IC22

19 2 0
                                    

"Kau taknak cerita apa jadi dekat kantin tadi? Aku taknak buat andaian tanpa usul periksa"

Aku duduk rapat-rapat dengan Jungkook sampai tiada ruang antara kami

Tanggannya diletakkan di bahu aku

Aku boleh duduk rapat dengan Jungkook...kau ada??? Hahahaha

Aku pun memulakan cerita tentang apa yang jadi dekat kantin tadi. Dari mula sampai akhir aku cerita satu info pun tidak aku tinggalkan

"Jadi... Bolehkah saya berkawan dengan Wooyoung wahai abang encem?"

"Sure why not cuma aku nak ingatkan kalau dia duduk dengan kau pastikan aku atau Aera ada. Faham sweetheart?" pipi aku dicubit perlahan

"Faham!!"

"Bunga dia kau letak mana?"

"Saya tercampak dekat atas meja kantin tadi"

"Bagus. Lagi elok campak dalam longkang" katanya

Aku geleng kepala perlahan

"Sanggup pula kau ponteng kelas untuk cari aku eh? Eii tak sangka sweet juga girlfriend aku ni"

"Kalau awak boleh buat apa je untuk saya, jadi tak salah kalau saya nak berkorban sikit untuk awak. Btw sejak bila saya girlfriend awak ha?"

"Kau boleh pula panggil aku boyfriend. Untuk pengetahuan kau, aku dah declare kau sebagai girlfriend sejak aku panggil kau SWEETHEART. So sekarang kita official girlfriend and boyfriend"

"Tak sweet langsung" aku guling mata ke atas

"Nak sweet-sweet tunggu dekat rumah" Jungkook kenyit mata

Adakah anda okay wahai cik jantung sebab saya rasa keadaan awak tidak stabil. Penangan Jeon Jungkook terlampau hebat

"Habistu macam mana dengan fans awak?"

"Jangan risau pasal tu sebab diorang supportive. So tiada drama fans cederakan kekasih hati orang yang diorang minat. Lagipun hyung aku kan ada, 6 orang pula tu"

Selepas itu otak aku kembali mengimbau kejadian pagi tadi. Dimana aku mengusik Jungkook

"Ermm.. Awak..."

"Yep sweetheart"

"Saya nak minta maaf pasal pagi tadi. Saya memang sengaja nak usik awak. Awak dah tak marah kan....??"

Aku bermain jari. Fuhh!! Nervous pula

"Aku dah tak marah. Mana boleh marah sweetheart aku ni lama-lama. Nanti rindu aku juga yang susah"

Aku tahan senyum. Kenapa jantung ni tak duduk diam-

Eh tak tak jangan duduk diam nanti aku mati. Eiii suka buat jantung aku dup dap dup dap











































_TO BE CONTINUE_

[C] ICE CREAM || JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now