20 🌹 ;

514 15 0
                                    

Nampaknya hari semakin gelap. Keluarga Saera dan Idham risau akan anak-anak mereka yang masih belum pulang selepas bermain jet ski.

"Abang, mana mereka ni bang? Mereka tu belum nikah. Saya risaulah" kata Datin Rosel risau. Datin Suraya juga tidak melepaskan peluang untuk mengatakan kerisauannya pada suaminya.

"Hatta, cuba kamu talefon angah kamu" arah Dato' Hisyam. Manakala, Datin Suraya mengarahkan anak daranya untuk menelefon Idham.

"Ma, angah tak angkatlah. Phone dia tinggal dekat sini ha" ujar Hatta sambil menunjukkan talefon bimbit Saera.

"Ma, pa. Abang pon tak angkat call"

Semakin risaulah mereka dibuatnya. Sekiranya Idham dan Saera sudah menikah, itu ridak apa lagi, ini mereka belum bernikah. Tunang pun tidak.

Datin Suraya dan Datin Rosel tidak berhenti menguncap dan berdoa agar anak-anak mereka tidak melakukan perkara-perkara yang memalukan keluarga.

Wan yang kelihatan termengah-mengah selepas berlari itu menuju kearah keluarganya.

"Saya dah tanya penyewa jet ski tu. Mereka pon risau sebab dua jet ski mereka masih belum dipupangkan. Saya rasa itu Saera dengan Idham." kata Wan menyampaikan pemberitahuan.

Yang lain mula memandang sesama sendiri dan kehulu kehilir keresahan.

Tidak lama kemudian, mereka semua terlihat sebuah jet ski yang datang dari entah mana. Dibelakang sebuah jet ski itu ada lagi sebiji. Namun, tiada yang membawanya.

"Eah? Itukan abang dengan kak Saera." kata Insyirah terkejut. Dibelakang Idham kelihatan seorang gadis iaitu Saera yang kelihatan sangat lemah.

🌹🌹🌹

Saera duduk sambil memeluk kakinya. Sejuk. Mungkin sebab dia terlalu lama bermain jet ski, dan duduk di sebuah pulau yang terasing?

Badan Saera mula berpeluh. Pekuhnya keluar bagaikan air hujan yang tidak tahu bila akan berhenti.

Idham yang sibuk mencari punca jet ski Saera yang tiba-tiba mati itu berpaling berputus asa. Dia berjalan kearah Saera.

"Awak, saya rasa jet ski tu memang dah rosaklah. Apa kata, kita tunda jet ski awak macam tadi?" soal Idham.

Namun, Saera tidak membalas kata-katanya.

"Awak kenapa ni? Diam je? Tak nak balik ke?" kata Idham, sempat lagi dia mahu bergurau.

Saera tetap tidak membalas. Idham berasa hairan.

'Dah kenapa dengan Saera? Tadi elok je'

Bahu Saera digoncangkan, tidak kuat pun Idham mengoncangkan badannya, namun Saera hampir terbaring diatas pasir.

Idham pantas menghalangnya dari jatuh diatas tanah.

"Sayang? Saera? Kenapa ni? Bangun Saera" kejut Idham berkali-kali. Saera tidak memberikan sebarang respon.

Dahi Saera di tekup oleh Idham.
"Ya, allah. Panasnya..."

"Sayang, awak bertahan sekejap ye? Kita balik resort sekarang."

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now