special chapter a.k.a mengarut

1.5K 160 78
                                    

"Korang dah sedia? "

Jimin pandang Taehyung yang duduk di sebelahnya. Taehyung pula pandang Jungkook, yang kini terlena di bahu Seokjin. Namjoon dan Hoseok--ouh, tak lupa juga Yoongi! Mereka bertiga anggukkan kepala secara serentak.

"Namjoon, kamu uruskan santan. "

"Alright. Jap. Santan tu apa? " soal Namjoon dengan wajah suci mulus.

"Yah! Santan pun kau tak tau ke? " celah Yoongi.

"Abistu, hyung tau? " giliran Hoseok pula melemparkan soalan. Wajah Yoongi dipandang dengan penuh harapan.

Yoongi mula cuak. "Ak--aku tau lah. Santan tu, santan tu--"

"Santan... tu..? "

"Hyung. " bahu Seokjin dilepuk perlahan. Wajah Yoongi nampak desperate. Dia buat isyarat ke arah Seokjin yang mula mengeluh.

"Haish, santan tu korang boleh dapat dari buah kelapa. Isi kelapa tu korang kukur, campur dengan air, lepastu perah. Haa dapat lah santan tu. " panjang lebar Seokjin menerangkan dalam bahasa yang paling mudah untuk difahami.

Kalau tak faham juga, ada yang nak kena cepuk dengan periuk azimat dia kejap lagi.

"Ouhhhhhhh!! " mulut Yoongi, Hoseok, dan Namjoon tergangga. Namjoon dan Hoseok kemudiannya berikan Yoongi jelingan maut.

"Lain kali kalau tak tau, cakap je tak tau. " ajuk Namjoon.

"Haah, daripada acah macam Yoongi hyung tadi. " sahut Hoseok dengan jari yang mula menari kecil di atas meja.

"Yah! " Yoongi amuh jap. Tapi nak buat macam mana, salah dia juga.

Seokjin hanya mampu mengeluh. Dah penat layan drama sinetron yang tak akan pernah tamat ni.

"Kamu boleh tak? Carikan santan? " Seokjin menyoal lagi sekali. Inginkan kepastian.

Kalini, Namjoon membalas dengan thumbs-up.

"Serahkan pada Joon. " lalu, Namjoon pun bangun meninggalkan meja. Fuh, tanpa menoleh ke belakang. Punya lah yakin dia boleh jumpa santan tu.

"Ish, duduk lah diam! Aku nak sapu bedak dekat muka
kau ni! "

"Jap, Tae! Kenapa aku rasa bedak ni macam gatal? Kau yakin ke yang ni bedak? Tak silap aku, tadi aku nampak tulisan tepung jag--"

"Alah! Kau salah pandang tu. Haa tengok, kan dah menarik tertarik macam gebus gebas dah muka kau. "

Cermin dihulurkan ke arah Jimin.

"Wut deh--KIM TAEHYUNG! " bergema satu bilik tu dengan suara Jimin. Jejaka bernama Kim Taehyung itu lantas dipandang dengan geram.

"Wut? Aku dah buat sehabis lawa dah. " balas Taehyung dengan wajah yang sedikit pun tak nampak bersalah.

Nak dipukul, takut merajuk. Kalau dibiarkan, nampak sangat yang si Taehyung dah menang. Jadi apa yang patut Jimin lakukan?

Baru sahaja tangan Jimin ingin bergerak untuk memulas telinga Taehyung, kepala mereka berdua terlebih dahulu disengkeh.

"Boleh hyung tanya, apa yang korang berdua buat dengan tepung jagung ni? " peket tepung yang telahpun dibuka Seokjin halakan ke arah muka Jimin dan Taehyung.

"Hyung! Tae yang mula dulu. Dia cakap yang ni bedak! " Jimin merengek ke arah Seokjin.

"Alah, Tae cuma nak main makeup makeup dengan Chim je.. "

ghost teller | btsWhere stories live. Discover now