------
"Dain~ " panggil Yoohyeon. Disambung pula, oleh Dami dan Handong.
"Apa korang nak hah!?" Dain tahu akan signal itu, ada udang disebalik mee.
"Yoon Dain..." pinggang gadis itu dicucuk-cucuk oleh Yoohyeon.
"Apa ni. Gelilah hehehe."
"Dain, kau ikut.. kan?" Yoohyeon menyoal, tak lupa juga dengan pout eyesnya.
Dain mengangguk, "Ha ah, bila nak jalan pergi sana?"
"Sekarang jugak!"
"Apa??"
Kedua rakannya, Dami dan Handong berlari masuk bilik Dain dan dibawa mereka keluar satu beg roda pakaian Dain.
"Se— sejak bila korang berkemas ni?"
"Haih, lama dah. Itulah kau asyik sibuk dengan skrin warna-warni."
"Skrin warna-warni itu indah, korang apa tahu huek." lidah dijelir mengejek rakannya.
"Diluar lagi banyak ciptaan tuhan yang lagi indah, daripada coding ciptaan manusia tu."
Pin pon !
Bunyi hon kereta kedengaran dari luar, empat sekawan itu berlari keluar apartment dan masuk ke dalam kereta pacik grab itu.
Nasib sahaja Dain baru mandi, dan pakai baju cantik. Bukannya, seperti sebelum ini baju dia dah bau busuk bau ketiak dia peduli apa.
------
Train Hyehwa, di stesen kereta api mereka berempat turun. Hendak ke rumah anak yatim Saesarang. Tempat kakaknya si Yoohyeon, Kim Yiseo menjaga anak yatim di panti asuhan tersebut.
Perancangan mereka, hendak pergi ke trip membawa anak-anak yatim ke tempat-tempat menarik yang menjadi idaman anak-anak disana.
Di dalam train, mereka berempat duduk berpisah, Yoohyeon dan Handong duduk di depan. Dain ditepi tingkap bersama Dami, melihat pemandangan alam. Ada betulnya juga kata Yoohyeon tadi, ciptaan tuhan lebih indah.
Dain berganjak hendak pergi mengambil beg sandangnya yang diletak di tempat simpan beg oleh staff train. Di atas tempat duduknya.
Kerana keadaan yang tak bertoleransi, Dain hilang keseimbangan, beg sandang yang berisi banyak snack dan minuman dalam tin itu jatuh menimpa orang dibangku sebelah.
Lelaki, dia yang tadinya tidur pun terkejut lantas bangun membuka matanya. Apa tidaknya, beg berat jatuh atas kepalanya. Boleh gerenti hilang ingatan.
"Eh.. minta maaf ahjussi— "
"Eo? Ahjussi? " lelaki itu seolah-olah tak percaya, apa sebab dia pakai topi beret hijau lumut dan baju seragam tentera dilabel pacik.
"Saya tak sengaja, tadi— "
"Nevermind." pandangan dibuang ke tepi tingkap.
Dain berganjak hendak kembali ke tempat duduknya sebelah Dami. Si Dami pula, dah lelap tak sedarkan diri.
Sekali lagi, keadaan jalan yang bengkang-bengkok menyebabkan badan gadis itu hilang keseimbangan. Dia jatuh atas pangkuan lelaki tadi.
Mata Dain jatuh pada tanda nama di pakain seragam lelaki itu, 정재현.
Kemudian, pandangan diangkat melihat wajah lelaki di depannya kini.
"Sampai bila awak nak duduk atas pangkuan saya?"
Dain berganjak berdiri, dan bongkokkan badan untuk tunduk hormat. Sungguh, dia malu. Dan tak lupa juga, Yoohyeon dan Handong yang dari tadi lihat aksinya.
Dain berlari ke depan, tempat duduk Yoohyeon dan Handong. Mukanya, disembam pada beg sandang, malu.
Jaehyun tersenyum, nampakkan garis berlubang dikedua pipinya. Comel.
➳❥ tbc
------
+ aduh sorry senanya saya tak pandai buat sweet-sweet 😂 saya akan cuba buat macam ff sir mark okay?
YOU ARE READING
[II] Captain. ✔
Fanfiction❛❛Please always be my captain.❜❜ JUNG JAEHYUN AS SOLDIER 2ND AS THE SERIES START ⋮ 28/O3/2O2O END ⋮ 16/O4/2O2O ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O