12

58 6 0
                                    

Jimin masih terkaku melihat Tuan Park di hadapannya. Lalu Tuan Park ingin mendekati anaknya itu tapi langkah nya terhenti setelah mendengar kata kata Jimin.

"Papa jahat" Tuan Park tergamam di tempatnya.

"Jimin benci papa" air matanya mengalir kembali. Anak nya membenci diri nya.

"Jimin-ah" ingin di lanjutkan langkahnya, tapi itu membuatkan Jimin melangkah mundur.

"Jimin benci papa! Sanggup papa buat mama macam ni! Papa kan dalang semua ni! Jimin dah agak dari dulu lagi, papa mesti ada muslihat! " jerit Jimin dengan isakan. Tuan Park menahan sebak di hati.

"Jimin-ah, maafkan papa" baru saja ia mendekat Jimin menggeleng kuat.

"papa jahat! Kembalikan Mama.!" lalu Jimin mendekat ke arah ayah nya dan memukul kuat tubuh ayah nya. Tuan Park hanya terdiam. Menangis dalam diam. Tak lama itu, pukulan itu menjadi perlahan. Jimin menunduk. Isakan nya masih kedengaran. Lalu dia melutut kepada Tuan Park membuatkan lelaki itu terkejut.

"Jimin"

"Tolong la papa, hiks.. Jangan buat kami macam ni, dulu... Papa tak macam ni.. Hiks.. Kenapa lepas papa bankrup, papa macam ni... Pa... Kembalikan mama.. Tolong la papa. Jimin sanggup buat apa saja untuk papa asalkan mama di lepaskan. " terus tangisan Tuan Park pecah. Sesungguhnya dia menyesal yang amat. Lalu dia duduk menyama kan dirinya kearah Jimin.

"Jimin - ah, tengok papa" Lalu Tuan Park menekup wajah Jimin. Terlihat wajah anaknya itu basah kerana air mata.

"Maafkan papa. Papa menyesal Jimin. Tak sepatutnya Papa jual mama hanya kerana duit. Maafkan papa" Jimin terkejut.

"Papa..... Jual mama? " Tuan Park dengan ragu mengangguk.

"Tapi... Kenapa? "

"Hanya kerana duit. Papa di butakan dengan duit, Jimin. Maafkan papa. Tapi sekarang, papa betul² menyesal. Jangan benci papa, Jimin. Hiks... Maafkan papa. " Jimin terdiam. Hatinya sakit mendengar perkataan Tuan Park. Tapi hatinya juga terasa sedikit lega mendengar kata maaf dengan penuh penyesalan oleh Tuan Park.

"Kita cari mama" Jimin memandang Tuan Park.

"Papa tau? " Tuan Park mengangguk membuatkan Jimin tersenyum senang. Lalu Tuan Park membantu Jimin bangun.

"Papa tau kat mana Mama di sorok. Jadi sekarang kita kena cari balai polis. Dan buat report" Jimin terus mengangguk senang. Lalu mereka terus melangkah laju menuju ke arah balai polis. Tapi tak lama itu, sebuah kereta hitam berhenti di sebelah mereka membuatkan mereka tersentak.

"Papa. Apa ni? " ujar Jimin ketakuatan. Tuan Park turut gelisah. Lalu seseorang yang sangat di kenali keluar dari kereta tersebut sambil tersenyum sinis.

"Hai Park Hyujin. Dan Park Jimin. Tak sangka, anak kau masih hidup" Tuan Park menggenggam tangan nya erat. Dan terlihat dua orang lelaki yang bertubuh sasa keluar juga dari kereta.

"Seperti yang di janji kan, aku ambik hak aku" ujar nya sinis. Membuatkan Tuan Park dan Jimin pelik.

"Apa maksud kau? "

"Park Jimin juga akan jadi hak milik aku. Kau lupa, perjanjian kita? "

"Tak! Kau cuma nak isteri aku, bukan anak aku! "

"kalau anak kau tak mati, dia juga milik aku. Korang! Tangkap budak tu" terus dua orang lelaki itu menarik kasar Jimjn dari Tuan Park. Manakala Tuan Park tak sempat nak lindungi Jimin malah dia mendapat beberapa pukulan dari salah seorang dari lelaki itu. Tuan Jo tersenyum kemenangan.

"ANDWAE!!! JANGAN PUKUL PAPA AKU! LEPASKAN AKU!! " jerit Jimin sambil meronta. Tapi tu semua sia sia, kerana lelaki itu lebih besar dari Jimin. Tuan Jo mendekati Jimin.

(C) 괜찮아 (I'm Fine)  🍁박지민🍁✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora