iCe CrEaM «1«

89 13 2
                                    

"Pakcik, bagi satu ice cream chocolate" mintaku kepada pakcik penjual ice cream

Pakcik itu membelakangi diriku. Maksudnya belakang dia menghadap aku

Pakcik itu memusingkan badannya dan menghadap aku yang kebuluran nak makan ice cream ni

"Hotak kau!! Aku bukan pakcik! Aku muda lagilah budak!!" hemburnya

"Wow"

Itu sahaja yang aku mampu katakan sebab bila dia pusing tadi terdapat cahaya di belakangnya. Wow... Ini manusia ataupun bidadari kayangan

Tapi muka dia nampak macam familiar ah. Dekat mana eh??

"Woi budak, kau berangan apa? Tadi cakap nak ice cream" katanya tidak sabar

"Er saya nak awaklah-eh bukan! Jangan salah faham. Maksud saya, saya nak ice cream chocolate" aku menggaru kepala dengan janggal

Dia ketawa perlahan

Aduh, macam mana boleh terlepas cakap. Malu gila! Terasa nak humban diri ni dalam tong sampah!!

"Okay"

Setelah itu dia buka mulut lagi

"Kau budak highschool?" tanyanya setelah melihat aku masih berpakaian sekolah

Halah-halah dah nampak aku pakai baju highschool duk tanya lagi. Nak je aku jawab

'Eh taklah saya bukan budak highschool tapi budak tadika. Baru nak belajar abc tu apa'

"Haah saya budak highschool" jawabku sambil tersenyum paksa

Untuk mengelakkan daripada mencarut baik aku senyum. Dah terang lagi bersuluh kot! Aku nak tahu berapa A dia dapat masa spm

Spm? Ada eh kat sini?? Hahha hentam sajalah

"Tak pernah nampak pun dekat kawasan ni. Baru pindah ke?" ice cream chocolate dihulurkan

"Eh taklah saya dah bertahun duduk kawasan ni cuma baru harini terasa nak makan ice cream lagipun orang ramai cakap dekat sini laku keras. Orang hensem jual rupanya patutlah laku habis" jawabku sambil tangan kananku mengambil ice cream

Tangan kiri pula menyeluk poket untuk mengambil duit

Melihat kesusahan aku untuk mengambil duit di dalam poket lantas dia berkata

"Tak perlu bayar. Aku bagi free"

Abang encem bagi free ah!! Maigudd!!

"Terima kasih"

Dia turun dari track ice cream lalu duduk di samping aku

Aku tak cakap eh ada track ice cream? Ha lelaki ni bawa track ice cream. Dia jual pakai track bukan jual bawa motosikal pastu keling keling bunyi loceng

Satu lagi, aku tengah duduk dekat kerusi yang dah disediakan depan track ni

"Nama kau apa?"

"Ahn Yeri"

Ice cream chocolate dijilat. Sedapnya!! Saya suka saya suka

"Aku Jungkok... Jeon Jungkook dan aku rasa aku suka kau"

Err dia ni mabuk ketum ke-





































_TO BE CONTINUE_

Psstt...BORAHAE💜

[C] ICE CREAM || JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now