Review ✨Syurga Malikha

216 24 3
                                    

Assalamualaikum... hai ☺️

Karya: starrgalaa

🔸Ulasan🔸

▪️Syurga Malikha. Cerita ini dalam kehidupan sebenar banyak berlaku. Tetapi kadang-kadang kita ada pilihan dan tiada pilihan. Kita tak boleh bercakap lebih, kerana kita tidak berada di tempat dia. Dia yang harungi segala perit liku itu.

▪️Dia seorang anak yang baik. Kerana sayang ibunya, dia sanggup berkorban. Siapa tak sayang keluarga, kan? Dia sanggup mengadaikan maruah dan tebalkan muka. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Sakit!

▪️Jika pembaca memahami dan menghayati mereka turut merasa sedih dan sakitnya berada di tempat Malikha.

▪️ Malikha memegang watak yang berat dari awal sehingga akhir.

▪️Membuat cerita begini memang menarik perhatian pembaca dalam karya kita. Tetapi tidak semua orang mampu buat.

▪️Apabila dia ingin berubah, jika tiada sokongan. Dia akan rebah. Sebab itu dalam kehidupan kita perlu sokongan dari keluarga dan orang-orang yang kita rapat.

▪️Cerita yang menarik dan hebat! 👏👍

▪️ Walaupun, kita tidak ada pilihan sebenarnya. Kita tetap boleh memilih. ❤️

▪️Jalan cerita kemas dan tersusun.

🔸Teguran Penulisan 🔸

🔺Tatabahasa🔺

• Tahniah! Perfect!

🔺Ejaan🔺

Ada beberapa ejaan yang salah. Nanti Yas boleh tengok semula. 🤗

• Tak banyak sangat tetapi jika kita menghantar kepada editor itu sudah menggangu pembacaan mereka. ☺️

🔺Tanda Baca & Elipsis🔺

• Alhamdulillah, okay. Sebab Yas dah banyak belajar dari group-group penulisan. 👏👍 😍

🔺Ayat Naratif & Dialog🔺

• Ada perenggan dengan naratif dan dialog. 👌 Perfect!

• Tetapi ada perenggan yang naratif dahulu kemudian tengah-tengah dialog. Kalau boleh asingkan sedikit.

🔺Ayat Pengulangan🔺

Tahniah! Tiada ayat pengulangan. 👏

🔺Isi dalam bab🔺

• Dari awal sehingga habis tidak membosankan.

🔺Gaya Penulisan 🔺

Kemas dan cantik.

🔺Penggunaan Huruf Besar & Kecil🔺

• Tahniah! Yas mahir dalam bab itu.

Tetapi hati-hati, ada ayat selepas noktah ( . ) Yas terbuat huruf kecil. Tak banyak sikit sahaja.

🔺Ayat harus didekatkan atau dijarakan🔺

• Ada beberapa ayat Yas dekatkan yang sepatutnya jarak. Kalau akak silap sorry hehe.

🥳 Tahniah Yas banyak improve dalam penulisan. Kita sama-sama belajar dan memperbaiki lagi, ya. Author yang hebat 👍

Itu saja dari akak. Terima kasih 😘😘

❄️ Pesanan: Jangan putus asa. Teruskan berkarya 😘
Komen positif atau negatif kita ambil sebagai membakar semangat! Kita belajar bersama-sama. Apa-apa Yas boleh rojer saya dan kawan-kawan mahir part yang kita lemah. Sama-sama bantu dan kongsi ilmu. 🤩

Rating: 9/ 10 🌟

🥳 Book Review And Promote [ CLOSED ]  ⭐Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt