24.

1.3K 90 0
                                    

Golden Venture adalah syarikat perancangan dan pengiklanan. Syarikat tu ada dua menara yang setinggi 40 tingkat. Ianya satu daripada syarikat pengiklanan terbesar di situ. Dalam syarikat tu terbahagi kepada banyak jabatan dan kumpulan. Salah satunya adalah kumpulan Projek ACE, yang diketuai oleh Reyna sendiri.

Kumpulan Projek ACE paling popular dalam syarikat tu. Bukan kerana memiliki seorang ketua yang hebat, malah kumpulan tu memiliki pakar dan staf paling berkualiti dibandingkan dengan kumpulan projek pengiklanan yang lain.

Kerana itu banyak projek yang mereka handle sentiasa menjadi perhatian ramai klien. Ramai-ramai klien request nak kumpulan Projek ACE yang handle.

Tapi bukan semuanya kumpulan tu terima request klien. Biasanya Reyna minta semua ketua kumpulan projek yang lain sama-sama bagi presentation dia orang untuk dinilai klien.

Dengan itu semua orang diberi hak sama rata untuk curahkan idea masing-masing. Tapi nak buat macam mana, sekalipun Reyna biarkan giliran dia yang paling terakhir buat presentation. Dan paling ajaibnya walaupun Reyna buat presentation dia cikai-cikai still Idea dia sentiasa terpilih.

Kalau Reyna malas nak handle, dia akan tolak dan cipta banyak alasan. Siapa bertuah tu dapat la handle projek-projek tu. Tapi ketua-ketua kumpulan projek yang lain tak tahu semua tu.

Apa yang mereka tahu marah dan cemburu pada Reyna sebab Reyna rampas peluang mereka untuk handle sebarang projek.

Kalau mereka handle sekalipun projek, projek tu dalam skala kecil dan tak popular atau bertender besar.

Little did they know...Reyna handle semua projek yang besar sebab tak nak jejaskan imej syarikat dan pekerjaan setiap pekerja dalam syarikat ni.

Pernah ada satu kes tu, satu kumpulan projek handle satu projek besar dan ianya tak berakhir dengan baik sampaikan syarikat kerugian besar, bukan saja tak dapat duit malah mereka kena bayar saman dan lawsuit. Tak pasal-pasal semua pekerja dalam projek tu kena pecat!

Sebab itu Reyna ambil keputusan untuk masuk campur, sekali lagi.

Di ruangan kerja Kumpulan Projek ACE...

Tak hairan dengan situasi yang sedang berlaku di depan mata, mereka semua di situ hanya menyibukkan diri dengan kerja masing-masing. Lagipun bukan kali pertama kejadian macam ni berlaku. Dah banyak kali sampaikan mereka tak tahu nak cakap apa-apa lagi.

Nak bergosip mulut dah berbuih cakap benda yang sama. Nak mengutuk?Orang yang mereka kutuk itu la yang letakkan mereka pada kedudukan yang sekarang. Jadi mereka lebih suka mendiamkan diri.

"Kau tak boleh buat macam ni! Aku yang dapat projek ni dulu!Asal kau rampas pulak?!"tanya Dante dengan berang di depan meja Reyna.

Reyna yang tengah tunduk membaca laporan kewangan projek Rian itu buat tak dengar.

"Tak ada hati perut betul kan kau ni jadi orang?Huh?Sampai sanggup tutup periuk nasi orang lain!Kau dah dapat banyak projek besar kan...asal nak rampas aku punya...kau tau tak ini satu-satunya peluang aku.."Dante akhirnya pukul meja tu dengan kedua-dua tapak tangan.

Bacaan Reyna terhenti sewaktu mata dia bergerak ke tangan Dante yang ada di atas meja dia. Lantas dia dongak memandang Dante.

"Awak ada bukti saya yang rampas?"tanya Reyna.

"Tuan Howard sendiri beritahu kau berminat dengan projek ni...sebab kau mintak dekat dia sendiri!"

Reyna letakkan pen lalu bersandar ke belakang sambil meletakkan kedua-dua tangan di atas perut masa dia silangkan kaki dengan yakin. Ikut kan hati dia nak jelaskan situasi sebenar pada Dante. Tapi kalau dia jelaskan tak ke benda jadi lebih complicated.

"Beritahu saya..kenapa projek ni penting untuk awak?"tanya Reyna dengan mendatar, renungan kosong tanpa emosi dia ditenung Dante.

"Bukan urusan kau untuk tahu...urusan kau sekarang adalah tarik diri dan pulangkan semula projek tu pada aku!"

"Penting lagi projek ni atau kedudukan yang awak miliki sekarang?Pilih."aju Reyna.

Tanpa berfikir lama, Dante terus jawab. "Projek ni."

Reyna berdengus kecil. Dia pandang Dante dengan lama. Kalau la lelaki ni tahu apa yang bakal rakan sekerja lelaki ni lakukan, pasti Dante takkan cakap projek lagi penting.

"Kalau saya jadi awak...saya akan pilih kedudukan. Saya dengar, siapa berjaya selesaikan projek ni bakal mendapat kenaikan pangkat..."Reyna beri renungan gelap ke Dante.

Terangkat tinggi kening Dante bila dia dengar. Macam mana Reyna tahu?

"Sorry but not sorry...saya takkan pulangkan balik barang yang dah diberi pada saya. Sekiranya awak pilih projek..awak boleh tunggu projek lain..."Reyna kembali menyambung kerjanya semula.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now