BAB ; 6.

87 11 0
                                    

ZULAIKHA AZLIN POV'S.

Aku menilik diri buat kali terakhir di hadapan cermin. Aku cuma memadankan skirt labuh pemberian Safira tempoh hari. Skirt berwarna merah hati aku padankan dengan t-shirt hitam yang kosong dan aku tie in. Aku mengambil bomber jacket berwarna maroon untuk menutupi lengan ku. Shawl hitam aku lilitkan gaya dua muka Dan menutupi dada.

Aku mencalit sedikit lip balm dan bedak Enchanteur aku ratakan sedikit pada muka. Perfume jenama Victoria Secret aku pancitkan sedikit. Segaris senyuman aku hadiahkan pada diri sendiri.

Done ! Aku mencapai beg tangan ku dan beg yang aku simpan design aku ambil. Dengan pantas aku keluar turuni tangga.

"Dah ke kak?" Tanya Azmin.

"Dah, jom !" Jawab Azlin.

Aku masuk ke dalam perut kereta setelah barang - barang aku letakkan di bahagian belakang penumpang.

Hari ini Azmin meminta aku menghantarnya ke rumah rakannya. Katanya hendak tengok wayang sama-sama memandangkan hari ini cuti sekolah.

Mujur sahaja rumah kawan Azmin tidak begitu jauh. Setibanya dirumah rakan Azmin, aku pon memberhentikan kereta.

"Azmin pergi dulu kak. Nanti balik aku call, jangan lupa kirim salam dekat Abang Noah. " Kata Azmin.

Tangan dia dihulurkan untuk bersalaman dengan aku. Aku hanya menghulurkan sahaja tangan ku. Dia keluar dari perut kereta , tangannya melambai aku. Aku hanya membalas dengan senyuman.

"Okay , Azlin you got a lot of work to do. Let's go !" Kata Azlin.

Terus aku memandu menuju ke destinasi aku.



MUHAIMEENSYAH IDRIS POV'S.

Aku meraup muka , tangan Elin yang melilit di pinggang ku dilepaskan. Rimas !

" You nak apa lagi ni ? Tadi cakap ada benda nak bagitau. Cakap lah , apa benda ?" Kata Muhaimeen.

Aku sudah mula bosan. Dari tadi Elin tidak berhenti untuk memeluk tubuh aku. Ketika aku sedang berehat di rumah , Elin telah menelefon untuk berjumpa. Katanya ada hal yang hendak diberitahu.

"Rileks lah babe . Lately ni you banyak berubah. Why , sayang ?" Kata Elin dengan nada gediknya.

" Huh, mana you punya sugar daddy ?" Tanya Muhaimeen sinis.

Aku dapat lihat reaksi terkejut Elin. Aku berterima kasih kepada Malik yang bertindak untuk perangkap Elin. Pada mulanya aku tidak percaya tetapi bila aku dapat lihat semuanya , hati aku luluh . Terus sahaja aku memutuskan hubungan dengan Elin.

" What ? Sugar daddy ? What are you talking about , sayang ?  You know that I miss you a lot." Tanya Elin kembali.

" Sudah lah Elin ! Stop all this nonsense ! " Jerkah Muhaimeen.

"What's wrong with you ?! I sanggup booked ticket dari California nak balik sini , semata - mata untuk jumpa you ! " Kata Elin terus keluar dari kedai.

Aku lihat di sekeliling , nasib tidak ramai orang. Tapi ada juga sekumpulan budak lelaki yang mula berbisik. Tanpa berkata apa-apa aku juga keluar dari kedai tersebut. Bukan sebab mahu mengejar Elin, tapi nak balik ! Telefon yang berdering di dalam poket aku keluarkan. Kak Yat menghantar yang menghantar pesanan kepada aku.

Sedang aku ralit membaca pesanan itu , aku rasakan bahu ku dilanggar. Terus kepala aku dongakan tangan ku masih memegang telefon. Lelaki berhoodie hitam yang melanggar ku tadi berhenti di hadapan aku. Kening aku kerutkan. Tanpa dia bersuara , dia merampas telefon milik ku dan memecut laju. Tindakannya membuatkan aku terkejut.

HADIRNYA CINTAWhere stories live. Discover now