BAB 16

7.2K 327 4
                                    

Cahaya matahari yang menembusi langsir menyuluh tepat ke arah wajah Rosalinda. Lenanya terganggu tatkala terasa pinggangnya dipeluk erat.

Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka dan mencelik. Wajah Danial yang dekat dengan wajahnya membuatkan Rosalinda kaku.

Fikirannya tiba-tiba menjadi bingung.

Lama wajah Danial direnungnya. Tangannya mahu menyentuh pipi Danial namun dia membatalkan niatnya apabila Danial membuka sedikit matanya.

“Sayang dah bangun?”tegur Danial tatkala mata mereka berdua terpaut. Rosalinda mengekalkan wajah dinginnya. Tangan Danial pada pinggangnya ditolak kasar. Dia bingkas bangun dan memandang sekeliling. Dia mengeluh.

Mesti Hariz dah bangun dulu. Hariz macam tahu-tahu saja nak tinggalkan mereka berdua bersama dalam bilik tidurnya.

Danial turut bangun dan meregangkan tubuhnya. Dia memandang Rosalinda dan serta merta bibirnya terukir senyuman.

“Abang suka tengok muka sayang sekarang ni. Muka bangun tidur pun tetap cantik,”puji Danial,ikhlas.

“Nak mengutuk saya lah tu.” Rosalinda pantas mengelap di tepi bibirnya. Manalah tahu kalau ada air liur basi. Buat malu saja!

“Eh,mana ada sayang. Abang puji ikhlas ni. Sayang memang cantik.”

“Dah,tak perlu panggil sayang. Geli tahu tak? ” Rosalinda menjeling.

“Habis tu,nak panggil apa? Bunga Ros?” Danial ketawa kecil. Geli hatinya apabila teringatkan zaman sekolah mereka dulu. Dia sering membuli Rosalinda.

Kalau lah mampu putar semula masa..

Rosalinda membuat tidak endah. Dia bingkas berjalan keluar daripada bilik dan matanya meliar melihat sekeliling.

Sunyi sepi rumahnya. Rosalinda berjalan menuju ke dapur dan melihat suasana yang sunyi sepi.

“Mama? Ayah? Hariz?”

Danial yang mengikuti Rosalinda daripada belakang terus menuju ke peti sejuk. Sehelai nota yang ditampal dibaca.

Kami pergi ke pasar sekejap. Kalau lapar sangat,ayah ada beli nasi lemak. Makan dulu nasi lemak tu. Air teh pun ada. Ros,layan suami baik-baik.

-Ayah

“Ish,bukannya nak kejut!” Rosalinda tiba-tiba naik berang. Dia merengus dan memandang Danial yang juga sedang memandangnya.

“Apa? Ingat saya nak layan awak ke? Nak makan? Ambil lah sendiri. Ada tangan,kan? Buat sendiri. ” Rosalinda menjeling lalu meninggalkan Danial seorang diri di dapur.

Danial terkebil-kebil memandang isterinya yang berlalu pergi. Nota yang dipegangnya dipandang.

“Tak apa,ayah. Kita tak perlu paksa dia. Biar dia sendiri yang terima saya dengan sendirinya..”gumam Danial. Dia tersenyum nipis.

Danial berjalan pergi ke bilik tidurnya untuk bersiap mencuci muka dan menggosok gigi.Usai sahaja siap cuci muka dan gosok gigi di bilik air, Danial terus menyediakan nasi lemak yang dibeli oleh bapa mertuanya untuk Rosalinda. Air teh turut dituang siap di dalam cawan.

Rosalinda yang baru mahu membersihkan dirinya ditegur.

“Ros,lepas mandi awak makan ya? Abang dah hidangkan nasi lemak untuk awak.” Danial tersenyum.

Rosalinda memandang Danial dari atas hingga bawah. Kemudian,dia tersenyum sinis.

“Tak perlu. Saya tak perlukan orang gaji macam awak untuk sediakan semua tu untuk saya. Kalau awak nak juga,hujung bulan nanti saya bayar gaji. Okey? Janji awak buat semua kerja dalam rumah ni. Jangan goyang kaki saja,”katanya. Dia terus masuk bilik air. Terpempan Danial apabila mendengar kata-kata Rosalinda.

Lelaki berdarah barat ini terus menahan sabar. Dia terus mengukir senyuman agar dirinya kuat dan sabar untuk memujuk hati Rosalinda yang sudah dia khianati tiga tahun lepas.

“Abang rela jadi orang gaji sayang asalkan sayang maafkan abang..”

Sementara itu,Rosalinda yang berada di dalam bilik air hanya mampu menahan rasa. Bibirnya diketap menahan sebak.

Dia terpaksa biadab terhadap suaminya sendiri. Kalau tak, dia akan terus jatuh sayang pada Danial. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali. Dia tak mahu sejarah hitamnya berulang kembali.

Masing-masing menahan rasa sakit di hati mereka sendiri.

Danial duduk dan setia menunggu isterinya di meja makan.Agak lama dia menunggu Rosalinda. Walaupun Rosalinda sudah selesai mandi, Rosalinda tetap tidak menjenguk ke dapur.

Danial mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding.

“Danial? Mana Ros? Kenapa tak makan nasi lemak tu? Nampak macam tak berusik saja,”tegur Puan Zahrah. Datin Sophea yang turut ada di situ memandang anak lelakinya. Barang-barang dapur yang dibeli diletakkan di hadapan peti sejuk.

“Danial tunggu Ros. Dia baru lepas mandi tadi,” jawab Danial sambil tersenyum.

“Ros? Dia baru saja keluar tadi. Hariz pun ikut dia. Katanya nak pergi kedai.”

“Pergi kedai?”

Puan Zahrah mengangguk.

“Sabarlah,Danial. Jangan ambil hati dengan Ros. Dia memang degil macam tu. Lama-lama nanti dia okeylah tu,”sampuk Tuan Idris pula. Dia mengambik tempat di sebelah menantunya.

“Eh,tak apa ayah. Danial tak ambil hati pun..”

Tuan Idris tersenyum.

“Dah,makanlah. Tak payah tunggu Ros. Mesti dia beli makanan dari luar tu. Paling teruk pun, dia pergi makan dekat warung.”

Danial hanya mampu tersenyum. Dia menyuap sesudu nasi lemak ke dalam mulutnya. Matanya memandang ke arah barang-barang yang dibeli. Kemudian,dia memandang ibu mertuanya.

“Mama beli ikan keli ke?”soalnya.

"Ya. Kenapa? Danial ada nak makan apa-apa ke?”

“Eh,tak adalah. Kalau mama beli ikan keli,boleh tak masak sambal ikan keli? Dah lama Danial tak makan lauk tu.” Danial tersengih seperti kerang busuk.

“Danial suka?”soal Datin Sophea pula.

“Suka. Ros yang ajar Danial makan lauk tu. Sedap! Mula-mula,memanglah loya tekak.. Tapi,lama-lama dah jadi lauk kesukaan Danial. ”

Senang hati Datin Sophea mendengarnya.

Benarlah,hanya Rosalinda satu-satunya perempuan yang mampu mengubah personaliti Danial. Hanya Rosalinda yang faham diri Danial yang sebenar.

“Okey,nanti kita makan sambal ikan keli.” Puan Zahrah tersenyum.

“Pastikan awak masak lauk tu,Zahrah. Saya pun terikut rasa teringin ni. Tekak saya dah rindukan sambal ikan keli.” Tuan Idris mengusap sedikit tengkuknya memberi isyarat bahawa dia mahukan lauk tersebut.

Tergelak Puan Zahrah melihatnya. Kalau suaminya kata nak makan lauk tu, lauk tu juga lah perlu dimasak. Tak boleh tukar lauk lain! Mengada!

“Danial.”

“Sambal belacan dengan tempoyak nak tak?”

Sambal belacan dengan tempoyak?

Muka Danial mulai kelat. Dia tersenyum sumbing.












Kembalinya Seorang Bidadari [C]Where stories live. Discover now