2 - First Encounter

145 14 26
                                    

-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-

Nahyun membuka mata perlahan-lahan apabila terasa cahaya yang sangat terang menembusi kelopak matanya. Suasana di sekeliling semuanya kelihatan putih.

Dia bangun. Pergerakannya sangat perlahan memandangkan tubuhnya terasa begitu sakit dan lenguh. Keluhan terlepas. Mungkin terlalu lama agaknya dia baring sehingga badan rasa sakit-sakit begini.

Nahyun memerhatikan keadaan sekeliling. Agak lama untuk dia perasan yang dia berada di hospital sekarang ini. Yelah, kelihatan seperti mewah sahaja, macam bukan hospital. Tetapi, apabila terpandangkan segala alat dan jarum di tangannya, dia tahu.

Nahyun mencabut jarum di tangannya. "Ah...." Rasa sakit ditahan. Dia turun dari katil dan melangkah ke pintu. Tapak kakinya terasa sejuk menjejak lantai marmar. Niatnya hanya ingin keluar sahaja. Dia hairan, bagaimana dia boleh berada di hospital? Siapa yang membawanya ke sini?

Dia menjengah kepalanya keluar. Melihat ke kiri dan ke kanan. Setelah memastikan tiada sesiapa di ruangan koridor tersebut, dia keluar. Tetapi, langkahnya terus terhenti sebaik sahaja dia keluar dari bilik wadnya.

Jantungnya seakan terhenti melihat gerangan lelaki berusia yang sedang berjalan sambil berbual bersama lelaki yang kelihatan seperti doktor. Mulutnya sedikit terbuka.

Ah-ahjussi...

Nahyun memusingkan tubuh dan terus berlari ke arah lain. Dia menuju ke tandas dan menerjah masuk tanpa melihat tandas lelaki atau perempuan.

Dia masuk ke dalam salah satu pintu dan menguncinya. Dadanya berombak dan nafasnya laju. Matanya automatik mengalirkan air mata. Dia duduk di atas tandas yang tertutup lalu memeluk lutut. Air liur ditelan kesat.

Ahjussi ke yang bawa aku ke sini? Tapi, t-tak mungkin. Kalau ahjussi jumpa aku, mesti dia akan bawa balik rumah...

-

"Ahjussi! Hiks...lepaskan Nahyun!" Nahyun menangis apabila dirinya dipaksa untuk masuk ke dalam rumah.

"Aku cakap apa dengan kau haritu?! Kau degil! Kau taknak dengar cakap aku! Sini kau! Masuk!" Ahjussi-nya terus menarik lengan Nahyun dengan kuat.

Save Me || KTH (ON-HOLD)Where stories live. Discover now