26. Earphone

438 43 19
                                        

Masuk saja ke dalam kelas, Hyora terus duduk di meja nya dan membaca buku, Hyora mendengarkan lagu dari kumpulan boyband kegemarannya, iaitu BTS, Dia mendengarkan dengan volume up supaya tidak ada sesiapa yang mengganggu nya.

Oh ya! Ujian sudah bermula dan harini merupakan hari terakhir ujian dijalankan.

Manakala disisi lain,,

"Korang, Hyora sorang-sorang?". Cindy mula berbicara bersama kawan-kawannya seraya melihat Hyora yang sedang membaca buku dengan tekun di tepi tingkap.

Hyora memang sengaja mengambil meja duduk yang jauh dari kawan-kawannya, Dia duduk di meja barisan paling hujung, kedudukan ketiga dan di tepi tingkap,

Mata Taehyun tidak terlepas memandang Hyora, pandangannya seolah-olah menyesal kerana tidak melawan ketika Hara memeluknya tempoh hari.

Cindy yang memerhatikan Taehyun dari tadi mula bertanyakan kepada Beomgyu, "Gyu, Ni mesti pasal Hara tu kan?". Beomgyu hanya mengehela nafas.

Taehyun mula menghampiri Hyora, Dia membelakangi Hyora yang sedang membaca buku, "Hyora... Saya tahu awak masih marahkan saya... Please dengar dulu penjelasan saya... Hyora janganlah diam je". Ujar Taehyun.

Sedangkan Beomgyu dan yang lain hanya mengerutkan dahi.

"Gyu,,". Panggil Cindy.

"Ha?".

"Cuba tengok Hyora tu".

"Tengok apa?".

"Tengoklahh kenapa dia tak menyaut?".

"Tak ada apa-apa".

"Aduhaiii Hyora pakai earphone lahhh mana nak dengar".

"Oh ye eh?".

"Iya lahh, Bawa Taehyun datang sini, Buat malu je".

"Ahh okok". Beomgyu mula berjalan menghampiri Taehyun dan menarik Taehyun.

"Mwoya??". Tanya Taehyun.

"Ikut jelahh". Beomgyu menarik Taehyun hingga ke mejanya.

"Mwoya?". Tanya Taehyun sekali lagi.

"Duduk dulu".

Baiklah, Taehyun ikut saja arahan Beomgyu dan duduk.

"What? Aku tak habis cakap lagi dengan Hyora".

"Kau tak nampak ke Hyora buat apa?".

"Baca buku?". Tanya Taehyun.

"Aduhaii kau ni, Dia pakai earphone lahh, mana dengar apa yang kau cakap".

"Oh iya ke? Aku tak perasan".

"Tu lah kau lain kali peka sikit jadi manusia".

"Yang cakap tu pun sama,". Ujar Cindy yang muncul dari belakang.

"Ahh Cindy". Beomgyu menggaru kepala nya yang tidak gatal itu.

"Yang cakap tu pun tak peka jugak kan?".

"Ahh Cindy sorry, Nanti aku peka ehh?". Ujar Beomgyu seraya Cindy meninggalkan meja Taehyun dan disusuli oleh Beomgyu.

Taehyun hanya menghelakan nafas dan memandang Hyora dari duduk nya.

Selang beberapa minit akhirnya guru mereka masuk dan ujian dimulakan.



*🍒*

"Baiklah, Semua tahniah kerana ujian sudah berakhir". Ujar Mr. Jongsuk.

Hyora hanya membuang muka ke luar tingkap.

"Oh iya, Result akan keluar pada bulan depan, Tahun ni special sikit, Fighting semua, Thank you class". Mr Jongsuk terus keluar dari kelas.

"Hai Hyora". Tegur Haeun dan Hyora dan tersenyum ke arah nya.

"Jom balik sama-sama". Ajak Yeri pula dan sekali lagi Hyora tersenyum dan mengemas begnya kemudian keluar ke kelas meninggalkan kawan-kawannya.

"Well, Mesti sebab Hara". -Cindy.



*🍒*

Hyora berjalan kaki untuk pulang ke rumah kerana Yeonjun tidak boleh menjemputnya harini.

Kenapa tak naik bas? Ohh, kalau naik bas tak pasal-pasal nanti 'sila tambah nilai', Siapa yang malu kan?.

"Udara yang segar, Langit yang cerah".

Hyora terus berjalan sehingga ada sebuah kereta yang berhenti disebelahnya, Dan tingkap kereta tersebut terbuka.

"Soobin oppa?".

"Sorang?". Tanya Soobin.

"What do you think?".

"Okok sorang,, Jom masuk, Oppa hantar".

"Boleh ke? Tak menyusahkan?".

"No problem".

*🍒*

"Haiii". Hara melambaikan tangan kepada kawan-kawannya setelah menjejakkan kaki ke rooftop.

Hanya Haeun dan Yeri sahaja yang senyum kearah Hara manakala yang lain hanya menghiraukannya.

"Korang kenawhy?". -Hara.

"Hyora". -Yeri.

"Ouhh, Kenapa dengan dia?".

"Dia jauhkan diri dari kitorang sebab kau".

"Apa kena mengena dengan aku? Dah jelas-jelas tu salah dia, Siapa suruh rampas Taehyun dari aku".

"Siapa kata dia rampas? Kau ex dia je kan? Kau tak ada hak nak larang!". Tegas Cindy.

"Suka hati korang lahh, yang penting Taehyun is mine". Hara meninggalkan rooftop.





 Hara meninggalkan rooftop

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou mettre en ligne une autre image.
Encounter • Kang Taehyun Où les histoires vivent. Découvrez maintenant