BAB 19

4K 165 20
                                    

Ellyza menghayunkan kakinya naik di atas jambatan. Nampak sahaja kelibat Aarash di tengah-tengah jambatan, lantas badan dipusingkan semula ingin berpatah balik.

"Kau nak pergi mana? Dah tak sudi nak jumpa dengan aku?"Aarash bersuara. Ellyz menggigit lidah. Kepala ditoleh lalu senyuman hambar ditayang kepada Aarash.

"Mari sini."panggil Aarash. Ellyza terpinga-pinga seketika, namun melihatkan gerak isyarat tangan daripada Aarash, Ellyza terus menghayunkan kakinya menuju ke arah Aarash.

"Kau nak apa?"soal Ellyza tanpa nada walhal terasa ada rama-rama di dalam perutnya.

"Apa jawapan kau?"soalan dibalas soalan. Ellyza mengerutkan dahinya.

"Jawapan apa?"

"Aku rasa kau baru bincang dengan daddy dan mommy tadi. Dah amnesia?"sinis Aarash.

"Ahh pasal tu. Kalau aku tak nak macam mana?"soal Ellyza.

"Aku tak kisah sama ada kau nak kahwin dengan aku atau tak, sama ada kau pilih aku atau dia. Yang pasti, kau tetap akan dengan aku."balas Aarash. Ellyza sudah menelan air liur payah apabila Aarash mendekatkan wajah dengan wajahnya.

"A-apa maksud kau dengan di-dia?"soal Ellyza tergagap-gagap.

"Cincin kau, kelakuan kau, jelas membuktikan kau ada lelaki lain Lyza."

"Habis tu kalau tahu, kenapa nak kahwin dengan aku? Seronok musnahkan hubungan orang?"ujar Ellyza berani. Dia menjarakkan sedikit dirinya dengan diri Aarash. Tidak berani dia hendak memandang anak mata Aarash. Tahulah mata itu menawan! Jantung dia ini rasa macam mahu tercabut sudah. Tidak keruan dirinya apabila berdekatan Aarash.

"Hubungan kau dengan dia tak serius lagi kan? Jadi, putuskan cepat dengan dia. Aku tetap nak kau kahwin dengan aku."

"Bagi sebab kukuh aku kena putuskan hubungan dengan dia."

"Hmm patut ke aku rogol kau? Then kita ada sebab kukuhlah bukan? Perut kau tu hurmm..."usik Aarash. Kalau dilihat, seram juga muka Aarash. Beku, tetapi mahu mengusik!

"Kau jangan nak buat perkara bodoh Aarash!"geram Ellyza. Aarash hanya menjungkitkan bahunya.

"Aku kena pertimbangkan perasaan dia juga. Tapi kalau dilihat dari segi keadaan kau pula, memang penting untuk ada seorang isteri untuk bimbing kau juga nanti. Aku serba kekurangan dan tak dapat nak jadi peneman kau yang baik nanti."ujar Ellyza setelah beberapa minit mereka berdiam.

"Semua orang ada kekurangannya. Tiada sesiapa yang sempurna walaupun kau tengok dia sempurna Ellyza."balas Aarash. Mereka berdua memandang ke arah swan yang berenang-renang di atas tasik. Indah sungguh permandangan tika ini.

"Bukan itu, tapi aku... aku sebenarnya sakit."teragak-agak Ellyza ingin memberi tahu.

"Sakit? Sakit apa?"Aarash menoleh memandang wajah Ellyza.

"SLE."jawab Ellyza sepatah. Aarash mengerutkan dahinya. Ellyza pula sudah melepaskan keluhan halus.

"Systemic Lupus Erythematosus. Aku pun tak reti nak jelaskan pasal penyakit ni. Kalau kau nak tahu, kau boleh tanya doktor."ujar Ellyza.

"Jadi, apa kaitannya dengan kahwin? Berjangkit ke penyakit dia?"soal Aarash.

"Taklah. Penyakit ni susah nak sembuh dan paling penting sukar untuk aku mengandungkan waris takhta kau nanti. Wanita yang ada penyakit ni mudah keguguran."jelas Ellyza.

"Aku tak kisah. Pandai-pandailah aku cari doktor terbaik nanti untuk rawat kau. Pasal anak tu, elok aku madukan kau."

"Seriuslah?! Tak guna betul!"Ellyza menampar belakang badan Aarash beberapa kali. Geram dia tidak boleh bawa bincang. Aarash pula hanya ketawa. Seronok pula mengusik.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSWhere stories live. Discover now