BKL 20 🌸

640 29 1
                                    

Anis memandang sekeliling sebelum matanya jatuh pada lelaki di hadapannya. Anis merenung wajah Azriq sambil berkerut.

"Dah kenapa pandang aku macam tu ?" soal Azriq tanpa memandang isterinya. Dia sibuk dengan urusan di telefonnya.

"Abang demam ke ?" Anis melekapkan tapak tangannya pada dahi suaminya.

"Mana adalah.. tak payah buat muka terkejut sangat lah" Azriq mengalihkan tangan Anis dari dahinya. Dia ketawa kecil melihat reaksi isterinya. Kemudian dia menyambung menghadap telefon.

"Tak sangka yang orang kaya , smart , cool , macho macam abang ni makan dekat kedai gini" Anis meluahkan rasa bangganya.

"Kenapa ? dekat kedai ni ada tulis ke orang kaya tak boleh makan ?" perli Azriq sambil menyuapkan char kuey teow ke dalam mulut.

"Bukanlah. Ish abang ni.. Aira cuma terlalu terkejut sebab selalunya stok-stok orang macam abang ni.. manalah pandang kedai gini.." Anis mencebik apabila Azriq tak habis-habis memperlinya.

"Kalau kau nak tau en.. kedai ni kedai favourite aku tau.. dan kau orang pertama yang aku bawa sekali ke sini.." Azriq mengerling memandang isterinya yang khusyuk menjamah makanan.

Anis menyedut sedikit air sebelum menjawab.

"Kenapa Aira orang pertama ? Bukan ke sebelum-sebelum ni abang ada banyak spare part ? Maklumlah.. awek keliling pinggang"

"Mahu aku kena reject kalau bawa diorang ke sini.. nak ngorat ni kena ada skills.." Azriq ketawa melihat muka cemberut Anis. Dilihatnya Anis kembali menumpukan perhatiannya pada makanan.

"Jeles lah tu.." usik Azriq namun tiada respons dari Anis.

"Gurau jelah.. Aku tak bawa diorang ke sini sebab aku nak bawa orang yang betul-betul special ke sini.." Azriq tidak sedar bahawa ayatnya itu mengundang perasaan bunga di hati Anis.

"Jadi Aira lah orang special tu ?" Rasa kenyang pula tiba-tiba.

"Aku tahu kau bukan pandang aku sebab harta" Azriq tidak menjawab soalan Anis. Soalan isterinya itu hanya disimpan dan akan dijawab suatu hari nanti.

Anis tersenyum kecil. Ye ! Dia tidak pandang harta yang ada pada Azriq tetapi dia pandang hati, layanan. Azriq meluahkan dari segi caranya. Memanglah Azriq tidak sweet tetapi hatinya sudah tertarik. Nak buat macam mana. Dia kembali menumpukan perhatian pada baki makanan yang tinggal sedikit.

Azriq menjeling isterinya. Dia suka akan senyum itu. Manis dan dia rasa dia mahu menyentuhnya. Tanpa sedar, tangannya naik menyentuh bibir itu.

Terbantut suapan Anis apabila jari suaminya menyentuh lembut bibirnya. Jantungnya berdegup kencang. Matanya naik memandang suaminya. Azriq merenung matanya lembut.

"A-abang ?" tidak terdaya mahu membuka mulut apabila perasaan debar menguasai diri.

Azriq tersentak. Dia menjentik bibir isterinya sebelum menurunkan tangan.

"Kotor.. kau ni makan macam budak kecil" Azriq membuang pandang ke tepi. Tak usah ditanya betapa malunya dia. Mukanya rasa bahang.

"Dah tak payah tengok aku macam tu, sambung makan"

Anis mengambil tisu untuk mengelap mulutnya dan menyambung suapan.

"Abang okay ?" soal Anis apabila suasana diam antara mereka. Azriq kelihatan khusyuk menghadap telefonnya.

"Hmm"

"Err.. Jomlah balik.. Aira dah habis makan"

Azriq diam. Mungkin terlalu tumpukan perhatian pada telefon.

Bidadari Kiriman LangitWhere stories live. Discover now