PROLOG

45 2 0
                                    

Adellea Sofea berumur 17 tahun yang sedang menduduki peperiksaan penting iaitu Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Adellea Sofea seorang murid yang bijak di sekolah menengahnya yang telah mengharumkan nama baik keluarga dan nama baik sekolah.Walaupun,kehidupan Adellea Sofea yang sederhana namun dia sanggup belajar demi menyara keluarganya pada masa hadapan.Ibunya bernama Latifah Aminah sedang mencari rezeki dengan menjual kerepek pisang dan kuih-muih di tepi jalan namun tidak ramai yang membelinya.Akan tetapi,ayahnya bernama Anuar Mansor sudah pergi meninggalkan ibunya Latifah dan 3 orang anaknya iaitu Adellea Sofea yang pertama,Andika yang kedua dan Aira yang ketiga.Andika masih di asrama apabila cemerlang dalam peperiksaan UPSR namun Aira masih bersekolah rendah.Kehidupan mereka memang susah,tetapi bagi Sofea dia langsung tidak pertikai apa yang berlaku.Tambahan pula,ayahnya meninggalkan mereka dengan mengahwini  seorang wanita yang kaya di Kuala Lumpur.Namun,Sofea tetap berdoa dan memohon maaf kepada ayahnya.Kerana,Sofea tidak suka berdendam dengan ayahnya walaupun ayahnya tidak menyukainya sejak kecil lagi.


"Sofea kamu sudah sarapan"kata ibunya Latifah Aminah.

"Sudah,ibu.Makanan ibu dan adik pun Sofea sudah sediakan.Ibu makan dengan adik ye."kata Adellea Sofea dengan melihat ibunya yang kelihatan penat.

"Tidak apa la Sofea.Susah-susah kamu ja memasak untuk ibu dan adik.Kamu tu mahu pergi ke kelas tambahan.Baik,cepat siap.Nanti kena marah dengan cikgu kamu tu."kata ibunya.

"Baiklah,ibu.Ouh ya ibu.Keputusan percubaan SPM Sofea dapat 7A 1B.Hanya ini sahaja Sofea mampu berika.Insyaallah,Sofea akan mendapat 8A supaya ibu lebih berasa bangga.Ibu tunggu ye."kata Sofea yang sangat gembira.

"Ibu tidak kisah langsung.Asalkan kamu berjaya untuk kehidupan kamu sendiri dan ke menara gading.Kamu boleh lakukakn untuk keluarga kecil kita ini."kata ibunya.

"Terima kasih,ibu"kata Sofea dengan melihat ibunya tersenyum.

"Sama-sama.Sudah pergi ke sekolah kamu tu cepat.Dah lewat ni.Hati-hati ye ke sana."kata ibunya yang risau tentang anak daranya itu.

"Baik,ibu"kata Sofea lalu pergi bersalam dengan ibunya.


Setibanya di sekolah,dia ternampak Affan Zuhairy yang sedang merenung jauh.Dia memikir apa yang Affan lakukan sehingga dia tidak asuk ke kelas.

"Assalamualaikum Affan?"kata Sofea kepada Affan yang terkejut teruk.

"Ish,Sofea.Terkejut saya.Lain kali bagi salam.!"kata Affan dengan marahnya.

"Awak ni kan,saya dah bagi salam yang awak nak tengking saya apahal?"kata Sofea yang sambil menahan tawa dengannya.

"Waalaikumussaam.Eh jom la masuk."kata Affan dengan malunya dia.


Selepas 2 jam kelas tambahan dengan Cikgu Farrah yang mengajar subjek perniagaan.Tiba-tiba Affan dimarahi oleh Cikgu Farrah kerana dia tidak fokus dengan apa yang telah diajari oleh Cikgu Farah kerana hanya Affan seorang sahaja yang mendapat markah 40% sahaja berbanding rakan-rakan kelas yang lain.Sebernanya,Affan seorang murid yang pintar tetapi keluarganya sering bermasalah.Kerana,ayah dan ibunya sering mengalami kerugian dalam syarikat.Sedangkan,Affan sebelum ini tidak pernah mempedulikan tentang syarikat ibu dan ayahnya.Sejak pada itu,sifat dan kelakuan dia pun berubah.Apakah yang berlaku kepadanya sehingga peperiksaan percubaan SPM mendapat 2A 5B 1E.Sedangakn,dia seorang mrid yang bijak dalam setiap peperiksaan di sekolah ini?Banyak dugaan yang perlu dia tempuhi.

Seindah Keindahan BungaWhere stories live. Discover now