21-MISTAKE

685 88 5
                                    

"Jangan datang dekat aku!Aku belum siap lagi!" Hyorin menjerit.

Tiba-tiba dia berhenti lawan nurse-nurse tu.Dia termenung sesuatu menyebabkan nurse perempuan berjaya masukkan ubat dalam mulut dia.

Badan Hyorin terus rebah ke lantai.

Yerim alihkan pandangan dia.Tak sanggup tengok kawan lama dia,Min Hyorin.

Doktor Lee sakukan tangan kedalam poket kot dia.

"Terima kasih Lee Donghyuck dan Park Yerim sebab akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengan saya.Apa ya sebab awak berdua ubah fikiran?"

Yerim pandang semula badan Hyorin yang terbaring dalam bilik tu manakala 3 orang nurse tadi keluar.Mereka kunci pintu besi bilik tu seketat mungkin.

"Kami dah nak graduate...Dan...Kami rasa dah tiba masanya kami maafkan Hyorin untuk apa yang dia dah buat.Lagipun dia bukannya sedar dia buat semua tu.." Haechan menjawab.

Doktor Lee tersenyum.

"Kalau macam tu boleh duduk..." Doktor Lee mempersilakan.

Mereka duduk seperti yang Doktor Lee suruh.

"Sebelum saya cerita tentang perkembangan Hyorin...Boleh saya tahu...Kenapa kamu berdua ambil masa sampai setahun untuk maafkan Hyorin?"

Yerim mengeluh.Haechan pegang tangan Yerim.

"Dia suka saya dulu...Saya pada mulanya suka dia juga tapi dia selalu ikut saya pergi mana-mana...Macam stalk?Sebab perangai dia yang macam tu saya jadi tak selesa jadi saya putuskan untuk move on dan dari situ saya suka Yerim."

Yerim mengangguk.

"Mungkin sebab Yerim kawan baik dia...Dia tak boleh terima?"

——————————————

"H-Haechan suka kau?" Hyorin terkesima.

Setahu dia,Haechan sukakan dia..Kenapa boleh tiba-tiba Yerim,kawan baiknya sendiri couple dengan Haechan?

"Sejak bila?"

Bichhaeyo☀️

Haechan✨
|Dekat Incheon Airport tadi

Hyorin tutup telefonnya dengan perasaan marah.

"Kau fikir kau berhak sakitkan hati aku?"

————————————————

"Lepas tu kami mula dengar rumor mengenai kami...Yang pasti rumor tu bukan rumor bagus...Ada yang pasal kami buat sex bersama...Pasal kami manipulasi orang...Pasal kami kejar fame...Makin lama rumor tu makin teruk sampai kami dimaki hamun..Termasuklah cikgu maki hamun kami...Tapi Hyorin pada waktu tu tak tolong kami..malah tak nak mengaku kami kawan dia...Rupanya bila kami dapat tahu dia tak datang sebab dah dimasukkan ke tempat mental,waktu tu lah baru semua orang minta maaf dengan kami.KAMI BETUL-BETUL HAMPIR NAK MATI.Kalau dia tak dimasukkan ke tempat ni waktu tu..Kami mungkin kena lebih teruk dan mungkin suicide kami akan jadi.."

———————————————

Haechan sentuh bibir Yerim dengan tangisan deras di pipi.

Bibir Yerim berdarah..Pipi dia lebam akibat ditampar.Badan mereka dipenuhi luka namun ibu bapa mereka tak dapat buat apa-apa tindakan kerana sekolah ini sahaja lah yang memberikan pendidikan terbaik di Seoul.Amat rugi jika anak mereka keluar begitu sahaja.

Semua murid di sekolah tu memang dikenali dengan status tinggi dan juga pandai.

Haechan dia selalu cuba tolong Yerim.Dia berani untuk lawan benda yang bukan betul namun jika seorang lawan dengan 20 orang,mustahil dia boleh menang.

Personality | Haechan [C]Where stories live. Discover now