27. Little Accident

302 24 11
                                    


"Macam mana exam tadi?" Soobin mula menghentikan keheningan didalam kereta.

"Umm boleh lah."

"Ouh dah boleh jadi pewaris company papa lah kan?"

"-hmm." Tertarik lah satu senyuman yang dipaksa.

"Kenapa hm, hm? Tak suka?"

Hyora membuang nafas dan bersandar, "Bukan tak suka tapi tak sedia, Yeonjun kan ada."

"Ada tu ada, hidup pun masih hidup, lepas tu Yeonjun pegang semua?"

Pertanyaan Soobin membuatkan Hyora kemam bibir.

"Papa?"

"Ada berapa company papa Hyora kat sini?"

"Erm-tak ingat."

"Banyak kan?"

"Hmmmm tapi-"

"Errr jap ada call," Soobin mengambil telefon pintar yang berada di dalam poket. Setelah bercakap panjang, akhirnya Soobin menamatkan panggilan dan memasukkan semula ke dalam poket. "Hyora, Oppa ada meeting mendadak tiba-tiba, Hyora ikut eh ke company? Duduk kat ruangan Oppa. Oppa janji tak lama."

"Erm tak apa lah. Lagipun Hyora nak singgah cafe depan ni dulu. Oppa berhenti kat bus stop depan jelah" Kata Hyora.

"Betul ni tak apa?"

Hyora mengangguk.

Soobin pun memberhentikan kereta nya di depan bus stop.

"Kalau ada apa-apa nanti call tau?"

Sekali lagi Hyora mengangguk dan tersenyum. Kereta Soobin pun bergerak menghilang dari pandangan Hyora.

Gadis itu menghela nafas. Dia melihat Cafe yang berada di seberang jalan. Dia berfikir, untuk apa dia mahu kesana? Exam nya sudah tamat. Tapi Hyora tetap membuat keputusan untuk mengisi masa disana.

Untuk kesana dia perlu berjalan sedikit ke lampu isyarat untuk melintas.

Dia membuka zip beg nya untuk mengambil earphone. Tetapi ada seseorang yang berpakaian hitam melanggarnya sehingga beg kulit berwarna coklat terlepas dari bahunya dan terjatuh ke jalan.

Sebelum dia mengambil beg nya, dia sudah melihat kekiri dan kanan untuk memastikan tidak ada kenderaan. Dia pun turun untuk mengambil beg nya. Tetapi siapa sangka ada kereta yang tiba-tiba bergerak laju kearahnya.

Sungguh Hyora terkejut dan fikirannya kosong. Dia membeku ditempatnya. Dia menutupkan mata dan terima dengan apa yang akan jadi. Tapi dia tidak lupa untuk berdoa kuat didalam hatinya.

Nasib nya cukup baik, ada seseorang yang sempat menariknya. Ke tepi jalan semula. Hyora terjatuh dalam pelukan orang itu.

Air mata Hyora mengalir melihat orang itu. "Taehyun..." Sebelum sempat menyambung ayatnya dia telah pengsan terlebih dahulu.

Taehyun panik di tempatnya. "Hyora? Hyora!" Taehyun menampar pelan pipi gadis itu.

Kerana Hyora tidak kunjung sedar, dia terus membawa Hyora ke Hospital.

•••••

"Keluarga Choi Hyora." Sebut seorang Doktor lelaki yang baru keluar dari satu ruangan pesakit.

Encounter • Kang Taehyun Onde histórias criam vida. Descubra agora