48

851 88 5
                                    

Marahnya memuncak. Terasa diri sedang dipermainkan saat ini.

"Aaarrrhhhhhh!" Muka Saifiyyah di cekaknya dengan kedua tangan.

"Ya Allah,Ustaz! Hoi,lepaskan anak akulah! Pergi!" Fatehah menerpa ke arah Humaira lalu berusaha menarik tangan Humaira dari melekap ke muka Saifiyyah. Andika dan Toriq turut maju ke depan membantu.

Ustaz Hijri membaca sesuatu lalu di hembus pada tapak tangan kanannya. Dia bangun perlahan-lahan menghampiri Humaira lalu di lekapkan tapak tangan ke dahi Humaira.

"Aaahhh! Lepaskan aku! Gila kau! Lepaskan aku! Aaaah!" Humaira meronta kuat. Dia berusaha menolak tapak tangan Ustaz Hijri dari terus melekap di dahinya.

"Lepaskan akulah! Kau tak layak lawan aku! Aku sudah hidup beratus tahun! Kau bukan lawan aku!" Dia meronta sekuat hati. Sesekali tendangannya terkena kaki Ustaz Hijri. Andika dan Toriq berusaha menahan agar Ustaz Hijri boleh meneruskan rawatannya.

"Hoi,orang tua! Kau mahu tahu kenapa bini kau gugur sampai tiga kali? Ini....ini....ya..aku yang makan anak-anak kau! Semuanya perempuan! Dan kau!" Jari telunjuknya di halakan pada Fatehah.

"Aku sangkakan anak kau akan jadi rumah aku! Aku tahankan sehingga Si Ragas tu datang. Tapi apa yang aku dapat?! Sia-sia! Anak kau bukan yang terpilih. Si bongsu tu pun sama saja!" Mersik memaksudkan Syuhada adik bongsu Saifiyyah.

"Dan kau,Maznah! Kau tahu aku hadir setiap kali kau keguguran kan? Kenapa kau tak halang? Hahahahahaha....itu kerana kau lemah! Manusia lemah! Aku makan anak-anak kau! Dan,kau!" Matanya menjegil pada Rosnah.

"Aku yang umpan kakak kau ke kebun hari tu. Aku robek dada dia,aku makan hatinya! Hahahahaha....aku akan makan setiap yang paling di sayangi dalam keturunan Ahmad! Hahahahahaha....sudah banyak yang aku makan kerna apa? Mereka tak layak!"

Humaira meludah ke lantai. Dia masih lagi meronta-ronta dalam pegangan Andika dan Toriq.

"Aku akan memerintah dua alam ini sebaik saja keris tu pilih waris dia! Dan kau Ustaz jahanam! Aku bunuh kau!." Dengan satu lompatan Humaira terlepas dari pegangan Andika dan Toriq. Tubuhnya bergantung di alang rumah.

"Ya Allah,Ustaz..." Rosnah menutup mulut kerana terlampau terkejut.

"Macam mana ni Ustaz?"tanya Andika.

"Tak apa..saya akan usahakan. Kalian semua duduk bertenang. Selawat tanpa henti."pinta Ustaz Hijri. Dia mula melaung azan sambil berdiri menghadap Humaira.

"Cubalah! Aku mati,dia mati!!" Jerit Humaira.

"A'uzubillahi minash syaitaanirrajim.." Ustaz Hijri mula membaca dengan suara kuat dan lantang. Humaira yang mulanya ketawa berdekah-dekah semakin perlahan ketawanya dan mulai marah.

"Berhenti! Aku kata berhenti,berhentilah! Hoi! Kau pekakkah? Hah?!" Jerkahnya.

DUM!!

Humaira jatuh ke lantai.

"Cepat pegang dia!" Ustaz Hijri menerpa ke arah Humaira. Andika,Toriq dan Rosyam turut bergerak laju sebaik saja mendengar arahan Ustaz Hijri.

"Eghhh! Lepaskan aku!! Argghhh!! Lepaskan!" Tubuhnya sengaja di hempas ke lantai. Bersusah payah Toriq menahan Humaira dari menghempas diri. Bimbang anaknya tercedera nanti.

"Berhenti! Aku panaslah! Hoi,berhenti baca!! Hoi!" Marahnya pada Ustaz Hijri.

"Aaahhh....panas ..panas....aaaaa...diamlah,hoi! Tuih!" Ludahnya jatuh pada jubah Ustaz Hijri di biarkan sahaja oleh Ustaz itu. Dia perlu fokus pada matlamatnya.

"Keluar!" Ustaz Hijri berdiri di hujung kaki Humaira. Kain serban yang tersangkut di bahu di hayun-hayun mengenai tubuh Humaira.

"Keluar!"arahnya lagi. Humaira menderam kasar. Matanya memerhati tajam ke arah Ustaz Hijri.

"Keluar,keluar!" Kain serban di hayun di bahu Humaira berkali-kali. Setiap kali terkena kain serban itu,Humaira mendesis kesakitan.

"Aku takkan keluar walau apa pun yang terjadi. Aku akan takluk dua alam ni. Masa yang aku tunggu-tunggu sudah tiba!!" Jerit Humaira.

"Kau takkan dapat apa yang kau hajat sampai bila-bila pun! Walau kiamat sekalipun kau takkan berjaya." Bantah Ustaz Hijri.

"Tidakkkk!" Saat Ustaz Hijri bersila di hujung kakinya,Humaira semakin kuat meronta.

"Mala mai tolong sama!" Panggil Toriq pada Amala. Amala mengangguk lalu bingkas bagun. Dia menahan kaki kanan Humaira.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku! Lepas! Aaa! Sakitlah! Hoi,lepaskan aku!" Jeritan Humaira menghiasi suasana rumah kini. Rosnah dan Fatehah duduk membeku memerhati keadaan yang sedang berlaku sambil bibir tak henti-henti berzikir.

💮💮💮

"Keris Saka bergetar kuat,Tok. Seakan-akan mahu terbang saja. Sebab itu Bayu balut bersama kain ini." Puteri Bayu menunjuk pada bungkusan yang sedang bergetar di atas meja. Sesekali kain yang mengikat terangkat tinggi.

"Ya,ianya mahu terbang."kata Tok Mahmod. Pelik dia melihat keadaan Keris Saka ketika ini.

"Mahmod! Assalamualaikum! Mahmod!" Tok Arif terkoncoh-koncoh tiba dengan bertongkat sambil melaung nama sahabat karibnya itu.

"Ada apa ni?" Soal Tok Mahmod.

"Kita sudah tahu jawapannya! Kamu adalah waris Keris ini,Mahmod. Kamu!" Bahu Tok Mahmod di pegangnya

"Apa benar yang kau katakan itu?" Tok Mahmod terkejut besar.

"Ya,cuba kamu fikir,Mahmod. Sejak dari kamu di pilih dahulu adakan keris ini memilih lagi selepas itu? Tiada bukan? Saifiyah dan Toriq juga bukan. Jadi pewaris sebenarnya adalah kamu, kamu juga keturunan Ahmad,Mahmod!" Bahu Tok Mahmod di goncang tanpa sedar.

Tok Mahmod terdiam mendengarnya. Matanya jatuh pada Keris Saka yang sedang bergetar di atas meja.


PEWARIS 2!Where stories live. Discover now