47

772 86 7
                                    

"Kau mesti bantu kami,Tuan. Kami tak mahu lagi ada kematian di dalam rumah kami. Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi ini." Rayu Lipod. Ahmad di serbu rasa serba salah. Geram juga mendengar cerita sebenar asal usul perjanjian keturunan itu. Kenapa mesti sehingga habis keturunan perempuan baru di tamatkan perjanjian? Jikalau begitu hingga kiamat pun belum tentu tamat perjanjian ini. Dia mengeluh berat. Bukan tidak mahu menolong,tapi dirinya juga baru pulih dari serangan lepas.

"Macam mana dengan Dias? Dia sudah boleh pulangkah?" Indai Dias yang baru tiba bersama Nayan dan Jefry beriak bimbang.

"Dia selamat. Kita sempat tiba awal. Kalau kita lambat mungkin dia sudah kehilangan banyak darah dan sukar untuk di selamatkan."jawab Ahmad. Matanya jatuh pada Nayan dan Indai Dias. Mengikut cerita Lingin,hanya tinggal Nayan seorang saja lagi pewaris sah penunggu keturunan itu. Dan jika Nayan tidak mahu menerimanya mungkin dia akan mati seperti mana makcik-makciknya.

"Allah..." Ahmad menyandar pada dinding sambil mengurut keningnya. Pening kepala dengan apa yang terjadi. Kenapa harus dirinya yang menjadi mangsa dalam masalah keturunan mereka? Apakah ini yang tujuan dirinya di hantar jauh dari ibu dan adiknya?

"Abang Mat kenapa?" Soal Nayan lembut. Matanya ralit memerhati Ahmad yang sedang memejam mata memicit dahi.

"Em? Tak ada apa-apa lah. Ok je... Abang nak ke surau sekejap. Kalau ada apa-apa cari saja abang di surau." Tanpa menunggu balasan Nayan,Ahmad terus melangkah pergi. Tersentap hati Nayan dengan tingkah laku Ahmad yang tiba-tiba itu. Terasa seperti dirinya sedang melakukan kesalahan.

🌸🌸🌸

Kini.. Bintangor

Humaira dan Saifiyah di baringkan di tengah-tengah ruang tamu. Humaira yang meronta- ronta terpaksa di pegang oleh Andika dan Toriq. Mersik ketawa berdekah-dekah.

Saifiyah pula terkulai layu sesekali terbatuk-batuk menahan dadanya.

"Tolong jarakkan diri ya kaum wanitanya." Pinta Ustaz Hijri. Fatehah,Rosnah,Amala dan Maznah beransur ke menjauh ke tepi dinding. Hanya tinggal Andika,Toriq dan Rosyam yang sedang menahan Humaira.

"Saya uruskan dia dahulu,ya." Ustaz Hijri duduk bersila di hujung kepala Saifiyah mula membaca Basmallah dan beberapa potong ayat ruqyah lalu di tiup di ubun-ubun Saifiyah.

"Keluar,keluar,keluar,keluar,keluar,keluar,keluar! Bismillahhirrahmanirrahim..
Bismillahhi Syaafi,
Bismillahil Khaafi,
Bismillahil Mua'fi,
Bismillahillazhi la yadhurru ma'asmihi,
Syai un fil ardhi, wala fissama ii, wahuwassamii ul a'lim!!".

"Uwekkkkk! Uwekkkk!" Saifiyah muntah dengan mengeluarkan bau susu masam. Setelah beberapa kali muntah tubuhnya terbaring lemah lalu tertidur.

"Biarkan dia berehat." Kata Ustaz Hijri. Dia mula bangun melangkah ke arah Humaira yang semakin kuat meronta.

"Lepaskan dia." Arah Ustaz Hijri.

"Tapi Ustaz nanti dia lari." Kata Toriq.

"Tak apa. Lepaskan dulu."

"Hoi! Kau tak dengarkah? Lepaskan aku lah!!" Humaira menyentak tangannya dari pegangan Toriq.

"Mari,biarkan Ustaz yang uruskan dia." Andika menepuk bahu Toriq.
Mereka bertiga berganjak ke tepi dinding.

Sebaik sahaja Ustaz Hijri duduk bersila di hadapannya,Humaira bangun dengan pantas sambil bercekak pinggang.

"Kau nak apa?!" Soalnya pada Ustaz Hijri.

"Sepatutnya itu soalan saya pada awak. Awak mahu apa?" Balas Ustaz Hijri dengan tenang. Humaira merengus kasar.

"Aku mahu budak ni. Budak ni yang di janjikan pada aku dahulu!"

PEWARIS 2!Where stories live. Discover now