Give Love:02💓

778 76 29
                                    

Hyunjae?!

Aku tak terfikirkan dia sebab...

PERTAMA!

Dia terlalu kacak. Bukan aku tak suka lelaki kacak. Siapa je yang tak suka lelaki kacak en. Tapi, tahu je lah kalau budak kacak ni ramai yang minat.

KEDUA!

Aku tak sangka dia minat aku sebab setiap kali kami berkumpul, kami tak pernah berbual. Dia hanya berbual dan bermain dengan kawannya. Jadi aku tak sangka dia suka....aku.

"Hyojung? Kau tak tipu aku kan. Betul ke Hyunjae yang bagi kertas ni?" Soalku lagi untuk kepastian.

"Ye. Percaya je lah aku..."

"Macam mana aku nak percaya kau kalau kau selalu tipu aku" sindir aku.

"Hehehehe...Mian. tapi kali ni aku memang cakap benar. Memang dia yang bagi kertas ni"

Aku terdiam seketika sambil merenung kertas itu.

Aku keluar dari kelas aku lalu pergi ke kelas Hyunjae iaitu di sebelah kelas aku.

Aku menjenguk kepala aku ke dalam kelasnya.

Kelas dia tak adalah bising macam kelas aku yang mengalahkan Zoo tu.

Kebanyakkan budak mereka berkumpul di satu meja dan  berbual.

Mataku bertentangan mata dengan Hyunjae yang perasan kehadiran aku di kelasnya.

"Sini sekejap" panggilku dengan hanya mengerakkan mulut tanpa mengeluarkan suara.

Dia menganggukan kecil kepalanya lalu berjalan ke arah aku sambil masukkan tangan ke dalam koceknya.

Uwu...kacak...

Kawan-kawannya memandang Hyunjae yang berjalan ke arah aku.

Hyunjae tersenyum pada aku sebaik sahaja dia berada di hadapan aku.

Aku pulak yang rasa tak selesa dengan senyuman dia.

"Hyunjae pasal kertas ni--"

"Awak nak cakap dekat sini? Kalau saya, saya okey je" potong Hyunjae.

Aku melihat sekeliling aku yang penuh dengan pelajar.

Lagi-lagi di dalam kelas Hyunjae.
Semua mata penghuni kelas itu memandang kami berdua.

"Kita cakap dekat lainlah" cadangku.

Hyunjae menanggukan kepalanya setuju.

•••

Seperti dekat mana-mana fanfic, kami menuju ke arah rooftop sekolah.

"Hyunjae betul ke awak yang bagi kertas ni?" Soalku ingin kepastian.

Dia memandang kertas itu lalu memandang aku semula.

Dia melemparkan senyuman.

"Nae"

Walaupun aku dah tahu, tapi aku tetap terkejut sikit sebab aku tak percaya.

"Jadi...awak...su-"

"Saya suka awak" kata Hyunjae laju.

Aku tercengang seketika.

"Saya suka awak" sebut Hyunjae sekali lagi.

Wajahku kemerahan.

Malulah aku...

Hyunjoo!

Kau kena kuat!

Aku menyilangkan tanganku lalu memandangnya dengan pandangan yang serious.

Tapi aku tak boleh...

Aku tak boleh kekalkan wajah serious aku sebab dia hanya melemparkan senyuman je pada aku.

Dengan wajah yang kacak itu dan tambah dengan senyuman yang manis itu, siapa je yang tidak cair.

Aku cuba sedaya upaya aku untuk kekalkan wajah serious aku.

"Kenapa...awak suka saya? Ramai lagi kot perempuan yang cantik dekat sekolah ni" soalku padanya.

Senyuman di wajahnya masih dikekalkannya.

"Ada perempuan lain yang lagi cantik ke dekat sekolah ni? Sebab pada pandangan saya, awak je lah yang paling cantik dekat sekolah ni" ujar Hyunjae yang turut menyilangkan tangan.

Okey. Hidung aku tengah kembang sekarang ni...

Kenapalah manis sangat mulut dia ni...

Aku mengelengkan kepala aku cuba lupakan ayat manis yang disampaikan oleh Hyunjae.

"Okeylah Hyunjae. Saya berterus terang je lah dengan awak. Saya--"

"Awak tolak saya? Tak pe. Saya okey. Cukuplah awak tahu perasaan saya terhadap awak" kelihatan sedikit hampa di wajah Hyunjae.

Senyumannya tidak selebar tadi.

"Hyunjae, saya tak cakap pun saya tolak awak--"

"Awak tolak saya?!" Senyuman lebar kembali kelihatan di wajahnya.

"Hyunjae dengar dulu apa yang saya nak bagitahu awak. Saya...tak tolak awak dan saya juga tak terima awak. Saya tak nak bagi apa-apa jawapan pada awak. Biarlah ianya dibiarkan tanpa jawapan. Saya akan cu--"

"Jadi maksudnya...saya ada peluang lagi untuk mencuri hati awak?" Soal Hyunjae teruja sambil mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.

Aku menahan nafasku apabila jarak wajah kami sangat dekat.

Aku menolak perlahan bahunya agar ada jarak di antara wajah kami.

Aku kembali nafas dengan normal.

"Awak masih tak berputus asa?" Soalku padanya.

"Bukan ke kalau kita nak sesuatu tu kita kena berusaha dan tidak berputus asa?"

Aku terdiam mendengar kata-katanya.

Apa yang dikatakannya memang benar.

"Hyunjoo, saya akan berusaha sehingga awak beri jawapan yang saya nak" kata Hyunjae dengan senyuman yang lebar.

Dia mengusap kepala aku lalu berjalan pergi meninggalkan aku seorang diri di situ.

Dia akan lakukannya ke?







TBC

Give Love || Hyunjae TBZOù les histoires vivent. Découvrez maintenant