1

2.6K 136 10
                                    

Sunyi sepi menghiasi malam ini. Semuanya sudah melabuhkan mata di buai mimpi. Ada yang mimpikan sesuatu yang dirinduinya, ada yang mimpikan sesuatu yang ingin di hindarinya. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Sesekali kilat memancar mencorak langit dengan pantasnya lalu menyuluh apa yang ada. Rintik-rintik hujan mula merembes keluar lalu memainkan irama alam. Kesejukan mula mencengkam setiap yang ada. Baik manusia atau haiwan semua terasa kesejukkannya. Alam mula memainkan peranannya,menyiram setiap yang ada.

"Subhanallah..." Dia kembali memejamkan matanya. Terbangun kerana bunyi hujan lalu tidur semula setelah menarik selimut menutup tubuhnya.

Mimpinya kembali menerjah...

"Terimalah,nak. Ini buatmu dari keturunanmu sendiri. Aku sudah tidak mampu lagi untuk menjaganya."tangan si tua tidak lelah menghulurkan sesuatu yang berbalut kain batik. Humaira hanya mendiamkan diri memerhati. Tidak tergerak pun hatinya untuk menyentuh bungkusan itu. Kepalanya terasa berdenyut tiba-tiba.

"Allah..tsss.."dia terduduk mendesis sakit sambil memegang kepalanya.

"Ambil lekas,nak. Aku mahu segera pulang ni." Si tua itu masih menghulurkan balutan kain. Humaira menggeleng.

"Pergi! Jangan dekat dengan aku. Aku tak mahu benda tu. Aku tak mahu! Allah...Allahu Akhbar! Aahh...!" Sakit kepalanya semakin mencengkam. Bebola matanya terasa bagai ingin tersembul keluar, pandangannya semakin kabur.

"Allah..Allah...Allah... Astargfirullah..." Bibirnya tak henti-henti menyebut nama Tuhan yang Agung.

"Pergi! Jangan ganggu keturunanku!" Herdik satu suara entah dari mana. Humaira cuba mencari tapi pandangan matanya agak kabur.

"Heh! Dia tetap akan jadi milikku! Perjanjiannya begitu! Kau tunggu sajalah nanti! Budak ini akan aku tawan!!" Si tua mencebik kemudian menjerit nyaring lalu menghilangkan diri.

Bau harum menusuk rongga hidungnya tiba-tiba. Humaira melihat seorang wanita berjubah hijau lembut menghampirinya lalu menepuk belakangnya.

"Pulanglah, Maira. Kau belum kuat untuk melawannya." Sebaik saja dia berkata begitu Humaira terasa bagai di tarik ke satu arah lalu terbangun di katilnya dengan nafas tercungap-cungap.

"Astargfirullahhal azim...mimpi tu lagi...hemmh..." Wajahnya di gosok-gosok sambil menggumam tanpa butir sebenar.

❇️❇️❇️❇️

"Setanggi yang harum sentiasa." Puteri Bayu memuji sang angin yang menyapanya di pagi ini. Terasa segar bugar dengan kesejukan yang di bawa angin. Dia melangkah turun ke tanah. Titis-titis bayu di hujung daun di sentuh lembut lalu di tepuk ke wajahnya. Petua dari Ayah Andika untuk kelihatan awet muda katanya,selalu-selalulah bermandi embun.

Puteri Bayu tersenyum seorang diri. Sudah lama benar dia tidak bertemu dengan insan-insan di sebelah sana. Apa khabar mereka agaknya?

"Termenungkan apa,Nak Bayu?" Tok Arif menegur dari belakang.

"Eh,tiada apa pun,Tok. Cuma teringatkan mereka di sana..Ayah Andika..Saifiyah..Humaira..Bayu rindukan mereka." Balas Puteri Bayu. Dia melabuhkan punggung di kerusi kayu bersebelahan Tok Arif. Si tua itu tersenyum melihatnya.

"Ku kira kau rindukan jodoh...rupanya orang lain..". Tok Arif ketawa kecil.

"MasyaAllah. Jauh lagi tu." Puteri Bayu tersengeh malu.

"Ada saja kalau Nak Bayu mahu..Tok boleh carikan. Nun disana, ada yang berkenan. Sang putera lagi pangkatnya. Mahu,Nak Bayu?"

"Ah? Emmm...belum lagi rasanya. Nanti tiada siapa yang akan jagakan bonda dan Tok Mahmod. Lambat lagi nak bersama jodoh." Puteri Bayu terkulat-kulat seorang diri di tembak soalan cepu emas itu. Hatinya berdetak laju bila dia tahu siapa Putera yang di maksudkan lalu wajahnya mula memerah.

"Nak Bayu,Tok Mahmod sihat?"

"Sihat Alhamdulillah. Silalah ke atas. Ada saja di ruang tamu tu. Sedang mentelaah kitab rasanya. Kalau tidak pun mungkin sedang menggosok biji tasbih." Beritahu Puteri Bayu.

"Apa dia ke Mekah lagi?" Soal Tok Arif.

"Tidak..kenalan dari sana yang berikan. Sayyid Ammar." Jelas Puteri Bayu.

"Ooh...baiklah. Tok naik dahulu. Ada perkara yang mahu di bincangkan." Tok Arif bangun lalu menuju ke tangga. Meninggalkan Puteri Bayu yang masih mengambil angin pagi.

❇️❇️❇️❇️

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam..ha..Peah? "

"Ya..sayalah ni..Tok Ngah sihat ka?"

"Sihat Alhamdulillah..Peah sihat? Bila nak balik mai? Humaira dok tanya selalu ni."

"Insya Allah sabtu ni kalau kerja habis awal. Nak siapkan bagi habis dulu baru senang bercuti."

"Ha..betoi-betoi."

"Tok Ngah...Peah ada benda nak bagi tau ni."

"Tok Ngah tau dah...Humaira selalu dok cerita kat Tok Ngah. Kita kena bersedia. Bila-bila masa boleh jadi la ni."

"Tu yang saya ambik cuti panjang sikit tu. Nak bawak Humaira pi berubat sama."

"Toriq dengan Amala pun tunggu Peah. Balik nanti kita pakat pi sama-samalah."

"Ha..baik-baik. Saya letak dulu la Tok Ngah. Dah masuk waktu ni. Nanti apa-apa saya call lain."

"Baik-baik..Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam,Tok Ngah."

❇️❇️❇️❇️

"Apa kamu ada merasai kehadirannya? Apa betul itu waris yang selayaknya?" Tok Arif duduk bersila dengan wajah serius. Garis-garis tua semakin banyak terlukis di wajahnya.

"Kita pasti kali ini ianya akan tamat. Tamat bagi pihak kita dan mereka juga." Jawapan dari Tok Mahmod kurang meyakinkan sahabatnya. Wajah Tok Arif masih ada tanda resah. Bimbang kejadian dahulu berulang kembali.

"Insya Allah bantuan akan tiba tanpa di sangka Arif. Berdoalah."sambung Tok Mahmod lagi.

Biji-biji tasbih yang belum di asah di letakkan ke dalam bekas baldu hijau lalu dihulurkan pada Tok Arif.

"Dari Sayyid Ammar. Dia mengirum salam buatmu."beritahu Tok Mahmod.

"Waalaikumsalam...lama juga kita tak bertemu dengannya." Bekas baldu di sambut lalu di lambung-lambung di tapak tangan.

"Seratus?"

"Seratuslah..takkan kita mahu tipu pula."balas Tok Mahmod.

"Emmm...kita malas mahu mengira semula. Pulang nanti asahkan saja. Kita mahu berikan sebagai hadiah pada Rijal."

"Allah..kita terlupa Rijal baru mendapat cucu. Allahu Akhbar.." Tok Mahmod menepuk dahi.

"Kita pulang dahulu. Mahu ke surau sebentar." Tok Arif bangun lalu melangkah turun.

❇️❇️❇️

"Humaira mimpi buruk lagi?" Lama dia memerhati kelakuan anaknya hari ini. Asyik termenung sahaja.

"Emm-emm...Maira tak suka mimpi begitu. Sakit kepala Maira,Ayah." Batang hidungnya di urut lembut. Peningnya masih terasa.

"Sabar,ya...kita tunggu Mak Ngah Piyah balik dulu ya." Pujuk Toriq. Dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Dia tahu saatnya sudah semakin hampir. Kata-kata dari Tok Mahmod dahulu tersemat dalam hatinya. Anaknya itu memikul tanggung jawab besar bagi keturunan mereka. Semuanya terletak di bahu kecil ini. Dia sedaya upaya mempersiapkan Humaira untuk pertarungan yang bakal berlaku nanti. Semoga Allah membantu mereka sekeluarga.

PEWARIS 2!Where stories live. Discover now