------
Maka, berakhirlah Dain masuk hutan ditemani Captain Jaehyun. Nak tanya soal ke mana hilangnya Yoohyeon, sudah pasti anak itu takkan munculkan diri lagi. Tidak mahu kacau daunlah katanya.
"Dain," panggil Captain Jaehyun.
"Hm?" Gadis itu sekadar berdehem.
"Awak nampak rapat dengan Renjun."
"Tak sangatlah." Dain jadi malu, "Saya cuma kesiankan Renjun."
"Ada apa dengan Renjun?" Soal Jaehyun, dia memandang gadis yang berjalan disebelahnya itu.
Keluhan berat dilepaskan, susah nak cerita tapi orang tanya. Takkanlah tak jawab pula, "Renjun tu nampak periang, tapi sebenarnya dia sedih. Masih terkesan dengan pemergian ibu bapa dia."
"Bila ibu bapa dia pergi? Maksud saya-- tinggalkan Renjun?"
"Waktu umur Renjun tiga tahun. Mestilah, dia dapat ingat sikit peristiwa tu." Lanjut Dain, menurut cerita kakak Yiseo bahawa ibu bapa Renjun menjadi korban kebakaran Restoran keluarganya.
Renjun yang terselamat pada waktu itu-- sudah tiada ahli keluarga lain. Kakak Yiseo pun mengambilnya dan dibawa tinggal ke Rumah Anak Yatim Saesarang.
"Sebab itulah, bila besar nanti. Renjun nak jadi anak berguna."
"Apa cita-cita Renjun?"
"Captain sendiri nampak kan?" Dain menoleh melihat Jaehyun yang membawa kayu api ditangannya. Satu tangan sahaja, fuyoh kuat.
"Renjun suka dekat dengan Captain." Lanjutnya, "Sebab dia pun nak jadi macam Captain. Tentera. Nak bantu orang susah katanya."
Jaehyun terdiam sejenak, sungguh cerita pasal Renjun itu menusuk sanubarinya. Sekejap kemudian, Jaehyun bersuara semula.
"Kalau awak?"
"Saya?" Dain tunjuk diri sendiri, "Cita-cita saya nak jadi Programmer— " kata-kata Dain dipintas oleh Jaehyun.
"—Bukan itu." pintas Jaehyun. Kemudian, dia bersuara kembali.
"Awak pilih suami doktor atau tentera?"
➳❥ tbc
------
nah, uri captain jae 🙆♥
YOU ARE READING
[II] Captain. ✔
Fanfiction❛❛Please always be my captain.❜❜ JUNG JAEHYUN AS SOLDIER 2ND AS THE SERIES START ⋮ 28/O3/2O2O END ⋮ 16/O4/2O2O ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O