Bab 4

17.9K 521 11
                                    

Saffiya Ashiffa

Aku yang baru pulang ke rumah setelah seharian meluangkan masa dengan Nazrin melihat banyak kasut di hadapan pintu masuk rumah mak

Selepas memberi salam aku melangkah masuk dan menjadi perhatian tetamu mak yang sedang rancak berborak di ruang tamu

"Ha, Fiya sini mak nak kenalkan ini Datin Khalisa dan Dato Zafran diorang ni kawan abah" mak memperkenalkan mereka kepada aku

Aku senyum manis dan tangan wanita yang sebaya mak aku cium dengan penuh hormat

"Oh...jadi ini lah anak dara kau ya Fir cantik sangat orangnya...manis ditambah dengan mata hijaunya" puji Datin Khalisa itu sambil meramas lembut tangan aku

"Ia lah dalam rumah ni dia seorang aje anak perempuan kami yang lagi satunya lelaki" beritahu mak sambil senyum mesra

Aku dah dapat rasa sesuatu bakal berlaku nanti tahu sangat dah dengan senyuman mak aku tu, nak pula dari tadi asyik menjeling aku aje adalah tu yang dirancangnya

"Aunty pun ada anak tapi seorang aje lah dia lah satu2 nya nyawa kami" kata Datin Khalisa

"Anak kau tu rasanya tua 3 tahun aje kan dari Fiya ni?" Tanya mak

"Ha'ah, tahun ni dah masuk 32" beritahu datin Khalisa, boleh tahan muda juga anak dia tu

"Tapi masih membujang lagi entah bila nak berbini pun tak tahu" kata Dato Zafran pula sambil tersenyum dengan abah aku

"Ala budak2 muda macam tu darah nak berseronok tu masih kuat nanti dah jumpa yang berkenan kahwin lah dia" kata abah pula

"Yang takutnya entah kami sempat ke tidak merasa ada menantu dan cucu kat rumah tu" perli Datin Khalisa

Mereka berempat tertawa sambil berbincang entah apa aku juga malas ambil tahu

Tiba2 Datin Khalisa mengusap lembut jemari aku

"Kalau aunty berniat nak sarungkan cincin pengikat di jari kamu ni boleh?" Tanya Datin Khalisa dengan tiba2

Aku yang terkejut terus memandang wajah mak dan abah yang kelihatan begitu gembira mendengar kata2 Datin Khalisa itu

"Aunty tak minta jawapan Fiya sekarang, kalau Fiya nak ambil masa pun aunty tak kisah nanti bagitahu ye kalau Fiya sudi nak jadi menantu aunty" kata wanita tua ini dengan lembut

Aku sudah cair mendengarnya aku memang terlalu lemah dengan kelembutan dan sentuhan mak2 ni

Mak sudah memberi isyarat mata agar aku bersetuju segera untuk menjadi menantu Datin Khalisa

"Tapi Fiya layak ke untuk anak aunty tu , mana tahu mungkin dia sudah berpunya dalam diam" kata aku dengan perlahan

"Fiya jangan risau kami kenal anak kami tu dia memang susah nak bercinta tapi kalau dia dah sayang selamanya kekal di hati dia" pujuk Dato Zafran pula

"Ya sayang, Fiya dah terlebih layak untuk anak kami tu apa yang Fiya ada setanding dengan anak kami bahkan lebih" kata Datin Khalisa

Aku senyum manis memandang wajahnya sebelum menganggukan kepala bersetuju dengan niat Datin Khalisa itu

"Alhamdulillah, minggu depan aunty dengan uncle akan hantar rombongan meminang Fiya ye" kata Datin Khalisa

Wajah keempat2 mereka aku lihat sungguh gembira dengan jawapan aku, ya sebagai anak aku rasa terlalu ringan bahu aku setelah melihat senyuman mereka

Aku juga memang sudah tertarik dengan anak mereka yang satu itu jadi tiada unsur paksaan dalam lamaran ini memang aku yang menginginkannya

Aryan Khairiel tunggulah saya akan jadi isteri awak satu hari nanti, saya akan goda awak cukup2 supaya awak tahu apa itu cinta yang sebenarnya

Milik Aryan Khairiel☑Where stories live. Discover now