BAB 34

4.3K 191 7
                                    

"Aku rindukan Maira, Liz."luah Nana tiba-tiba memecahkan kesenyapan di gazebo di taman khas milik Maira. Mellysa, Eyliz, Izzah dan tiga lagi wanita paling tua di istana ini turut memandang ke arah Nana.

"Aku pun sama. Sabarlah Nana. Relakan dia pergi."ujar Eyliz.

"Macam mana dengan Airish? Kak Sarah tak ada bagitahu apa-apa perkembangan ke?"soal Mellysa. Sudah hampir dua bulan Airish tidak menyedarkan diri. Bukannya kerana pembedahan tidak berjaya, tetapi menurut kata Sarah, jantung Maira mungkin masih cuba selaras dengan sistem badan Airish.

"Tak ada. Airish masih lagi sama macam sebelum ini, tapi semakin stabil lah."balas Puan Zhurah.

"Rindunya baby... Lama tak sakat baby."ujar Hakim. Badan dibaringkan di atas gazebo berbantalkan paha Puan Zhurah.

"Habis tu kenapa tak lawat je Airish?"soal Mellysa.

"Sibuk tapi ada je aku lawat dia bulan lepas. Macam itulah kaku tapi bernyawa."omel Hakim.

"Airish kan koma. Kamu ni pun. Sejak tua dah jadi bongok eh?"Puan Melinda menampar belakang badan Hakim dengan selambanya.

"Alah Mak Ngah ni. Orang nak mengadu sikit je pun. Manalah tahu kalau baby dengar, terus dia celik mata."ujar Hakim.

"Mengarutlah gila!"hambur Idham.

Syahez menghampiri Medina yang lena tidur di atas bangku di bawah sepohon pokok redup. Beberapa marker pen dikeluarkan kemudian dia memulakan kerjanya untuk menconteng muka Medina. Fokus beberapa pasang mata memerhatikan Medina dan Syahez.

"Fuhh nasib tak bangun."omel Syahez perlahan. Terkejut dia apabila Medina menggosok hidung tiba-tiba semasa dia sedang menconteng pipi Medina. Usai menconteng, Syahez menahan ketawanya daripada terhambur. Beberapa keping gambar Medina diambilnya. Ada juga gambar dia dengan Medina diambil sekali.

"Ada je kerja si Syahez tu nak kenakan Medina."Atif menggelengkan kepalanya.

"Hakim, Idham, kenapa tak kahwinkan je mereka tu? Comel je aku tengok."ujar Qayyum.

"Hari tu Dina bagitahu sendiri yang mereka main-main bercinta dekat Lyza. Kebetulan pula aku nak ambil air lepas tu terdengar."cerita Idham.

"Lah patut tiba-tiba cuak sampai menyorok bawah meja. Abang ni kan! Sampai hati betul berahsia."Mellysa menampar paha Idham geram.

"Hmm main-main nanti jatuh cinta betul-betul, padan muka."sindir Hakim.

"Kahwinkan je lah mereka. Nanti terlanjur kan, lain cerita pula."ujar Atif.

"Bab kahwin tu aku dengan Idham okey je. Tapi malaslah nak memaksa mereka. Kita cuba tanya je dulu."balas Hakim. Kedengaran kuat gelak ketawa Syahez membuatkan perbualan mereka terhenti seketika.

"SYAHEZ!!"jerit Medina kuat.

"IYA SAYANG!!"sahut Syahez kemudian menyambung gelak ketawanya semula.

"Kau buat apa dekat aku?"soal Medina geram. Syahez menayangkan skrin telefonnya ke arah Medina.

"Tak guna kau Syahez!! Jaga kau!!"Medina sudah mula ingin mengejar Syahez. Nasib baik dia pakai seluar hari ini, bolehlah kejar.

"Woi berhentilah kejar aku gemuk! Penat tau asyik keliling library ni?"terjerit Syahez ingin menuturkan kata. Nasi pun dia tidak makan lagi, mahu main kejar-kejar. Mereka yang duduk di gazebo pun sudah naik pening dengan Syahez dan Medina yang asyik berkejaran mengelilingi perpustakaan sudah hampir 20 minit.

"Aku mengalah! Penat gila kena kejar dekat emak rimau."termengah-mengah Syahez menuturkan kata. Medina yang turut keletihan, mengambil kesempatan itu untuk menendang punggung Syahez.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSWhere stories live. Discover now