iCe CrEaM «10«

28 10 0
                                    

"Morning to myself" ucapku lalu keluar dari perkarangan rumah

Oh, family aku tak ada dekat rumah sebab outstation tiga minggu. Pagi-pagi lagi diorang dah gerak

Aku pula duduk sorang. Anak tunggal kan

Azam aku pada pagi ni ialah elakkan diri daripada berjumpa Jungkook

Jadi aku ambil jalan untuk pergi sekolah pada awal pagi. Bila aku kata awal tu memang aku maksudkannya

Biarlah aku enjoy hidup alone dulu lepastu nak berkepit, berkepitlah 12 jam pun tak ada masalah

Lepastu bagi aku cuci mata for the last time. Kalau Jungkook tahu ni, habis aku dikerjakan

Sampai sahaja di sekolah, aku terus bergerak ke kelas

Beg diletakkan di kerusi lalu aku melentukkan kepala di atas meja. Sambung tidur dulu

........

Setelah puas tidur, aku buat keputusan untuk buka mata

"Hi sweetheart"

Aik, sejak bila suara Aera macam jantan. Mata ditenyeh agar penglihatan aku lebih jelas

"Lepas bangun tidur pun comel" katanya lagi

Aera tak pernah puji aku. Bila aku bangun tidur dia selalu cakap

'Hodoh betul muka kau macam beruang hutan'

Ini sudah semestinya bukan Aera. Tak mungkin....

Apabila penglihatan aku mula jelas, barulah aku dapat tengok siapa duduk dekat tepi aku sebenarnya

"Morning sweetheart. Lena tidur?"

"Jungkook... "

"Kenapa tidur dekat sekolah? Tak cukup tidur eh? Yang paling penting, kau tidur pukul berapa semalam?"

Abang encem ni pun agak-agak ah aku baru bangun tidur kot. Janganlah bagi jantung aku berdegup kencang

"Tidur pukul 3" jawabku dengan suara bangun tidur

Suara macam jantan

Dengan itu terasa kepalaku diketuk

"Untuk apa awak ketuk kepala saya? Sakit tau" aku gosok tempat yang dia ketuk

"Kau buat apa sampai tidur pukul 3? Pukul 3 tu aku dah terbongkang tahu"

"Layan drama"

"Drama apa?"

"Entah tak ingat tajuk dia"

"Ada lelaki hensem?"

"Of course ada!" jawabku laju tanpa sedar

Jungkook senyap tapi masih memandang aku

"Awak jealous ke?" tanyaku perlahan

"Dah tahu tanya lagi" dia membuat muka menyampah

Tangannya yang berada di atas meja aku genggam. Mukanya sedikit terkejut tapi cepat-cepat dia cover balik

"Sorry... Saya janji tak tengok drama dah. Kalau saya nak tengok saya bagitahu awak. Boleh tak?"

"Boleh tapi janji tetap janji. Jangan cakap kosong, buat. Faham?"

Aku angguk

"Siapa lagi hensem...hero dalam drama tu ataupun aku?" soalnya

Tak habis-habis lagi

"Mestilah hero dalam-"

Melihat mukanya kembali keruh cepat-cepat aku tukar jawapan

"Saya gurau je. Mestilah awak lagi hensem" tangannya aku lepas

"Sekarang pukul berapa?"

"Dah pukul 11:37" kata Jungkook sambil melihat jam di tangannya

What-

"Habistu mana cikgu? Mana orang lain? Eh jap awak sekelas dengan saya ke? Mustahil" kataku gelabah

"Kita dekat kelas kosonglah" jawabnya dengan selamba

"Macam mana saya boleh ada dekat kelas ni Jeon Jungkook?" nama penuhnya aku sebut

"Aku angkat kau"

Mukanya seolah-olah kanak-kanak yang tidak berdosa dan itu membuatkan aku rasa nak bunuh dia on the spot

"Jungkook!!!" aku memanggil namanya dengan perasaan geram yang teramat

"Awak buat saya ponteng kelas lagi..." sedihnya hidup

Muka aku tekup dengan tangan

Patutlah kosong je kelas. Lena aku tidur sebab sunyi

Tangan aku ditarik. Dagu aku didongak sedikit agar dia nampak muka aku yang sudah sedih level maksimum

"Kau marah?"

Aku angguk

"Kau sedih?"

Aku angguk lagi

Dengan itu tubuh aku dipeluknya

"Aku... Aku sorry. Aku buat kau ponteng lagi. Nanti kita study sama-sama okay. Dah jangan sedih nanti aku pun sedih" pelukan dikemaskan

"Janji yang kita akan study sama-sama?" tanyaku

"Janji"
































_TO BE CONTINUE_

[C] ICE CREAM || JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now