku. Helmet aku buka dan tanggalkan dari kepala. Aku gantungkan helmet tersebut di handle. Terus saja aku menuruni dari motorsikal.

Aku sudah dengar aroma bawang goreng di sini.

Sesetengah pelajar sudah berbisik bisik manakala selebihnya hanya memandangku dengan pandangan tidak percaya.

Aku memandang ke arah Taehyung yang masih tidak membuka lagi helmetnya. Tak panas ke?

"Kau nak masuk kelas dengan helmet tu ke?"

"Tolong bukakan." Pinta Taehyung beriringan dengan nada yang agak comel bunyinya.

Aku memandangnya pelik. Sejak bila Taehyung dah pandai nak bermanja manja dengan aku ni? Selalunya rutin setiap masanya adalah menganggu ketenteraman dan kesejahteraan hidup aku.

"Tangan kau cacat ke hari ni sampai kena ada orang tolong bukakan?" Bidasku tajam.

"Ala! Bolehlah Nara."

Dia mengoncang goncangkan lengan kot sekolahku. Pelajar lain mula memandang pelik ke arah kami berdua.

Disebabkan aku tidak mahu menanggung malu menjadi perhatian utama di tempat parking ni, secara terpaksanya aku membuka pin pengunci helmet yang berada di bawah lehernya. Aku tanggalkan helmet itu dari kepalanya maka terpancarlah wajah alien jadian yang sedang tersenyum petak di hadapanku.

Aish, comel pula boxy smile dia kali ni.

Eh—

"Thanks!" Ucapnya.

Aku mengerling ke arah pelajar yang dari tadi menjadi 'burung helang'. Mereka mula berbisik.

"Omo! Dia naik dengan Taehyung oppa la."

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGDonde viven las historias. Descúbrelo ahora