Give Love:03💓

730 72 3
                                    

Aku menepuk-nepuk perlahan perutku yang tidak henti-henti membuat bunyi.

Aku menjenguk barisan dihadapan aku.

Panjang lagi ke...

Aku dah lapar ni.

Dah lah bau makanan tak habis-habis menusuk ke dalam hidung aku.

Sedapnyaaaaa....

Pak Cik Jin kalau masak memang sedap.

Sehinggakan Pengetua dihalau oleh isterinya sebab selalu tak makan makananya. Pengetua lebih rela dihalau daripada tidak dapat makan masakan Pak Cik Jin.

"Hyunjoo, aku nak berdiri depan kau boleh?" Minta Hyojung yang berada di belakang aku.

"Eleh...nak dapat makanan dulu la tu."

"Ala...bolehlah Hyunjoo..." pujuk Hyojung

"Hm. Yela-yela."

Aku memberi ruang kepadanya untuk berdiri di depan aku.

"Gomawo" ucapnya dengan sengihan.

Aku hanya mengelengkan kepala aku.

Hyojung yang tidak duduk diam melanggar aku yang berada di belakangnya.

Disebabkan aku hilang imbangan badan aku, aku terjatuh ke belakang tapi sempat ditahan oleh seseorang.

Aku cepat-cepat berdiri tegak agar dia tidak menahan lebih lama tubuh aku yang berat ini.

Aku memandang belakang untuk mengucapkan terima kasih.

"Kamsa--Hyun-Hyunjae..."

Terlopong mulutku melihat Hyunjae di belakang aku.

Dia hanya melemparkan senyuman sambil masukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya.

Sekejap. Aku dah faham sekarang ni.

Aku kembali memandang hadapan dan merapatkan diri dengan Hyojung.

"Yah! Kau sengaja eh suruh aku berdiri depan Hyunjae" marahku dengan membisikkan di telinganya.

"Hahahaha akhirnya kau perasan juga" gelak Hyojung.

Aku mencubit lengannya.

"Argh! Sakitlah"

"Padan muka"

•••

Sepanjang aku berbaris itu, aku hanya berdiri rapat dengan Hyojung.

Aku tak nak berdiri rapat dengan Hyunjae.

Sepanjang aku berada di muka bumi ni, tak pernah aku rasa berdebar begini.

Dari tadi, jantung aku tidak henti-henti berdegup dengan laju.

Selepas 10 minit kami berbaris, akhirnya kami sampai di bahagian makanan.

Aku mengambil dulang lalu letakkan makanan yang aku inginkan.

Semasa aku sedang mengambil makanan, tanganku tersentuh dengan tangan Hyunjae yang sedang pegang dulang disebelah.

Mata kami bertembung seketika.

Aku menjadi gemuruh dan cepat-cepat pergi dari situ.

Aku duduk di sebelah Hyojung yang sudah menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Lapar betul kawan aku seorang ni.

Seorang demi seorang member (The Boyz) Hyojung duduk di meja kami.

Aku dan Hyunjae saling pandang antara satu sama lain apabila dia duduk di hadapan aku.

Aduhhh...

Aku rasa kekok sekarang ni....😣

Aku cuba mengelak dari bertentangan mata dengannya.

Aku fokus pada makanan aku.

Tapi sekali sekala aku terpandang Hyunjae sebab aku perasan yang dia hanya memandang aku.

Aku rasa tak selesaaaaa...😫

Jantung aku pun tak henti-henti berdegup dengan laju.

•••

Seperti biasa setiap kali kami habis makan, kami terus masuk ke dalam kelas kami.

Member Hyojung (The Boyz) juga turut lepak di kelas kami.

Jadi mesti korang dah tahu betapa rapatnya Hyojung dengan The Boyz.

Dimana Hyojung berada, mesti ada The Boyz.

Dimana The Boyz berada, mesti ada Hyojung.

Itu pun nasib baik diorang tak satu kelas.

Selepas Hyojung berkawan dengan aku, aku juga terjebak dengan rutin hariannya.

Dimana aku dan Hyojung berada, mesti ada The Boyz.

Dimana The Boyz berada, mesti ada aku dan Hyojung.

Aku membiarkan Hyojung berbual dengan membernya.

Aku meletakkan kepala aku, merehatkan mata aku.

Aku menutup mata aku sambil menghayati angin yang masuk melalui tingkap kelas.

Angin itu membuatkan aku lebih selesa nak tidur.

•••

Hanya beberapa minit sahaja aku tidur kerana telinga aku sudah diganggu dengan budak kelas aku yang memekak.

Apabila aku membuka mata aku, mata aku terus memandang wajah Hyunjae yang turut di letakkan di atas mejanya.

Aku mengangkat kepala aku kerana terkejut.

Hyunjae melemparkan senyuman lalu mengangkat kepalanya.

Matanya hanya merenung mata aku.

Dia rapatkan wajahnya dengan wajah aku.

Jantung aku berdeguo dengan lebih pantas.

Wajah aku juga kemerahan.

"Kenapa? Saya buatkan Jantung awak berdegup dengan laju ke?" Soal Hyunjae dengan senyuman yang manis.

Semakin pantas degupan jantung aku apabila dia bercakap demikian.

Aku tidak dapat nak berkata-kata dan hanya memandangnya.

"Hyunjae, kajja" panggil Juyeon yang sudah berada di pintu kelas kami.

Membernya yang lain sudah balik ke kelas.

"Kita jumpa lagi nanti ye" kata Hyunjae sambil membetulkan tali lehernya.

Dia sempat melemparkan senyuman dengan kenyitan mata sebelum dia pergi tinggalkan kelas kami.

Dadaku naik turun.

Adakah ini salah satu cara dia untuk pikat aku?

Kalau ye,

Mungkin aku akan kalah tidak lama lagi....






TBC

Give Love || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now