BAB 1

817 46 13
                                    


“Mama, mama.” Si Dylan menarik-narik lengan baju panjang saya.

“Ya sayang. Kenapa itu?” Saya bilang sambil memandang ke arah Dylan.

“Saya mau belon merah tu mama. Please. Mau dua belon.” Bilang si Dylan sambil membuat muka monyok.

“No. Dylan kan sudah janji sama mama. Kita datang pasar ni cuma mau beli sayur dan makanan Dylan. Okay sayang?” Bilang saya sambil membelai-belai kepala Dylan. Dylan terus menepis tangan saya dengan agak kasar.

“No mama! Dylan mau juga. Kalau mama sayang Dylan, mama beli belon tu. Dua saja bah mama. Please.” Bilang Dylan. Air matanya mula bergenang di kelopak mata. Saya terus menggenggam pergelangan tangan Dylan dan menarik dia sambil berjalan.

“Mama, please. Mama. Mama jahat! Dylan tidak mau kawan sama mama!” Bilang si Dylan. Dia mula buat tantrum di khlayak ramai. Saya terus dukung Dylan menuju ke arah kereta Viva saya yang terletak kira-kira 50 meter dari pasar tempat kami berada.

Sampai di kereta saya terus meletakkan Dylan di bangku hadapan dan memakai kan dia tali pinggang keledar. Dylan memeluk tubuh sambil merenung ke arah saya.

“Dylan jangan begitu. Kan banyak kali sudah mama cakap, dengar cakap mama. Dylan mau masuk darjah satu nanti.” Bilang saya cuba memujuk Dylan. Selepas itu saya menutup pintu kereta dan bergerak menuju ke arah bahagian pemandu.

Sewaktu saya mau masuk ke dalam kereta, Dylan terus membuka tali pinggang keledarnya dan berlari keluar menuju ke arah pasar. Saya terus panik dan cepat-cepat menutup pintu kereta dan mengejar Dylan yang sudah hilang di khalayak ramai.

“Dylan! Dylan!” Saya terus berteriak tanpa mempedulikan orang ramai yang mula menumpukan perhatian ke arah saya. Perasaan saya mula gemuruh. Jantung saya berdegup dengan laju.

“Dylan! Dylan! Keluar Dylan. Dylan sayang! Mama janji akan belikan Dylan belon merah tu. Dylan mau berapa? Mama belikan.” Saya bilang sambil memandang ke arah belon penjual belon tadi.

Tetapi penjual belon tersebut sudah hilang dari tapak tempat dia berniaga. Saya terus berlari di tengah-tengah khalayak ramai sambil memanggil-manggil nama Dylan. Airmata saya mula keluar. Tetapi saya tidak akan putus asa selagi Dylan tidak keluar.

“Dylan! Dylan. Jangan buat mama begini Dylan! Keluar Dylan! Mama janji akan kasi beli Dylan belon banyak-banyak. Dylan!” Sekali lagi saya berteriak tanpa mempedulikan orang ramai.

Dalam masa yang sama saya nampak seorang kanak-kanak lelaki yang seiras Dylan. Yang saya nampak itu ialah Dylan. Saya terus berlari dan mendapatkan budak lelaki tersebut. Saya terus memegang bahu budak lelaki tadi.

“Dylan anak mama, Dylan jangan buat begitu lagi. Mama risau.” Bilang saya sambil memeluk budak lelaki tersebut. Budak lelaki tadi menangis.

“Hey! Kau buat apa sama anak saya ha! Lepaskan dia!” Bilang salah seorang perempuan yang menegur saya dengan cara kasar. Saya terus melepaskan budak lelaki tadi dan baru perasaan bahawa budak itu bukan Dylan.

“Dylan anak mama. Dylan mana kau sayang. Dylan jangan buat mama begini! Dylan!” Saya berteriak memanggil nama satu-satunya anak saya di tengah-tengah pasar yang dipenuhi dengan orang ramai. Dada saya terasa sangat sakit. Saya tidak boleh berdiri dan perasaan takut mula menyelubungi diri saya.

TRTTTTT... TRTTTT.. TRRTTTT..

Getaran telefon dan bunyi telefon mengejutkan saya dari tidur. Rupanya saya bermimpi lagi. Mimpi yang sama sejak perkara itu berlaku di dalam hidup saya. Sungguh ujian yang saya alami ini sangat berat. Saya mengesat airmata dan mematikan penggera telefon.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JEJAKWhere stories live. Discover now