EPILOG🌹

1.9K 33 0
                                    

"Saera, apa salahnya kamu kerja dengan papa? Kamu boleh bantu papa"

Suara garau yang sikit meninggi itu mengejutkan semua orang didalam rumah keluarga Dato' Hisyam.

"Pa, bukannya Saera tak nak kerja dengan papa. Tapi, abang dengan Hatta kan ada. Lagipun, Saera nak belajar berdikari. Walaupun terpaksa menyamar."

Seluruh keluarga Dato' Hisyam terkejut dengan pendirian Saera.

"Tapi kenapa?"

2 Years ago

"Bye, mama, papa" ucap Saera sambil melambai kearah ibu dan ayahnya di lapangan terbang.

Air matanya mula gugur sedikit demi sedikit. Selama 22 tahun Saera hidup, dia tidak pernah berjauhan dengan keluarganya. Namun, kali ini terpaksa.

Kalau tak disebabkan dia ada kelas yang tak dapat nak dielakkan, pasti dia sudah bersama-sama keluarganya melihat abang sulungnya graduasi.

"Saera, jom kita balik" suara yang lembut itu memanggil nama Saera. Saera hanya mengikuti langkah neneknya yang dipanggil Tok Mak.

"Sepanjang kamu disini, Tok Mak nak kamu berusaha dan belajar berdikari. Kamu nak apa, kamu kena usaha sendiri. Bukan Tok Mak tak sayang kamu, sebab Tok Mak sayang kamu, Tok Mak buat macam ni. Kamu terlalu dimanjakan dengan kemewahan. Jadi, Tok Mak nak ajar kamu untuk hidup dalam kesederhanaan"

Kata-kata Tok Mak menyentakkan hati Saera. Saera mula menanggis tiada sebab.

Setiap kali dia mahukan apa-apa, dia terpaksa berusaha dan berdikari sendiri. Walaupun dia terpaksa bekerja di sebuah kilang biskut untuk beberapa hari, hanya untuk mendapatkan wang saku.

Selama seminggu dia dikampung neneknya, di Kedah, dia telah belajar pelbagai perkara. Selama ini dia merungut dan tidak mahu balik kekampung, selepas dia berada dikampung, semua itu sudah lenyap dimakan masa.

Pengalaman yang dia dapat sangat berharga. Tidak semua perkara yang kita mahu boleh dapat begitu sahaja tanpa usaha.

End

"Tok Mak ajar Saera supaya berdikari. Tolonglah papa, benarkan Saera hidup berdikari."

Dato' Hisyam mencekik pinggangnya.

Selepas panjang berfikir, Dato' Hisyam mempersetujui niat Saera dengan syarat.

Dato' Hisyam merenung kearah anak gadisnya. Entah gaya apa yang anaknya itu lakukan untuk menawan hatinya.

"main syarat pula.. Apa syaratnya?"

Dato'Hisyam tersengih sebelum berbicara mengenai syarat.

"3 bulan"

Saera terlopong. 3 bulan? Apa maksudnya tu?

"papa bagi masa 3 bulan dari sekarang kalaubkamu nak berdikari. Dalam tempoh tu, kamu mesti dah ada kerja. Kalau kamu masih tiada kerja, kerja dengan papa tanpa merungut"

Saera terkejut. Betulkah ni? Dia memeluk erat bapanya. Senyuman dilemparkan kearah ibunya.

"terima kasih papa. Saera sayang papa" ujar Saera sambip pipi Dato' Hisyam dicium berkali-kali.

"eiii.. Dah, dah.. Nanti mama kamu jealous susah pula nanti"

Datin Rosel yang mendengar itu hanya menjeling. Buat apa nak cemburu dengan anak sendiri.

Sejak hari itu, Saera keluar dari rumah keluarganya dan menumpang dirumah kawan baiknya, Isma hanya untuk belajar hidup berdikari.







Dan, bermulah KISAH CINTAKU PADAMU..

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now