1-THE SAME

2.8K 196 6
                                    

"Hensem siaaa budak baru tuuuu" Yerim menggoncang-goncang badan aku.Aku mengeluh.Aku tarik tali hood aku supaya muka aku tidak boleh dilihat.

Yerim mengeluh.

Aku boleh dengar bunyi tangan dia tepuk meja.

Masih excited tengok budak baru lah tu.

Aku menjeling walaupun Yerim tak boleh nampak.

Aku longgarkan tali hoodie aku dan terus sandang beg.

Yerim pandang aku dengan muka pelik.

"Aik kau nak pergi mana?"

"Balik lah"

Yerim terus tarik tangan aku.

"Kan kelas kita dah plan nak makan dengan budak baru tu"

Aku pandang budak baru tu.Aku langsung tak nampak muka dia hari ni sebab waktu pertama kali cikgu kenalkan dia aku tengah tidur.Bangun-bangun je semua berkumpul dekat meja dia.Nasib lah Yerim bagitahu aku pasal makan-makan tu.Cuma dah hampir setengah jam tunggu dorang berborak,better aku makan makanan eomma aku je.

"Pleasseeee stayyy...Tak best lah tak ada kau nanti"

Aku pulau Yerim.Aku tarik tangan aku dan terus berjalan ke pintu keluar.

"Hyorin" Seseorang panggil sebelum aku sempat keluar.

Aku pandang Jena iaitu ketua kelas kami.

"Kau nak balik dah?"

Aku mengangguk.

"Aik tak join kita orang?" Jena menanya lagi.

Sekali lagi aku mengangguk.

Aku senyum dan terus alihkan kepala.

"Jeogiyo!"

Sekali lagi langkah aku terhenti.

Aku pandang kearah yang sama iaitu meja budak baru tu.

Budak baru tu bangun menyebabkan aku akhirnya nampak muka dia.

"Mana best kalau tak satu kelas sama-sama."

Aku hanya diamkan diri.

"Lagipun kalau boleh,aku nak berkawan dengan satu kelas ni"

Aku melipat tangan.

"Aku okay je join tapi kalau nak tunggu korang berborak,sorry I'm out.For your information,aku bukan penyabar" Aku menjeling dan terus keluar dari kelas.

Aku berjalan ke arah tangga.

Apa aku baru buat?URGH!

Perangai aku keluar lagi!

Aku bukannya perempuan cool macam apa orang sangkakan.Aku sebenarnya teringin nak jadi friendly tapi kadangkala aku tak sedar aku berkelakuan dingin.

Tak!Tak!Tak!

Bunyi seseorang berlari kedengaran.Aku pandang belakang dan nampak budak baru tu kejar sambil tangan kanan dia tengah sandang beg.

Aku mengangkat kening.

"Please..join kita orang"

Aku tersenyum senget.

"Apasal desperate sangat nak ajak aku"

Lelaki tu mengambil nafas sebelum buka mulut.

"Kau tarik perhatian aku"

———————————————-

Aku mengeluh.Tanpa sedar,aku setuju ikut dia orang.

Personality | Haechan [C]Where stories live. Discover now