4 - Knowing You

110 6 6
                                    

-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-

A little bit cliche plot. Enjoy!

Andai masa boleh diputarkan semula, ingin sekali aku memeluk omma dan appa. Ya tuhan, sungguh. Aku sungguh merindukan mereka...

'Omma...appa...Nahyun rindu.'

Nahyun menyeka air mata yang mengalir. Melihat angin meniup sayu pokok-pokok di luar membuatkan dia berasa tenang. Segala memori bersama ibu bapanya dikenang. Sambil dia leka memandang luar tingkap, Nahyun tersentak apabila pintu bilik wadnya dibuka dari luar. Dia menoleh.

Nahyun terpana sebentar melihat lelaki yang baru masuk ini. Baju kemeja putih yang dituck-in. Lengan baju digulung sehingga paras siku. Seluar slack hitam yang memeluk rapi kakinya dan rambut hitam yang sedikit messy. Sungguh kasual personalitinya.

Seakan tersedar dia merenung, Nahyun melarikan pandangan matanya daripada bertembung dengan lelaki itu dan menoleh semula ke luar tingkap. Taehyung yang perasan dengan renungan Nahyun hanya tersengih.

"Nahyun, saya ada belikan awak makanan. Saya tahu awak tak makan lagi." Kata Taehyung sambil meletakkan sebungkus makanan di atas meja beroda pada hujung katil.

"..."

Taehyung yang membuka plastik bungkusan terus melirikkan mata memandang Nahyun apabila tidak mendengar respon. Nampaknya gadis itu termenung jauh. Dia menggaru kepala lalu menghela nafas dan duduk di kerusi bersebelahan katil gadis itu.

Nahyun sedikit menjauh apabila Taehyung duduk di sebelahnya. Tidak selesa. Bukannya Taehyung tidak perasan, tetapi dia hanya diam sahaja. Faham dengan keadaan gadis itu. Apetah lagi apabila selepas kejadian di dalam tandas semalam. Kedengaran pelik kan di tandas? Tapi, nak buat macam mana ... dah Nahyun masuk situ.

"Nahyun."

Nahyun menoleh. Dia memandang kakinya yang menjulur di hadapannya. Dia tidak memandang Taehyung tetapi dia hanya melihat dari sudut matanya. Dia menunggu lelaki itu bersuara.

"Doktor bagitahu saya, awak dah boleh discharge hari ini. Kalau awak ada apa-apa yang nak saya tolong, awak bagitahu saya, ya?" Lembut saja percakapannya. Sehingga Nahyun sendiri tidak percaya, masih ada manusia yang bertutur lembut seperti itu. Sepanjang hidupnya bersama ahjussi-nya, dia hanya tahu jeritan, tengkingan, dan makian.

Nahyun hanya mengangguk. Melihat anggukan Nahyun, Taehyung bangun untuk beredar. Memberi ruang kepada gadis itu untuk bersendirian.

"Saya nak keluar sekejap. Kalau awak nak makan, saya dah sediakan atas meja." Baru sahaja Taehyung ingin melangkah.

Save Me || KTH (ON-HOLD)Where stories live. Discover now