🏠49🏠

2.2K 275 43
                                    

~Author~

Uhuk uhuk!

"Lain kali bila aku larang tu, tolong dengar. Kalau aku cakap jangan main hujan, jangan main hujan. Kan dah demam!" Taehyung sibuk ingin menampal cool fever di dahi Nara namun ditepisnya lemah.

"Aku tak nak pakai la. Aku bukannya uhuk kena Covid-19 pun. Demam uhuk biasa saja." Kata Nara diselangi dengan batuk. Suaranya sudah bertukar serak mungkin disebakan kahak yang menyebabkan tekaknya sakit.

"Iyalah kau demam biasa. Hari ni kau tak perlu pergi sekolah. Duduk rumah rehatkan diri and tidur. Biar aku saja jaga kau hari ni."

"Kau tak pergi sekolah?" Soal Nara.

"Tak. Aku nak jaga yeochin aku." Balas Taehyung sambil mengusap perlahan rambut Nara.

"Aku tak uhuk kisah! Aku nak juga uhuk pergi sekolah! Dah keluar uhuk. Aku nak mandi." Nara bangun dari katil lalu menolak Taehyung keluar dari biliknya.

"Kau jangan degil Na—

Bam!

Nara menutup pintu biliknya kuat. Mujur sahaja tidak tercabut pintu biliknya.

"Eh, siapa benarkan kau naik motorsikal ke sekolah?" Taehyung bercekak pinggang di hadapan Nara yang sedang memegang kunci motorsikal miliknya.

"Aku nak pergi uhuk sekolah mestilah naik uhuk motorsikal aku. Takkan aku nak uhuk jalan kaki pula?" Soal Nara semula.

"Even aku tak boleh terima yang kau nak ke sekolah, tapi aku takkan benarkan kau ke sekolah naik motorsikal hyper kau tu. Tengoklah diri kau sekarang. Badan tak bermaya, lesu, lemah, muka pucat. Dah macam Yoongi. Hell no aku nak—

Kata kata Taehyung terhenti tatkala bibir pucat Nara bersatu dengan bibir merahnya. Walaupun ciuman itu singkat namun cukup untuk membuatkan Kim Taehyung senyap.

"Aku sudahlah sakit uhuk kepala, kau membebel macam Jungkook pula. Cubalah uhuk senyap." Kata Nara lalu berjalan lemah semula ke arah rak kunci. Taehyung hanya tersenyum kecil. Pipi merahnya dia tekup.

Seronok woi! Dapat morning kiss!

"Naik kereta dengan aku." Arah Taehyung cuba untuk menutup rasa malunya.

"Andwae!"

"Wae?"

"Nanti pelajar bergosip uhuk tentang hubungan kita." Keluh Nara.

"Biarlah. Lagipun memang kita ada hubungan kan? Jadi, apa masalahnya?" Soal Taehyung.

"Aku tak biasa uhuk lagi dengan hubungan ni! Ni uhuk first time." Nara menghentak sebelah kakinya. Memprotes arahan Taehyung. Taehyung ketawa kecil melihat buah hatinya begitu. Macam budak budak!

"Baik kau ikut arahan aku sebelum aku ajak kau buat free show kat sekolah" Ugut Taehyung.

"Free show? Free show apa?"

"Maybe kiss you in front of everyone?" Taehyung tersenyum sumbing melihat Nara yang sudah meneguk air liur dengan susahnya.

"Aku ikut kau."

❤❤❤

"Nara! Asal kau nampak pucat ni?! Kau dah mati ke?!" Soal Jungkook cemas melihat wajah sepupunya itu.

"Dia demam." Pantas Taehyung menjawab. Jungkook memandang Taehyung yang berdiri di bersebelahan Nara.

"Dah demam kenapa datang juga ke sekolah?! Kau nak mampus dengan aku ke Choi Nara?!" Marah Byul. Muka kawannya itu dicerlung tajam.

"Kemukakan alasan kau sekarang! Aku tak nak dengar alasan yang kau bosan duduk rumah sorang sorang." Arah Jungkook sambil bercekak pinggang. Pandangan para pelajar di ruang loker itu tidak mengganggu mereka berempat.

"Aku nak belajar. Lagi pun kalau aku tak uhuk pergi, Taehyung pun takkan pergi. Kalau Taehyung tak pergi sekolah, sudah uhuk pasti dia akan bertambah bodoh. Sudalah sebelum ini uhuk dia memang bodoh tetapi bijak uhuk dalam menyakat orang." Nara membalas. Taehyung menjeling ke arah Nara.

Sempat lagi dia menyakat even sekarang tengah demam! Huh!

"Aku tak setuju kau datang sekolah tapi aku setuju yang Taehyung bodoh." Jungkook mengusap dagunya sambil mengangguk perlahan.

"Aku setuju." Byul mengangguk juga diikuti Nara. Taehyung memandang ketiga tiga kawannya itu dengan pandangan tidak puas hati.

"Alahai, merajuk pula alien aku sorang ni." Nara memeluk lengan Taehyung lalu menyandarkan kepalanya dia pada bahu Taehyung. Nasib dia pendek dari Taehyung, boleh dia rehatkan kepala di situ.

"Pujuklah aku kalau boleh." Taehyung merengus kasar.

"Kalau kau merajuk lagi, aku tak nak kahwin dengan—

"Aku melawak je tadi." Taehyung tersengih memandang Nara. Sememangnya Nara tahu apa kelemahan Taehyung.

Perkahwinan!

"Erk, setahu aku, perangai kau takkan berubah pelik bila kau demam. Kau ada telan pil orang gila ke?" Soal Jungkook. Dia memandang Nara atas bawah dengan pandangan pelik.

Biar benar ini sepupunya yang dia kenal? Kenapa gediknya lain macam?

"Jungkook, Nara kenapa? Bukan dia allergic dengan Taehyung ke?" Bisik Byul perlahan. Jungkook sekadar mengangkat bahu.

"Apa yang peliknya? Aku uhuk okaylah!" Bentak Nara masih lagi bersandar pada bahu Taehyung.

"Kenapa kau peluk lengan Taehyung? Tak pernah kau jadi macam ni. Selalunya kau peluk lengan aku saja." Ujar Jungkook.

"Salah ke dia peluk lengan namchin sendiri?" Kata Taehyung lalu mengusap laju kepala Nara.

"Entah korang ni. Biarlah. Aku nak peluk dia ke, nak uhuk tendang dia ke, nak kiss dia ke. Aku uhuk yeochin Taehyung, Taehyung namchin aku. Aku uhuk future wife Taehyung, Taehyung future husband aku." Balas Nara lalu mengeratkan lagi pelukkannya pada lengan Taehyung.

Byul dan Jungkook masing masing melihat antara satu sama lain sebelum mereka membuntangkan mata memandang Nara dan Taehyung. Adakah telinga mereka tidak salah dengar?

"Ulang sekali lagi." Pinta Byul.

"Aku teman lelaki a.k.a boyfriend Nara."

"Aku teman wanita a.k.a girlfriend Taehyung."

"WHAT?!!"

TBC

Huhu...sian Jungkook dan Byul blur tahap gaban. Harap mereka dapat menerima kebodohan ini 😅

Rindu antagonis tak? Chap nanti mereka buat comeback.❤

Vote and comment after reading! 💕

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now