BAB 3

161 6 1
                                    

SEPANJANG memandu, banyak kali Kei menghentak stereng. Marah benar dia.

Huda ligat search keyword Skylex Agency. Hanya ada satu artikel memetik nama Skylex. Artikel tentang kapal terbang terhempas di hutan terbesar Bellyanz 14 tahun dahulu. Kekecohan berlaku bila semua mayat penumpang ghaib.

Skylex Agency ambil alih kes setelah pihak berkuasa banyak membuang masa. Ajaibnya, hanya seminggu diperlukan untuk Skylex merungkai misteri. Mayat-mayat penumpang ditemui berselerakan dalam hutan. Padahal ratusan polis, bomba dan tentera sudah sebulan meneroka hutan itu.

Perincian kes dirahsiakan kerajaan. Tak ramai tahu bagaimana Skylex menyelesaikan kes itu atau mengapa mayat-mayat tercampak terlalu jauh dari kapal terbang.

"Kau rasa boleh ke agen Skylex tu selesaikan kes Suri?"

Selaku orang kuat Tuan Mazlan juga best friend Kei, Huda sering juga dengar perihal kejayaan Skylex Agency.

Pendek kata, Skylex Agency adalah agensi rahsia yang menyelesaikan kes-kes aneh dan sukar. Jika ada orang-orang kenamaan hilang, kematian pelik tanpa sebab munasabah atau pembunuhan beramai-ramai, mereka akan dipanggil kerajaan untuk turun padang.

Itu pun setelah pihak berkuasa biasa gagal menyelesaikan kes. Pihak polis sering rasa terjejas dengan kewujudan Skylex. Kei yang berpangkat inspektor salah seorang daripadanya.

"Mereka tu gebang aje lebih." Kei mencemik.

"Muka pun tak macam golongan profesional. Aku lagi cantik berbanding CC."

Huda membelek muka di side mirror. Kulit putih, hidung mancung dan bibir agak tebal. Kecantikan yang sering dipuji lelaki. Teringat pula muka CC yang kelabu asap dan cengkung macam penagih dadah. Memang tak berlaki sampai matilah perempuan itu.

Oh ya, CC padan dengan Bob yang gedempol dan berperut boroi.

"Kerja mereka pakai otak, bukan muka." Kei memerli.

"Eh, aku ketua jabatan kewangan ayah kau okey? Otak aku lebih geliga compare dengan otak perempuan pecah rumah tu. Ada ke dia cakap bukan manusia yang bunuh Suri. Bodoh amat. Takkan hantu pulak jadi pembunuh? Nama pun pelik. CC? Apa tu? Cyber cafe?" ejek Huda berjela.

"Itu code name mereka."

"Eleh, nak acah-acah misteri pulak. Entah siapa-siapa Skylex Agency ambil buat staf. Lebih baik mereka gajikan kau yang sado ni."

Huda meramas-ramas lengan kekar Kei. Geram.

"Enough! Tak payah nak miang dengan aku."

Tangan Huda ditepis. Kei malas nak cakap yang otak Huda sama macam dubuk betina. Asyik fikir nak mengawan saja. Ingat dia berselera ke?

"Kedekut." Mulut Huda persis muncung itik.

"Kau ni tak ada kerja ke? Asyik ikut aku aje?"

"Ingat kau sorang boleh cuti panjang? Bapak kau pun bagi aku cuti. Sampai kau setel kes Suri dan Zack. Kalau aku tak teman kau, kau kesunyian pulak nanti."

Nampak sangat Tuan Mazlan tak mempercayai Kei. Huda ni gaya saja bimbo, tapi dia sebenarnya mata-mata Tuan Mazlan.

Saat Kei kurang fokus, jari-jemari Huda meliar ke pahanya. Ingin merangsang hormon jantan Kei.

"Kalau tak nak jari kau patah, baik kau duduk diam."

"Sombong!"

Kei ni jual mahal pula. Orang nak bagi makan free pun tak nak.

MAKHLUKWhere stories live. Discover now