BAB 7

129 4 0
                                    

SEMUA bernafas lega sebaik kaki mendarat di jeti buruk. Atap zinknya hampir tercabut, tapi lantai papannya masih utuh. Dua buah bot ditambat pada tiang kayu.

"Betul ke ni Pulau Amon?" Kei masih ragu.

CC teringin menempeleng jantan itu.

"Kau tak nampak signboard tu? Buta?"

Ada sebatang pokok kelapa tumbang tak jauh dari situ. Batangnya berukir hodoh 'Selamat Datang ke Pulau Amon'. Persis hasil vandalisme remaja baru habis sekolah menengah.

"Pulau ni betul-betul wujud."

Mood Huda pulih serta-merta. Tak perlulah dia mengarahkan kru-krunya menghumban CC dan Bob ke laut.

"Kami jarang menipu." Bob gosok tengkuk.

"Thanks Bob, CC."

"Awal sangat kau nak berterima kasih. Kita belum pasti Zack ada di pulau ni."

Kei menolak bukti kehandalan agen Skylex. Dia yakin tanpa pertolongan mereka, dia masih boleh mencari Zack. Selagi tak jumpa Zack, dia takkan percaya kata-kata Bob dan CC sepenuhnya.

"Kamu semua buat apa dekat sini?"

Aktiviti memunggah barang terbantut. Lelaki tua berkain pelekat, berbaju putih dan bersongkok terpacak di pangkal jeti.

"Kami..."

"Balik! Balik! Sini bukan tempat korang!"

Tak sempat Kei menjawab, tangan pak cik itu terayun-ayun menghalau mereka.

"Ini mungkin adik-beradik nenek tua pagi tadi," ujar CC selamba.

"Assalamualaikum pak cik." Kei berlembut.

"Balik! Kamu semua memang cari nahas!" Makin kuat orang tua itu menengking.

Mereka tayang riak bengang.

"Kenapa pak cik ni suruh kita balik? Cemas aje muka dia." Huda mencucuk pinggang Bob.

"Dia tak suka orang asing masuk kawasan dia agaknya."

"Entah-entah dia cuba sembunyikan sesuatu daripada kita."

Teori bernas muncul dalam benak Huda.

"Sembunyi apa?"

"Errr... nothing." Huda acah-acah pandang laut.

"Baliklah! Kamu semua tunggu apa lagi?!"

"Aku datang sini nak cari adik aku. Dia mungkin berada di pulau ni. Pak cik pernah nampak dia tak?"

Mengabaikan reaksi negatif, Kei tayang foto Zack.

"Aku tak nampak sesiapa pun!"

Tangan Kei ditepis. Gambar Zack melayang sebelum disambar seseorang. Sekali lagi mereka terpaku. Muncul pula lelaki tua kedua yang berpakaian sempoi. T-shirt leher bulat dan seluar jean lusuh.

"Ini gambar Zack."

Tampang Kei bercahaya. Dia pantas mendekati lelaki itu.

"Pak cik kenal adik aku?"

"Kenal. Kau ni ahli keluarga dia ke?"

"Ya. Aku Kei, abang Zack." Kei hulurkan salam.

"Panggil saja aku Pak Itam." Tangan Kei digenggam kuat.

"Pak Itam tau Zack dekat mana sekarang ni?" Tak perlu corner-corner, Kei terus bertanya soalan utama.

Sangat berharap kedatangan mereka ke situ tak sia-sia.

MAKHLUKWhere stories live. Discover now