BAB 3

211 10 2
                                    

  Alice merenung rantainya yang ada perkataan 'Hope'. Rantai yang memang bersamanya sejak dia kecil lagi dan kerna itu jugalah perkataan tu wujud pada namanya, Alice Hope. Selama ni dia teringin sangat tahu kenapa dan mengapa rantai ni ada bersamanya dan siapa yang beri kepadanya. Bertahun-tahun dia cuba mencari jawapann kepada persoalan tu sehingga pernah bertanya pada kartina tapi kartina hanya mengelak untuk menjawab persoalannya.

"No.. No.. No.. Stop berfikir, stoppp berfikir pasal hal tu otak!! Erghhh!!."

Tuk! Tuk! Ketukan pada pintu membuatkan alice segera menuju ke pintu utama mujur bob sudah menghubungi orang untuk membaiki pintunya kalau tidak boleh dikatakan rumahnya ada show free disebabkann pintu yang sudah tertanggal oleh kartina.

   Alice mengintip dari lubang kecil pada pintunya. Tidak nampak sesiapa diluar namun bunyi ketukan tidak berhenti.

"Siapa tuu?." Soal alice tapi tiada sesiapa yang menjawab. Bunyi ketukan pula semakin kuat dan bertubi-tubi.

     Alice menutup kedua telinga kerna tidak tahan dengan bunyi bising disebabkan ketukan dari arah luar cepat-cepat dia memulas tombol pintu, saat pintu terkuak wajah bob muncul dengan senyuman manis.

"Bob? Buat apa sini? Ma'am mana?." Soal alice kehairanan dalam masa yang sama dia juga rasa lega.

"Hai Alice. Ma'am tiada disini dia di secret house sekarang. Macam biasa urus masalah wed." balas bob tenang.

"Wed? Again? Arggh.. Bilalah dia mahu berubah."

"Ermm... Semua orang perlu masa untuk berubah dan mungkin wed juga perlu masa. Dan sebelum saya terlupa tujuan saya datang sini, ni ada fail adam. Ma'am hubungi saya dan suruh hantar benda ni kat kau." Jelas bob.

   Alice mula mengeluh dengan rasa malas dia menyambut huluran fail daripada bob.

"Okey, thankyou bob. Tak mahu masuk dulu?."

"hmm nah.. Saya kena pergi sebab secret house perlukan saya."

Alice mengeluh kecil. Bob adalah orang penting jadi memang tak hairanlah kerja dia memerlukan dia 24/7.

"Okey.. Hati-hati bob."

  Bob hanya tersenyum lalu pergi menuju ke arah lif yang akan membawanya turun, Alice pula hanya memerhati gerak geri bob sehingga susuk tubuh bob hilang dari pandangannya.

  Alice menutup semula daun pintu dan menuju ke sofa lantas dia melabuhkan tubuhnya sambil merenung fail adam yang berada dalam genggamannya saat ini.

   Tangannya segera membuka fail yang mengandungi maklumat adam dan dibacanya satu persatu. Namun dia terhenti pada satu gambar keluarga milik adam di mana hanya ada adam dan puan ailsa saja.

"So dia jenis lelaki yang mengutamakan parents huh.. Not bad."  Bisiknya acuh tak acuh pada diri sendiri.

   Gambar puan ailsa di renung dan diletaknya bersebelahan dengan gambar adam. Dengan rancangannya ini dia yakin yang dia akan berjaya. Orang yang akan membawanya masuk ke dalam hidup adam dan semestinya orang tu yang sangat dekat dengan adam.

" So we gonna start with u puan ailsa." Kata alice dengan senyuman sinis lalu mengambil telefon bimbit yang berada di atas meja dan dia menghubungi seseorang.

"Hello ma'am. I need your help."

--------

NEXT DAY

----------

BEFORE THE PARTY
11:40 AM
LUXURY BOUTIQUE

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 23, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Shh.. Aku sebenarnya... Where stories live. Discover now